“Nak Minta SUAMI Buat Kerja Rumah Takyah Berkias Bagai, Orang Laki Ni Lurus!” YATT HAMZAH

Baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan ketiga pada 27 Februari lalu, selebriti Yatt Hamzah makin lali menjalani alam rumah tangga. Meskipun usia perkahwinan bersama suami tercinta, Mohammad Zulfadhli masih ‘hijau’… namun Yatt seronok menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu kerana setiap hari ada saja ilmu yang dipelajari.

Salah satu perkongsian Yatt tentang alam rumah tangga adalah mengenai peribadi seorang lelaki bergelar suami. Kalau sebelum ini kita didedahkan dengan bermacam-macam cara untuk memahami sikap wanita… tapi kali ini, Yatt mengajak para isteri pula untuk lebih memahami sikap suami.

Jika wanita lebih selesa meluahkan isi hati dan keinginan mereka dengan berkias, berbeza pula bagi kaum lelaki. “Bonda nak share 1 ilmu tentang lelaki bernama suami. Dengan orang lelaki ni, janganlah berkias-kias bagai. Memang confirm mereka tak faham atau buat-buat tak faham. Kalau nak sesuatu, just SAY IT, STRAIGHT TO THE POINT. Tak payah mukadimah corner-corner bagai.

Contohnya, kalau nak minta tolong cuci kain dan toilet. Jangan cakap “Dah tak larat tengok toilet kotor, kain baju kotor bersusun tu. Tak larat, sakit pinggang ni!” Memang mereka buat dek je. Paling-paling pun dorang akan kata, “Kesian sayang, takpelah rest dulu nanti dah tak sakit pinggang baru cuci ok..” Haa, memang rasa nak meletup je kan dengar dia cakap macam tu!”

Rasanya, memang kebanyakan isteri mengalami situasi sama. Tapi kalau difikirkan balik, wanita khususnya isteri tak seharusnya meletakkan kesalahan kepada suami kerana tindakan wanita itu sendiri yang tidak berterus-terang. Sebab itulah pentingnya komunikasi di antara satu sama lain.

“So penyelesaiannya, cakap begini, “Sayang tolong cucikan toilet & baju-baju kotor tu.” Minta tolong je… habis cerita. InshaAllah jalan. Ingat tau, minta tolong bukan bagi arahan. Kang jadi lain.

Inilah orang lelaki, mereka ni lurus tak reti kias-kiasan so tak payahlah hint mereka. Buang masa dan buat sakit hati je. Kita terus-terang je isteri-isteri solehah sekalian,” telus Yatt yang dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Yatt yang selamat melahirkan zuriat ketiga pada April lalu, turut berkongsi berita gembira pada akhir Ramadan lepas apabila dia kini disahkan sedang hamil anak keempat!

“Bonda kini hamil anak ke-4. Alhamdulillah minggu terakhir puasa baru sempat ke klinik untuk confirm

kan. Alhamdulillah rezeki Ramadan. Kandungan kini berusia 12 minggu lebih. Mohon doa semua agar Bonda yang lasak dan aktif menjaga 3 anak-anak kecil ini kuat dan sihat selalu dan baby dalam kandungan selamat dan kuat ya.”

Lucu bila terbaca pendedahan Yatt Hamzah. Tapi dalam masa sama, tersurat kebenaran di sebalik perkongsian tersebut. Baik isteri mahupun suami… masing-masing kena saling memahami pasangan. Tak kiralah berapa lama usia perkahwinan anda. Kadang-kadang yang dah berkahwin berpuluh tahun pun masih belum cukup mengenali pasangan.

 

Kredit: Instagram Yatt Hamzah

Share
Published by
Suzi