Sekali pandang, macam gadis Jepun. Cantiknya Nadiah Ramli! Bakal memasuki usia perkahwinan yang pertama pada Februari depan, Nadiah merupakan anak perempuan kepada pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.
Ads
Kelibat Nadiah pernah menjadi perhatian peminat seni apabila dia datang memberi sokongan kepada bapa tersayang ketika Datuk Ramli menjadi juri program hiburan popular, Gegar Vaganza.
Mengimbas kembali detik bersejarah bergelar isteri, ratu hati Taufiq Nadzri ini diijab kabul ketika Covid-19 melanda. Walau diraikan secara sederhana namun tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat yang menjadi saksi.
Berkongsi perkenalan awal dengan suami kepada followers di Instagram, Nadiah menjelaskan mereka mula mengenali di antara satu sama lain kira-kira empat tahun lepas iaitu pada hujung tahun 2017.
Ketika itu Nadiah mengambil khidmat Taufiq sebagai jurugambar profesional. Inilah namanya ‘Kalau dah jodoh tak ke mana!’
Ads
Menerusi gambar-gambar di majlis pernikahan Nadiah dan Taufiq, jelas terpancar wajah gembira kedua-dua mempelai. Tampil sedondon dalam persalinan tradisi rona putih, Taufiq kelihatan segak berbaju melayu sementara Nadiah pula anggun dalam busana indah ilham pereka Syafieq Ayman.
Ads
Paling mencuri tumpuan ialah wajah penuh ayu yang dimiliki Nadiah. Ternyata dia mewarisi kecantikan ibu tersayang yang memiliki darah keturunan Cina, Australia dan Irish. Ibu Nadiah merupakan penggiat seni terkenal tanah air, Jennifer Thompson.
Memandangkan ibu bapa Nadiah bergerak aktif dalam industri muzik, dia dan abangnya turut mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka dalam arena sama. Difahamkan Nadiah bertugas di Universal Muzik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sedar tak sedar sudah 15 hari kita berpuasa. Ini bermakna lagi 2 minggu umat Islam akan meraikan hari lebaran. Terasa masa berlalu begitu cepat mungkin kerana tahun ini keadaan cuaca yang sejuk di sebelah petang akibat hujan yang turun lebat. Dalam menjalani ibadah berpuasa yang masih berbaki ini, agak-agaknya bila kah pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah ini mula berpuasa?
“Bila saya mula berpuasa? Saya mula berpuasa sejak sekolah rendah lagi. Boleh dikatakan saya seorang budak baik, tak pernah ponteng puasa dan tidak punya kenangan curi makanan ketika semua orang tidak ada di rumah. Saya cuma pernah basahkan mulut sahaja tetapi tak sampai pernah telan air. Bukan macam orang cakap tu, sambil kumur terus telan air,” bicara Mira sambil tersenyum.
Setiap orang mempunyai makanan kegemaran yang sering menghiasi meja makan saat berbuka puasa, begitu juga dengan Mira. Patutlah Mira ni berwajah manis, rupa-rupanya suka makan kuih-muih yang manis. “Saya tidak mempunyai juadah berbuka puasa yang tetap kerana ia pasti berubah mengikut trend yang tengah in.
Basically saya suka makan benda-benda manis. Kuih-kuih tradisional yang manis memang wajib ada ketika berbuka. Contoh kuih yang menjadi favorite saya seperti Seri Muka, Tepung Pelita dan Pengat Pisang. Saya tak kisah asalkan ada benda manis, saya okay. Saya akan berbuka dengan benda manis terlebih dahulu. Tapi air yang manis, saya tak suka pula.
Saya jenis yang boleh makan semua benda. Saya tidak memilih makan. Even kalau saya travel ke luar negara memang saya boleh survive sebab berani mencuba makan benda baru. Kalau pergi Jepun lama-lama, makan sushi saya boleh survive, pergi Istanbul makan roti keras pun saya boleh survive. Alhamdulillah perut saya jarang meragam kalau makan benda-benda yang tidak biasa,” ujar Mira yang merupakan MUSE ARIANI ini.
