
Seraut wajah asli, lembut dan menenangkan, seribu kali lebih baik daripada kejelitaan palsu di sebalik solekan atau pembedahan surgeri.
Dengan cara yang sederhana, sebenarnya anda masih boleh kelihatan menawan dengan mengamalkan dua doa ini.
Tanpa modal yang besar untuk membeli produk penjagaan kulit di pasaran, cuba amalkan saja doa ini dengan perasaan yakin dan ikhlas membacanya.
Surah Yusuf Ayat 4:

Surah Thaha Ayat 39:

Kedua potongan ayat tersebut diyakini memiliki banyak manfaat termasuklah untuk kecantikan kulit wajah dan awet muda.
Cara Mengamalkan
- Baca sesudah wuduk dan selepas mandi. Tiupkan pada kedua tapak tangan dan raupkan ke wajah. Jika ikhlas dilakukan selalu dapat menambah kecantikan wajah dari hari ke hari.
- Selepas solat wajib, baca kedua-dua ayat ini 3 kali. Tiupkan pada tapak tangan dan raupkan ke muka. Lama-kelamaan orang yang memandang akan melihat kelainan pada wajah anda. Lebih mempesona. Norzalina Mohd Alias
Kredit: Doa Islam Mustajab
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rahsia Solekan Mata ‘Super Sexy’ ADELE, Jurusolek Dedah 3 Trik Utama Untuk Tampil Hebat

Ketika klip video lagu ‘Hello’ dikeluarkan beberapa tahun lalu, solekan Adele dalam video tersebut telah menarik perhatian ramai sekaligus menjadi trending.


Sehinggalah munculnya tutorial-tutorial di media sosial yang cuba meniru solekan penyanyi Britain ini.
Berikut adalah trik solekan mata Adele yang didedahkan oleh jurusolek terkenal Michael Ashton.


Tiga trik ini perlu diserlahkan jika anda ingin kelihatan hebat seperti Adele.
‘Cat Eyes’ Kunci Utama
Solekan mata kucing (cat eyes) Adele boleh dimulakan dengan melukis garisan dari sudut mata ke luar menggunakan celak jenis gel.

Untuk buat shape wings, Adele sering menggunakaan celak cair yang kalis air. Ini akan menjadikan mata kelihatan tajam. Lakukan perlahan-lahan kemudian isikan warna.
Bulu Mata Palsu
Merupakan senjata utama untuk kelihatan lebih cantik dan ekspresif. Bulu mata palsu dengan kesan memanjang mampu memberikan sentuhan vintaj.

Sesuai untuk mengalihkan perhatian daripada pipi tembam kepada mata seksi.
Mata & Bibir Tebal
Walaupun ia nampak seperti old school, fokus pada mata dan bibir masih menjadi kunci utama untuk memberikan sentuhan glamor. Rambut pula didandan dengan gelombang super sexy!

Kredit Foto: Instagram Adele
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hadir Akad Nikah Adik, Penampilan Anggun & Sopan NEELOFA Curi Tumpuan!

Kalau dah namanya Neelofa, apa sahaja yang dilakukan pasti akan jadi tumpuan. Semalam, tanggal 20 September 2020 merupakan detik bersejarah buat keluarga Neelofa apabila adik lelaki selebriti popular ini yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Naelofar, Mohd Aqief selamat melangsungkan pernikahan.
Aqief yang berusia 26 tahun sah bergelar suami kepada kekasih yang dikenalinya enam tahun lepas, Aina Syahira dalam majlis akad nikah penuh indah ilham Reka Teemor di Sime Darby Convention Centre.
Namun, paling mencuri perhatian peminat dalam majlis berkenaan ialah penampilan Noor Neelofa Mohd Noor. Tampil lebih anggun dan sopan dengan baju kebaya labuh berwarna biru lembut, pelbagai reaksi yang dicurahkan peminat tatkala melihat kelibat figura jelita berumur 31 tahun tersebut. Ada yang menzahirkan rasa gembira kerana berpendapat Neelofa kini sedang melalui fasa bahagia… tidak kurang juga yang teruja menanti hari perkahwinan Neelofa selepas ini.



Apatah lagi, kelibat rakan sekerja Neelofa yang juga jurucakap Pertubuhan Kasih Neelofa iaitu PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail turut kelihatan di majlis berkenaan. Tidak hairanlah, ramai yang membuat ‘usikan nakal’ terhadap mereka berdua. Seolah-olah menguatkan lagi desas-desus yang bertebaran mengenai hubungan kedua-duanya.
Apa-apa pun, penampilan Neelofa dalam majlis Aqief dan Aina cukup manis dipandang. Ditambah pula solekan magis Khir Khalid yang menyerlahkan lagi seri wajah jelitawan ini. Bahkan gaya dan penampilan Neelofa sejak kebelakangan ini menjadi bualan apabila dilihat lebih selesa berstoking tangan dan kaki serta bertudung labuh melepasi dada. Berbeza daripada style turban yang sering digayakannya sebelum ini. Alhamdulillah.

