Cuba selongkar almari pakaian anda. Apakah seluar yang paling banyak tersusun di dalmari anda? Sudah tentu seluar jeans bukan? Dari rona paling terang sehinggalah ke warna paling gelap.

IKLAN

Nak Nampak On Point Dengan Sehelai Seluar Jeans?  Ini Tip Pilih Seluar Jeans Yang Perlu Anda Tahu!
Setiap wanita pasti mempunyai seluar jeans sebagai koleksi peribadi. Namun adakah anda tahu potongan atau jenis jeans paling tepat untuk bentuk tubuh anda?
Memilih seluar jeans yang sesuai dengan bentuk badan amat penting agar anda terlihat lebih menawan.

Jom NONA kongsikan beberapa tip terbaik untuk memilih jeans paling sesuai dengan bentuk tubuh anda!

Nak Nampak On Point Dengan Sehelai Seluar Jeans?  Ini Tip Pilih Seluar Jeans Yang Perlu Anda Tahu!
1.LOW-RISE JEANS
Jeans berpotongan rendah hanya sesuai untuk badan kurus sahaja. Pilihan kedudukan poket yang sedikit ke bawah daripada biasa memberi ilusi pemakai sedikit berisi. Tetapi, bagi anda berbadan berisi boleh menampakkan perut anda menggeleber seperti mufin. Jadi, anda harus pilih jeans yang terletak betul-betul pada paras pinggang.

Nak Nampak On Point Dengan Sehelai Seluar Jeans?  Ini Tip Pilih Seluar Jeans Yang Perlu Anda Tahu!
2.ULTRA LOW-RISE JEANS
Berpotongan sangat rendah, hanya sesuai untuk wanita berbadan langsing sahaja. Pastikan pinggang jeans tidak berada lebih bawah daripada tulang pinggul anda. Bagi kamu yang bukan bersaiz badan seperti model pasti rekaan jeans ini menampakkan sebahagian punggung atau seluar dalam. Jika anda pilih jeans ini perlu berhati-hati, awasi cara duduk andaagar tidak kelihatan seluar dalam anda.

Nak Nampak On Point Dengan Sehelai Seluar Jeans?  Ini Tip Pilih Seluar Jeans Yang Perlu Anda Tahu!
Foto: itsrossa910

3. BOOT-CUT JEANS
Inilah jeans paling diminati sepanjang masa. Potongan klasik sesuai untuk wanita bertubuh berisi. Potongan kembang pada bahagian betis dapat mengalihkan tumpuan bahagian pinggang,pinggul dan paha, malah membuatkan bahagian paha kecil dan bahagian kaki kelihatan runcing. Ia juga memberi anda ilusi lebih tinggi.

Nak Nampak On Point Dengan Sehelai Seluar Jeans?  Ini Tip Pilih Seluar Jeans Yang Perlu Anda Tahu!
4. STONEWASHED JEANS
Warna pudar pada bahagian paha dan punggung dapat memberikan stail seksi pada anda. Penambahan sedikit kesan koyak (destroyed) lebih ranggi. Stail ini sangat sesuai bagi yang berjiwa muda dan inilah jenas yang sedang hangat diperkatakan.

Nak Nampak On Point Dengan Sehelai Seluar Jeans?  Ini Tip Pilih Seluar Jeans Yang Perlu Anda Tahu!
5.DARK JEANS
Jeans ini sesuai untuk semua bentuk badan. Seperti yang kita tahu, warna gelap memberi kesan kecil dan kurus kepada pemakai. Warna jeans yang cerah pula akan memberi kesan lebih besar. Antara warna yang menjadi pilihan ialah biru gelap dan hitam, sesuai ke mana sahaja, siang atau malam.

Nak Nampak On Point Dengan Sehelai Seluar Jeans?  Ini Tip Pilih Seluar Jeans Yang Perlu Anda Tahu!
Foto: @Schaalyahya

Nak Nampak On Point Dengan Sehelai Seluar Jeans?  Ini Tip Pilih Seluar Jeans Yang Perlu Anda Tahu!

IKLAN

6.STRAIGHT JEANS
Potongan lurus jeans ini sesuai untuk semua jenis bentuk badan. Boleh mengecilkan pinggul dan memberi keseimbangan kepada potongan kaki anda. Pastinya sangat menarik dengan padanan kasut bertumit rata! Bentuk AV seam pada bahagian belakang jeans juga memberi kesan kurus.

7.DISTRESSED JEANS
Jeans ini menarik dipakai semasa bersantai, sesuai sekali untuk semua bentuk badan. Kedutan pada bahagian seluar jeans juga memberi impak seksi dan cukup trendy untuk dicuba.

Nak Nampak On Point Dengan Sehelai Seluar Jeans?  Ini Tip Pilih Seluar Jeans Yang Perlu Anda Tahu!

IKLAN

8.CROPPED JEANS
Pendek dan seksi. Jeans ini sesuai untuk semua bentuk badan. Tetapi bagi yang berkaki pendek, kamu dinasihat supaya lupakan sahaja hajat untuk mencubanya kerana anda akan kelihatan lebih pendek! Jangan sesekali memakai yang berpoket di belakang kerana nampak lebih besar dan kembang.

Nak Nampak On Point Dengan Sehelai Seluar Jeans?  Ini Tip Pilih Seluar Jeans Yang Perlu Anda Tahu!

Nak Nampak On Point Dengan Sehelai Seluar Jeans?  Ini Tip Pilih Seluar Jeans Yang Perlu Anda Tahu!

9.SKINNY JEANS
Pastinya sesuai untuk kamu yang berbadan kurus serta berkaki panjang. Anda pasti nampak lebih langsing. Potongan ini juga sesuai untuk anda yang rendah dan kecil molek. Paling senang untuk disesuaikan dengan semua jenis baju. Menarik untuk dicuba!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI