Nak Mekap Flawless & Nampak Kulit Licin Macam Porselin, Kena Ada ‘Produk Ajaib’ Ini!

Setiap kali menatap post selebriti di Instagram, hati pasti memuji kecantikan mereka. Walaupun tanpa beauty filter, mekap yang dikenakan always on point! Nak tahu rahsianya?

Menggunakan kosmetik mahal dan ternama sekalipun tidak akan menjanjikan hasil solekan yang sempurna. Selain memerlukan bakat dan kreativiti makeup artist itu sendiri, teknik solekan yang betul juga sangat penting agar wajah yang dirias tampak semula jadi, berseri dan menarik perhatian.

Jadi, tidak kiralah jenis bedak asas, pembayang mata, pemerah pipi atau gincu apa yang digunakan pun ia masih belum lengkap untuk mendapatkan mekap yang flawless

dan efek kulit licin bak porselin.

Bagi mereka yang berpengalaman dalam bidang solekan dan bergelar jurumekap sama ada profesional mahupun amatur pasti mengetahui kesan ‘ajaib’ produk yang satu ini. Bahkan penggunaannya adalah satu kemestian yang mencetuskan magis kepada kulit wajah.

Ia dikenali sebagai primer, produk yang berfungsi sebagai lapisan baru yang melindungi kulit dan solekan anda.

Tidak hanya membuatkan permukaan kulit kelihatan lembut dan licin, primer turut bermanfaat mengimbangi tona kulit disamping berperanan menutup liang terbuka dan garisan halus. Hasilnya, solekan jadi lebih kemas dan rata!

Langkah-Langkah Menggunakan Primer
1. Pertama sekali, pastikan wajah dicuci bersih dan sapukan pelembap. Biarkan ia menyerap masuk ke dalam kulit sebelum dioles dengan primer.
2. Ambil primer dan sapukan ia sedikit demi sedikit menggunakan hujung jari bermula dari hidung ke bahagian luar wajah.
3. Oles primer di kawasan kelopak mata untuk mengawal minyak dan mekap mata tahan lebih lama.
3. Ratakan primer ke seluruh wajah. Kulit akan kelihatan bersinar dan lebih segar.
4. Tunggu seketika sebelum menggunakan foundation

untuk membenarkan primer diserap masuk ke dalam kulit.

Primer Terbaik
Dalam kebanyakan primer di pasaran, Nona paling gemar dengan primer dari jenama Farmasi Color Cosmetics (FCC). Ia hadir dengan seleksi primer terbaik untuk melindungi cela di wajah dan menjadikan hasil solekan lebih mampan. Dua jenis primer FCC pilihan Nona ialah VFX PRO Primer

dan VFX PRO Primer Strobe.
  • VFX PRO Primer

 

Primer yang selesa dan ringan dipakai serta tampak semula jadi. Ia menutupi pori dan garis halus sekali gus membuatkan kulit lebih licin sebelum memakai mekap. Bukan itu sahaja, VFX PRO Primer menjadikan solekan lebih segar dalam tempoh yang lama di samping memastikan kulit kekal hidrasi, anjal dan cantik.

  • VFX PRO Primer Strobe

Berfungsi untuk melindungi kulit kusam dan letih agar kelihatan sihat. Tidak sekadar sesuai digunakan untuk wajah, primer ini juga boleh dioles di bahagian badan. Digunakan sebelum mekap, ia mampu menyerlahkan kesan segar pada wajah.

Kedua-dua primer FCC ini bertekstur ringan dan jernih. Langsung tak terasa apabila ia dilayangkan ke kulit, natural macam kulit kedua! Selepas sapuan primer, barulah anda oleskan bedak asas sesuai warna kulit supaya ia lebih bercahaya dan tahan lama.

Share
Published by
Suzi