Menjelang tahun baru, pasti ramai yang berazam mahu mendapatkan tubuh yang sihat dan cergas. Gaya hidup yang sihat boleh mengelakkan penyakit berbahaya seperti kanser, serangan jantung, darah tinggi dan diabetes.

Apa yang anda perlu lakukan adalah menetapkan matlamat. Cuba lakukan yang terbaik agar matlamat anda tercapai. Sekurang-kurangnya pada hujung tahun nanti anda dapat menurunkan berat badan yang ideal.

Ads

(a) Tidur adalah rahsia kecergasan

Nak Sihat Tapi Malas Bersenam? Cuba 8 Helah Ini Untuk Dapatkan Berat Badan Ideal

Memiliki tidur yang berkualiti boleh membantu memperbaiki komposisi badan dan mencipta mood yang baik. Kanak-kanak jika waktu tidur terganggu bakal mengundang ragam, begitu juga apabila dewasa. Kekurangan tidur boleh dirangsang dengan mengambil snek bergula atau minum kopi. Cuba elak makanan yang berkarbohidrat sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur.

(b) Bersenam ikut kemampuan tubuh

Hanya anda seorang yang tahu tentang kemampuan diri. Bagi mengenal pasti senaman atau sukan yang sesuai cuba beberapa jenis senaman di kawasan kecergasan. Anda juga boleh mendapat nasihat daripada pakar kecergasan senaman yang boleh atau tidak boleh dilakukan. Latihan atau senaman yang boleh anda pilih adalah seperti latihan pemberat, latihan litar dan latihan senaman kardio.

(c) Menjaga kesihatan otak

Tubuh manusia pada dasarnya saling berhubung. Latihan fizikal adalah baik dan secara tidak langsung mempengaruhi otak manusia. Dengan meningkatkan pengaliran darah ke otak, maka pengaliran oksigen dan glukosa ke otak juga meningkat. Selain itu makanan seperti minyak ikan, ikan, telur dan sayuran hijau juga boleh membantu otak yang cergas dan cerdas.

(d) Palpitasi

Palpitasi atau berdebar-debar berlaku apabila degupan jantung menjadi laju atau tidak teratur. Keadaan ini berlaku biasanya kerana tekanan. Sekiranya serangan menjadi kerap dapatkan nasihat dan rawatan doktor. Degupan jantung yang cepat dan deras yang biasanya dirasai oleh pesakit sebagai denyutan jantung yang tidak normal. Melakukan senaman seperti berjalan pantas, berenang, lompat tali dan mengayuh basikal boleh mencegah palpitasi.

Ads

(e) Rahsia memanah

Memanah memerlukan konsentrasi dan latihan yang berpanjangan. Memanah boleh meningkatkan daya tumpu otak dengan fokus kepada sasaran. Fokus terhadap sasaran lebih sulit apabila sasaran tidak tetap dan bergerak. Selain itu memanah membina keteguhan tangan untuk menarik busur panah dan kekuatan menarik panah tersebut. Malah pemanah juga perlu mahir dalam perkiraan angin agar anak panah tepat menuju sasaran.

(f) Elak osteoporosis dengan senaman

Ads

Nak Sihat Tapi Malas Bersenam? Cuba 8 Helah Ini Untuk Dapatkan Berat Badan Ideal

Senaman merangkumi aktiviti pergerakan menentang daya graviti ketika berdiri tegak. Senaman bebanan adalah senaman yang sesuai untuk menentang osteoporosis. Senaman ini terbahagi kepada dua iaitu berimpak tinggi dan rendah. Senaman bebanan berimpak tinggi membantu membina tulang dan mengekalkan kekuatannya. Contoh senaman bebanan berimpak tinggi seperti menari, aerobik berimpak tinggi, mendaki, joging atau berlari, melompat tali, menaiki tangga dan bermain tenis. Senaman bebanan berimpak rendah juga boleh membantu memastikan kekuatan tulang dan lebih selamat bagi mereka yang tidak boleh melakukan senaman berimpak tinggi.

(g) Minima pergerakan jika obes

Anda sudah mampu menanggung berat yang berlebihan dan berazam untuk mengurangkan berat badan yang sudah obes. Jika merancang untuk mula bersenam pastikan anda tidak melakukan senaman yang terlalu agresif. Cuba minimumkan pergerakan yang berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan pada otot. Jika denyutan jantung anda menjadi terlampau laju cuba dapatkan nasihat daripada doktor tentang senaman yang bersesuaian dengan kapasiti berat badan anda.

(h) Hebatnya berjalan kaki!

Sekiranya mempunyai kecederaan di bahagian kaki, anda tidak perlu berlari untuk bersenam. Berjalan kaki sudah memadai kerana berjalan kaki juga mempunyai banyak manfaat. Mengamalkan senaman berjalan kaki menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol. Selain itu ia mampu mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok. Berjalan kaki mengurangkan risiko penyakit diabetes dan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah. Hamizatul Maizan Mohamed

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI