
Seraut wajah asli, lembut dan menenangkan, seribu kali lebih baik daripada kejelitaan palsu di sebalik solekan atau pembedahan surgeri.
Dengan cara yang sederhana, sebenarnya anda masih boleh kelihatan menawan dengan mengamalkan dua doa ini.
Tanpa modal yang besar untuk membeli produk penjagaan kulit di pasaran, cuba amalkan saja doa ini dengan perasaan yakin dan ikhlas membacanya.
Surah Yusuf Ayat 4:
Surah Thaha Ayat 39:
Kedua potongan ayat tersebut diyakini memiliki banyak manfaat termasuklah untuk kecantikan kulit wajah dan awet muda.
Cara Mengamalkan
- Baca sesudah wuduk dan selepas mandi. Tiupkan pada kedua tapak tangan dan raupkan ke wajah. Jika ikhlas dilakukan selalu dapat menambah kecantikan wajah dari hari ke hari.
- Selepas solat wajib, baca kedua-dua ayat ini 3 kali. Tiupkan pada tapak tangan dan raupkan ke muka. Lama-kelamaan orang yang memandang akan melihat kelainan pada wajah anda. Lebih mempesona. Norzalina Mohd Alias
Kredit: Doa Islam Mustajab
Masih Romantis Usia Perkahwinan Cecah 21 Tahun, Wajah Bahagia Datuk Sheila Majid Di Samping Suami!

Terserlah wajah bahagia Datuk Sheila Majid di samping suami tercinta! Walau usia perkahwinan sudah pun mencecah 21 tahun namun pasangan selebriti popular ini tetap romantis seperti pasangan kekasih hangat bercinta.
Datuk Sheila Majid yang terkenal dengan julukan Ratu Jazz negara sah bergelar isteri kepada pemuzik, Dato’ Acis atau nama sebenarnya Hashridz Murshim Hassim pada 3 Jun 2003.
Sepanjang mendirikan rumah tangga, jarang dengar kisah ‘kurang manis’ mengenai perkahwinan mereka berdua. Sebaliknya, wajah bahagia Datuk Sheila Majid sering terpancar setiap kali ada kelibat suami di sisi.



Berkongsi momen 21 tahun hidup bersama, Datuk Sheila menerusi media sosial memuat naik video kenangan mereka berdua.
“Happy Anniversary to my husband of 21 years. Here’s to more adventures and to many more years together, inshaAllah. Love you!”
Sementara itu, Dato’ Acis turut tidak ketinggalan menitipkan ucapan romantis terhadap isteri tersayang sempena ulang tahun perkahwinan mereka baru-baru ini.
“Happy 21st anniversary Miss Majid. We’ve come a long way huh? May Allah continue to bless this union for all eternity with much abundance, good health, understanding and above all, love.”




Perkahwinan pasangan ini diserikan dengan kehadiran dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.
Selain itu, Dato’ Acis juga bapa tiri kepada Wan Nur Khaleeda dan Megat Abdul Majid.
Semoga rumah tangga Datuk Sheila Majid dan Dato’ Acis kekal bahagia sampai syurga!
Tips Mudah Lagi Berkhasiat Bersahur Yang Bakal Membuatkan Anda Kekal Bertenaga Seharian!