Berpuasa Di Set Penggambaran
Mira sendiri turut teruja dengan kehadiran Ramadan namun terpaksa akur dengan tuntutan kerjaya. “Bulan Ramadan tahun ini saya terpaksa bekerja kerana beberapa drama saya dijadualkan keluar ketika bulan puasa dan bulan raya. Jadual saya agak padat sehingga bulan Jun. Memang tiada break langsung ketika Ramadan kali ini kerana saya terlibat dengan penggambaran drama dan juga filem.
Ini merupakan tahun kedua saya berpuasa di set penggambaran. Tahun lalu saya berehat dan menghayati Ramadan sepenuhnya namun pada tahun ini saya kembali bekerja di bulan puasa. Sebenarnya tiada beza berpuasa di rumah atau di set penggambaran. Jika berpuasa di rumah lebih santai kita tak perlu rushing mengejar sesuatu. Apabila berbuka puasa di rumah lebih dengan keluarga lagi seronok. Seronok kerana mak akan masak juadah kegemaran saya. Begitu juga kalau berbuka di luar kita lebih tenang berbuka puasa dengan kawan-kawan.
Namun, bila di set penggambaran lebih kepada mengejar masa. Sebab kadang-kadang malam pun kita ada shooting mengikut jadual yang telah ditetapkan. Jadi kadang-kadang a bit rushing mengejar masa. Ditambah pula di siang hari penat sedikit. So far alhamdulillah pengalaman berbuat di set penggambaran tidak pernah membebankan saya.
Sebenarnya seronok juga berbuka puasa di set penggambaran sebab kami akan berbuka puasa ramai-ramai. Biasanya bila kita shooting semua krew penggambaran akan dianggap seperti keluarga. Daripada pelakon, pengarah dan krew yang terlibat sebab kita shooting dalam jangka masa yang panjang dalam dua bulan atau lebih untuk drama. Jadi bila buka puasa bersama-sama saya masih rasa seperti berbuka bersama keluarga sendiri,” terang graduasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam Jurusan Perniagaan Antarabangsa ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beza wanita dulu dan sekarang, muda-muda dah nampak matang dan tua dari umur sebenar. Kadang-kadang baru 17 tahun tapi macam 20-an. Mekap bukan main tebal, dan kalau tanggalkan pun kulit tetap kusam macam orang berusia.
Inilah wanita moden, telefon pintar sentiasa dalam genggaman. Sehari semalam kita online, buat panggilan video, bermesyuarat, berforum di Zoom, bersosial di Facebook, Twitter dan Instagram, tonton Netflix, bermain games dan macam-macam lagi… Akibatnya ‘wajah’ kita terancam tanpa disedari.
Ramai fikir pengguna telefon pintar cuma alami masalah mata. Tidak sebenarnya. Kita juga berdepan masalah kecantikan dan penuaan pramatang. Muka tak berseri sebab pancaran cahaya biru atau H.E.V (High Energy Visible).
Pancaran H.E.V merupakan sejenis cahaya biru yang terhasil daripada skrin peranti elektronik seperti telefon pintar, komputer, tablet dan televisyen. Ia adalah penyumbang utama masalah kulit pramatang (kedutan) serta kerosakan seperti melasma dan hiperpigmentasi.
Kajian ini menjawab dakwaan kenapa wanita sekarang tidak secantik wanita dulu walaupun seusia. Aktiviti online sebenarnya mendatangkan banyak keburukan jika tidak dilindungi dari awal.
CARA-CARA LINDUNGI KULIT
Elakkan skrin yang terang. Buat tetapan paling gelap (dimmest).
Kurangnya sentuhan pada skrin, sebaiknya handsfree agar bakteria di atas skrin tidak berpindah ke kulit.
Kurangkan waktu online.
Gunakan produk kosmetik anti-blue light.
BEDAK ASAS TERBAIK
Nona tertarik dengan produk terbaru Milani Cosmetics, satu jenama dari Los Angeles yang memperkenalkan teknologi Digital Bluelight Filter untuk menentang kesan kerosakan digital seperti kusam, perubahan warna dan hiperpigmentasi.
