Gaya Hidup

Nak Rumah Nampak Mewah & Mahal, 5 Trend Menghias Ini MESTI Dielakkan

Sesiapa pun pasti menginginkan rumah yang bukan sekadar cantik bahkan nampak mewah dan elegan.

Segalanya tak mustahil. Namun, waspada dengan lima trend dekorasi ini.

 

Tak semua trend sesuai diterapkan kerana ia boleh mengurangkan daya tarikan sebenar sesebuah rumah. Memetik laporan The Sun UK, berikut  adalah lima trend dekorasi yang mesti dielak.

1.  VERTICAL BLIND

Membuatkan rumah kelihatan bosan dan murah.

Oleh itu, pastikan anda berhati-hati agar tidak merosakkan sebarang aksesori tingkap yang anda ada.

2. WALLPAPER

Walaupun wallpaper (kertas dinding berupaya membuatkan sesebuah rumah kelihatan mewah, terdapat juga wallpaper dengan gaya tertentu boleh membuatkan rumah seperti ketinggalan zaman.

Jadi, ilihlah gaya wallpaper moden kerana ia memberi paparan yang pasti tak ditelan zaman. Pun begitu, anda boleh tetap menggunakan warna cat klasik.

3. PERABOT

Perabot yang boleh membuatkan rumah kelihatan kuno, perabot berkualiti rendah yang kehilangan bentuknya, atau perabot dengan motif serta warna yang trendy

seperti coklat kusam tidak memberi kesan terbaik untuk ruang.

Disyorkan untuk memilih barang berkualiti dalam bentuk dan warna yang klasik.

4. AKSESORI KEEMASAN

Lampu kuning dan keemasan juga sebenarnya cukup ketinggalan zaman.

Sebelum ini ia mungkin pernah menjadi trend tetapi kini ia boleh membuatkan ruang rumah kelihatan ‘tua’. Maka, lebih baik gunakan sesuatu yang lebih moden namun sederhana.

5. GALERI DINDING

Pastikand ‘less is more’ untuk hiasan dinding. Terlalu banyak bingkai pada dinding yang sama, atau di ruang yang sama boleh kelihatan berserabut.

Maka, adalah lebih baik untuk memilih beberapa ruang penting yang anda suka. Rak adalah salah satu cara terbaik agar sesebuah ruang tak kelihatan terlalu sesak.

Kredit Foto: www.pexels.com

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

 

 

 

 

 

Share
Published by
Amy Mohd