Apabila bercerita mengenai bulan Ramadan, semestinya kita akan melalui dua waktu yang sangat sinonim iaitu waktu berbuka dan waktu bersahur. Entah kenapa apabila tiba saja bulan Ramadan, nafsu pun mula membuak-buak nak cuba pelbagai jenis hidangan sewaktu berbuka.Tapi bagaimana pula untuk sahur?
Harus diingatkan, sahur itu bukan saja penting, malah di dalam bersahur tu ada keberkatannya. Pemilihan makanan dan cara anda bersahur inilah akan menentukan tahap kecergasan anda sepanjang hari.
Nona ingin kongsikan kepada anda 6 tips bersahur yang boleh dipraktikkan sepanjang bulan Ramadan untuk anda kekal bertenaga!
1. Hasilkan jem daripada buah-buahan lembut
Gunakan buah-buahan yang lembut dan tidak berbiji seperti pisang dan beri-beri untuk dijadikan jem instant. Bukan saja cepat, malah buah-buahan segar ini pastinya memberikan anda nutrisi yang cukup sepanjang hari. Sapukan di atas roti dan taburkan gula untuk menambah rasa. Oh ya, anda juga boleh gunakan kurma yang tidak berbiji untuk menghasilkan jem ini.
Info tambahan: Gunakan pisang raja atau pisang berangan kerana ia lebih lembik dan mudah dilumatkan.
2. Sediakan telur rebus dalam kuantiti yang banyak
Didihkan air dengan garam dan baking soda di dalam satu periuk. Masukkan telur ke dalam selama 96 saat. Padamkan api dan tutup periuk tersebut dengan penutupnya selama 8 minit.
Bakar dalam ketuhar pada 325-350 darjah selama 30 minit. (Suhu bergantung kepada ketuhar anda). Gunakan talam muffin mini supaya mereka tidak bergoyang. Setelah selesai keluarkan, kupas kulitnya dan simpan di dalam peti ais. Bersedia untuk makan sahur nanti!
Info tambahan: Sediakan telur rebus ini malam sebelum anda tidur.
3. Simpan oat semalaman di dalam peti sejuk
Seperti kita tahu, oat memang baik untuk mengawal tahap kolestrol dalam badan malah ia juga memang mengenyangkan. Jadi apa yang anda hanya perlu lakukan ialah bekukan oat semalaman sebelum anda menjamahnya sewaktu bersahur.
Campurkan oat bersama kacang, kismis dan juga kurma di dalam satu bekas. Kemudian tuangkan susu segar sehingga menutupi lapisan oat dan simpankan di dalam peti ais. Nak lagi sedap, tambah lagi satu lapisan serbuk chocomalt MILO®! Bangun sahur nanti, buka peti dan terus makan. Sangat sedap!
Info tambahan: Old fashioned oats atau instant oats lebih sesuai digunakan.
4. Panaskan semula lauk waktu berbuka dengan tambahan ingredients seperti sayur atau telur
Seringkali kita mendengar, beli makanan banyak-banyak waktu berbuka, sudahnya tidak habis. Apa kata anda simpan lebihan makanan sewaktu berbuka tersebut dengan memanaskannya semula waktu bersahur. Untuk mengekalkan ia dalam keadaan fresh dan enak dimakan, tambahkan sedikit sayur-sayuran yang sihat. Ini akan mempercepatkan lagi persiapan juadah sahur anda.
Info tambahan: Kurangkan makanan yang berminyak sewaktu sahur.
5. Praktikkan mengambil brown rice
Kita sedia maklum, brown rice atau juga dikenali sebagai beras perang mempunyai banyak manfaat. Antaranya adalah mengurangkan kolestrol dan juga amat baik bagi tulang. Ia kaya dengan magnesium dan mineral yang boleh menguatkan tulang dang mengurangkan inflamasi pada sendi. Bulan puasa ini juga sangat sesuai jika anda mahu mengurangkan tahap kolestrol dalam badan. Jadi apa kata kerapkan mengambil brown rice pada waktu sahur tahun ini. Di samping kekal sihat, anda juga mungkin dapat badan baru menjelang raya nanti.
Info tambahan: Brown rice juga merupakan sumber karbohidrat kompleks yang membekalkan sumber tenaga dengan lebih perlahan dan lebih mengenyangkan.
6. Elakkan garam dan minum air berlebihan
Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Dalam keadaan berpuasa, pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng dan lain-lain ia lagi cepatkan dehidrasi dan akan buat anda cepat berasa haus. Minum terlalu banyak air pun kurang bagus dan akan menghasilkan tindak balas yang sama. Paling baik, ambillah 2-3 gelas sahaja.
Info tambahan: Kalau nak minum air manis, pastikan jumlah pengambilan adalah kurang daripada air kosong. Contoh: 1 gelas air manis, 2 gelas air kosong.
3 Rahsia Awet Muda Kakak KRISDAYANTI Di Usia 50, Rajin Berkongsi Tip Motivasi Di Instagram

Seperti yang kita tahu, rata-rata wanita Indonesia sinonim dengan penjagaan kecantikan semula jadi. Antaranya amalan pemakanan jamu untuk penjagaan luaran serta dalaman.

Yuni Shara serta adiknya yang merupakan diva pop Indonesia, Krisdayanti memiliki raut wajah yang cantik dan seakan-akan sama. Tak sekadar cantik, kedua-duanya tak kalah dalam berfesyen!
Apa yang menariknya tentang pelantun lagu ’50 Tahun Lagi’ ini, ialah biarpun usianya baru menginjak 50 tahun pada Jun lalu tetapi Yuni Shara sering tampil elegan dan gemar berkongsi OOTD di Instagram. Bukan saja penampilan, Yuni Shara juga amat menitikberatkan soal kecantikan.
Menurut ibu anak dua ini, semua wanita dilahirkan cantik dan memiliki kecantikan tersendiri.

Bagi Yuni Shara, faktor kerjaya turut mempengaruhi agar sentiasa menjaga penampilan diri. Salah satu gaya Yuni Shara yang sering menjadi perhatian ialah gaya kasualnya yang ringkas tapi stylish. Contohnya, padanan celana ripped jeans yang menyerlahkan ‘sisi muda’ Yuni Shara.
PETUA DAUN LIDAH BUAYA
Salah satu rahsia awet muda Yuni Shara ialah menjadikan daun lidah buaya sebagai masker. Seperti kita tahu lendir daun lidah buaya mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kulit wajah. Salah satu kebaikannya membantu melambatkan proses penuaan.
Menurutnya, masker daun lidah buaya dapat mencegah kedutan termasuk jerawat jika diamalkan secara konsisten. Selain digunakan sebagai masker, Yuni Shara turut memakan isinya pada setiap pagi yang dicampur bersama madu.
RAJIN BERSENAM
Satu lagi rahsia wanita jelita ini ialah tak pernah meninggalkan rutin senamannya setiap hari antaranya yoga dan pilates. Namun sejak pernah mengalami kecederaan, Yuni Shara kini hanya melakukan senaman ringan seperti push up, sit up dan plank.
Yuni Shara turut berpesan kepada wanita-wanita di luar sana agar mengubah mindset tentang senaman.
“Ubah mindset, senaman bukan semata-mata untuk kurus atau awet muda tetapi untuk sihat,” kongsi Yuni Shara atau nama sebenarnya Wahyu Setyaning Budi.
BERFIKIRAN POSITIF
Bagi Yuni Shara, untuk nampak awet muda bukan hanya bergantung kepada amalan petua saja. Berfikiran positif dan saling memberi motivasi juga salah satu rahsianya. Hal yang kecil tetapi besar manfaat dan ganjarannya bukan saja buat followers bahkan dirinya sendiri.
Justeru, Yuni Shara sering berkongsi content yang positif termasuk kata-kata motivasi di Instagramnya.
Kredit Foto: Instagram @yunishara36