Bedak asas Milani Screen Queen ini didatangkan dalam 10 warna vegan dari rona cerah hingga gelap. Litupan bedak boleh disesuaikan dari light-to-medium coverage sambil menyamarkan ketidaksekataan kulit. Selepas berbedak, hasilnya kulit nampak natural bagai layangan kulit kedua.
Berbeza daripada produk kosmetik anti-blue light lain yang mahal, Milani tampil dengan formula hebat pada harga berpatutan agar semua wanita dapat dilindungi daripada awal.
Jadi berusahalah supaya keremajaan wajah dapat dikekalkan sebelum terlambat. Jangan sampai kulit dah bercela dan dipanggil tua baru terburu-buru nak bertindak!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lutut dan siku selalu saja menjadi bahan keluhan wanita kerana kondisi dan warna kulit menjadi lebih gelap daripada warna kulit asal di bahagian tersebut. Namun, pernahkah anda terfikir mengapa dan apa puncanya lutut dan siku menjadi gelap?
Pengumpulan sel kulit mati, kesan geseran kulit dengan pakaian, pendedahan kepada cahaya matahari serta ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan kulit di bahagian lutut dan siku menjadi gelap. Hal ini kerana bahagian tubuh ini tidak mengandungi sebarang kelenjar minyak. Kelenjer minyak mempunyai fungsi spesifik iaitu untuk mengeluarkan minyak bagi tujuan untuk mengekalkan kelembapan kulit. Oleh itu amat penting sekali untuk anda melindunginya dari kekeringan melalui penjagaan yang sempurna.
Memiliki lutut dan siku hitam amat merungsingkan hati seseorang wanita dan boleh menghilangkan keyakinan diri. Namun, jangan risau. Bagi yang tertanya-tanya cara mudah dan berkesan untuk hilangkan kesan hitam di lutut dan siku di sini Nona kongsikan caranya.
TIMUN
Timun dapat membantu menghilangkan sel kulit mati dan mengekalkan kelembapan kulit kerana sifatnya sebagai peluntur. Selain itu, vitamin A dan C yang terkandung dalam timun juga membantu untuk memastikan kulit sentiasa segar.
Cara-cara:
Hiriskan timun mengikut ketebalan yang sesuai (jangan terlalu nipis)
Prlahan-lahan gosokkan hirisan timun ke siku dan lutut anda selama 15 minit.
Lakukan rutin ini setiap hari.
LEMON
Lemon memang menjadi kegemaran dalam rahsia kecantikan. Lemon adalah agen pencerah kulit yang terbaik kerana ia kaya dengan vitamin C dan membantu memperbaiki kulit.
Cara-cara:
Campurkan air perahan lemon atau limau nipis dengan satu sudu teh madu
Kemudian gosok di lutut dan dibiarkan selama 15 – 30 minit.
Bersihkan dengan air.
Untuk hasil yang lebih memuaskan, ulang 1-3 kali seminggu.
GULA DAN MINYAK ZAITUN
Campur dua bahan ini untuk dijadikan skrub. Skrub buatan sendiri ini dapat membantu menyuburkan kulit kerana gula dapat digunakan untuk membantu proses pengelupasan kulit.
Cara-cara:
Campurkan gula dan minyak dalam kuantiti yang sama
Sapukan campuran ke lutut dan siku anda selama 5 minit.
Gosok perlahan-lahan dan jangan terlalu kuat kerana ia akan menyakitkan kulit anda.
lakukan secara mingguan.
MINYAK KELAPA
Minyak zaitun dan minyak kelapa antara minyak yang boleh digunakan untuk melembapkan kulit kerana dua bahan ini mempunyai khasiat khas seperti asid lemak dan Vitamin E untuk kulit.
Cara-cara:
Selepas mandi, sapukan minyak pada kawasan yang memiliki warna gelap pada kulit.
Lakukan rutin ini setiap hari.
OATMEAL
Selain bagus untuk kesihatan tubuh badan, outmeal juga membantu untuk mengembalikan tona kulit anda.
Cara-cara:
campurkan dua sudu teh oatmeal dengan madu.
Adunkan kedua-dua bahan itu sehingga rata
Kemudian lurutkan di kulit lutut dan biarkan selama dua minit.
Setelah campuran itu kering, gosokkan dengan perlahan sehingga ia bersih dari lutut anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...