Sebut sahaja perkataan melancong pasti buat sesiapa pun teruja. Melancong ke negara orang memberi peluang untuk kita mempelajari budaya dan warisan masyarakat setempat.
Korea Selatan khasnya sering tersenarai dalam bucket list mereka yang suka melancong. Kini ada peluang melancong ke Korea secara PERCUMA, ada tak yang mahu mencuba?
Rangkaian penjagaan rambut Sunsilk telah membuka ruang kepada wanita-wanita muda dan berhijab untuk memenangi percutian ke Korea dengan segala perbelanjaan ditanggung. Lebih istimewa lagi apabila pemenang layak membawa seorang rakan bersama. Bagaimanakah cara untuk menyertainya?
Nah, untuk merebut peluang keemasan ini, anda hanya perlu mengikut tiga langkah mudah berikut:
- Ambil swafoto ataupun gambar bersama tiga replika botol syampu Sunsilk Hijab Recharge yang terletak berhadapan kedai Emas Zeni di Pasar Raya Besar Giant Stadium Shah Alam.
- Muat naik foto di dalam bahagian ulasan peraduan (comment section) di laman Facebook Sunsilk Malaysia.
- Lengkapkan penyertaan dengan menyatakan azam anda bagi tahun 2018, bersama dengan hashtag: #SunsilkCoverKita, #GiantMY dan #SunsilkGiantBottle. Peraduan berakhir pada 27 Disember 2017.
Rentetan daripada pertandingan ini Sunsilk telah membuat sebuah replika botol syampu terbesar di perkarangan tempat letak kereta pasar raya Giant Seksyen 13, Shah Alam.
Replika botol dengan ketinggian 12.25 meter dan kelebaran 9.66 meter ini secara rasmi diiktiraf sebagai Replika Botol Syampu Terbesar di Malaysia oleh Malaysia Book of Records.
Replika Botol Syampu Terbesar ini turut dipenuhi dengan hadiah untuk dibawa pulang oleh para pelanggan. Dari 23 – 26 November 2017, pelanggan yang membeli sebotol 1 Sunsilk Hijab Recharge 320ml di pameran bergerak yang terletak di pintu masuk Pasar Raya Besar Giant Stadium Shah Alam, boleh menebus hadiah daripada Sunsilk.
Seorang petugas Sunsilk kemudian akan mengambil hadiah dari replika botol gergasi yang penuh dengan pelbagai produk Sunsilk, khususnya syampu dan perapi Sunsilk Hijab Recharge serta produk untuk kegunaan semasa melancong (sah sementara stok masih ada).
Menurut Pengarah Pemasaran bagi Penjagaan Peribadi dan Rumah, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Vincent Chong, mereka berbangga dengan pencapaian Sunsilk sebagai jenama syampu dan perapi Nombor 1 di Semenanjung Malaysia.
Tanggungjawab bukan sekadar menawarkan produk penjagaan rambut yang inovatif untuk pelanggan, malahan ianya telah menjadi misi jenama dalam memberi inspirasi kepada wanita muda yang berhijab supaya bercita-cita besar dan berusaha untuk mencapainya. Hamizatul Maizan Mohamed