Dalam pada itu, Neelofa turut menitipkan ucapan buat adik tersayangnya Aqief dalam melayari alam rumah tangga bersama isteri tercinta kelak. “Ya Allah, bless their marriage and let it be a means for them to become closer to You in love and devotion. Let it be a source of untold blessings, happiness and joy. You did your duties by being the best brother ever.
It’s time to do your duty as a good husband and the best life partner to your wife. Cherish every moment of this new journey you’re about to take and embrace each other’s imperfections. Wishing you both a lifetime of happiness.”
Pada majlis akad nikah Mohd Aqief, seisi keluarga Neelofa mengenakan persalinan sedondon berwarna biru lembut.
https://www.instagram.com/p/CFWhT2BJHqz/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantik & Berbakat, Drama ‘Autumn in My Heart’ Naikkan Nama SONG HYE KYO!

Drama bersiri Autumn in My Heart yang disiarkan pada tahun 2000 telah melonjakkan nama Song Hye Kyo. Selain lakonan mantap dan jalan cerita drama berkenaan, raut wajah cantik milik Hye Kyo turut membuatkan dia semakin diminati.
Lebih 20 tahun berada dalam industri, pelbagai anugerah telah diraih aktres jelita ini dan Hye Kyo berada di kelas tersendiri.
Dilahirkan pada 22 November 1981 di Daegu, Korea Selatan, ketika dilahirkan Hye Kyo dilaporkan sakit dan doktor tidak menyangka dia mampu kembali sihat. Ibu bapa Song Hye Kyo dikatakan bercerai ketika dia masih kecil. Sejak itu, dia dibesarkan oleh ibu tersayang.

Bintang yang bakal meniti usia 40 tahun ini mula meminati dunia lakonan sewaktu kecil. Ketika baru berusia 14 tahun, Song Hye Kyo berjaya memenangi pertandingan model dan menjadi model untuk sebuah syarikat pakaian seragam sekolah.
Secara tidak langsung, kejayaan itu sekaligus membuka peluang buat dirinya untuk melangkah lebih jauh untuk bergelar anak seni.
Walau terkenal dan mempunyai jutaan peminat, namun sejak awal pembabitan Hye Kyo hingga hari ini… dia sangat menjaga privasi diri. Bahkan peminat di sana pun masih tidak mengetahui latar belakang keluarga Hye Kyo sepenuhnya.

Selepas kejayaan drama Autumn in My Heart, Hye Kyo membintangi drama komedi romantik Full House bersama pelakon lelaki tersohor Korea Selatan, Rain. Popularitinya terus meningkat apabila menjayakan drama Descendents of the Sun bersama aktor tampan, Song Joong Ki.
Keserasian Hye Kyo bergandingan bersama Joong Ki menarik perhatian dan bibit-bibit cinta mereka mula dihidu peminat. Pasangan ini akhirnya memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2017. Bagaimana pun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun dan berpisah pada 2019.


Saat namanya sedang berada di puncak sekitar tahun 2003, Hye-Kyo memilih untuk berehat seketika dari dunia seni selama dua tahun kerana mempelajari Bahasa Inggeris di Amerika Syarikat.
Selain ingin menguasai dan fasih berbahasa tersebut, dia juga mempelajari Bahasa Kantonis apabila terpilih membintangi filem pengarah terkenal China, Wong Kar-Wai pada tahun 2013 menerusi The Grandmaster.
Selain dikurniakan bakat lakonan yang hebat, Hye-Kyo juga antara selebriti tercantik di Korea Selatan. Disebabkan rupa paras komersial yang dimiliki, wajahnya sering menghiasi kempen promosi jenama-jenama mewah antaranya Chaumet, Dior dan Levi’s.
Sepanjang penglibatannya sebagai anak seni, Hye-Kyo berjaya membuktikan kemampuan diri menjadi pelakon yang versatil hingga menerima anugerah Grand Prix iaitu pengiktirafan tertinggi buat pelakon di Korea Selatan. Kejayaan tersebut diberikan kepada Hye-Kyo menerusi lakonannya dalam drama That Winter, the Wind Blows.
Sumber: Hong Kong Tatler
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


