Seraut wajah asli, lembut dan menenangkan, seribu kali lebih baik daripada kejelitaan palsu di sebalik solekan atau pembedahan surgeri.
Dengan cara yang sederhana, sebenarnya anda masih boleh kelihatan menawan dengan mengamalkan dua doa ini.
Tanpa modal yang besar untuk membeli produk penjagaan kulit di pasaran, cuba amalkan saja doa ini dengan perasaan yakin dan ikhlas membacanya.
Surah Yusuf Ayat 4:
Surah Thaha Ayat 39:
Kedua potongan ayat tersebut diyakini memiliki banyak manfaat termasuklah untuk kecantikan kulit wajah dan awet muda.
Cara Mengamalkan
- Baca sesudah wuduk dan selepas mandi. Tiupkan pada kedua tapak tangan dan raupkan ke wajah. Jika ikhlas dilakukan selalu dapat menambah kecantikan wajah dari hari ke hari.
- Selepas solat wajib, baca kedua-dua ayat ini 3 kali. Tiupkan pada tapak tangan dan raupkan ke muka. Lama-kelamaan orang yang memandang akan melihat kelainan pada wajah anda. Lebih mempesona. Norzalina Mohd Alias
Kredit: Doa Islam Mustajab
JANGAN Skip Rutin Jaga KULIT, Lebih-lebih Lagi Pada Bulan Puasa!
Bulan yang paling mulia di antara semua bulan datang lagi. Keberkatan yang menjadi hadiah utama pada Ramadan ini perlu direbut. Dalam keghairahan itu, jangan lupa untuk memberi perhatian kepada penjagaan kulit tubuh juga.
Hidrasi adalah masalah utama yang sering berlaku pada bulan Ramadan. Untuk atasinya, banyakkan minum air putih. Di samping itu, perhatikan juga penampilan anda kerana bulan Ramadan bukan alasan untuk bermalas-malas.
Rutin kecantikan perlu diteruskan. Walaupun anda sibuk dengan menguruskan rumah tangga, tentunya anda tidak mahu kelihatan terabai di hadapan suami dan untuk ke tempat kerja. Beberapa tip di bawah boleh dijadikan panduan.
Kelembapan kulit
Memandangkan kadar pengambilan air berkurangan, melembapkan diri di bahagian luaran adalah lebih penting. Gunakan buih pembersih badan yang mempunyai kadar lembapan tinggi dan usai itu, gunakan losen badan.
Produk yang menggunakan minyak semula jadi dan mentega seperti minyak kelapa dan shea butter memberi impak sempurna berbanding losen biasa. Gunakannya pada tubuh dan kaki untuk mendapatkan kulit yang halus dan lembut.
Bebas bau badan
Apa kata anda gunakan pewangi semula jadi untuk tubuh? Selain menggunakan deodoran, penggunaan jus lemon juga boleh mengelakkan daripada timbulnya bau badan. Lemon mempunyai antiseptik terbaik, antibakteria dan anti-odor. Ia mengurangkan bau peluh dan meninggalkan haruman lemon yang segar pada tubuh.
Kulit halus
Jika anda ingin bebas dari bulu halus, waxing adalah jalan terbaik. Biarpun ia menyakitkan tetapi ia berbaloi kerana anda tidak perlu mencukurnya setiap tiga hari kerana waxing akan memperlahankan pertumbuhan bulu-bulu halus.
Face mask dan pengelupasan
Yogurt asli adalah helah terbaik untuk perawatan wajah. Yogurt terkenal dengan kelembapan yang ada padanya, malah ia juga memberi kelegaan pada kulit, menegang dan cara terbaik untuk pengelupasan.
Solekan
Warnai wajah dengan solekan biarpun minimalis. Secara asasnya, gunakan bedak asas, pemerah pipi, maskara dan pengilat bibir untuk tampil sederhana tetapi masih menawan.
Rehatkan rambut
Hampir setiap hari rambut menjadi ‘mangsa’ pencemaran dan bahan kimia. Sesekali, rehatkan rambut daripada sebarang produk. Masker rambut seminggu sekali untuk mengekalkan kesihatan rambut. Anda juga boleh menggunakan masker dari tanah liat agar minyak berlebihan dan kotoran pada rambut boleh dibersihkan.
Rias kuku
Pada waktu siang, banyak kerja-kerja rumah boleh diselesaikan sehingga boleh menyebabkan tangan menjadi kasar. Pada waktu malam, rawatan lebih tertumpu pada bahagian tangan. Tidak perlu krim atau peralatan merias, cukup sekadar losen yang memberi lembapan secukupnya. Palitkan setompok kecil losen pada kuku dan kutikel. Keesokan harinya, ketika anda bangun untuk sahur, kulit tangan dirasakan lebih lembut dan halus.
Rias kaki
- Sebaik selepas mandi, sapuan losen untuk bahagian tumit kaki sangat diperlukan. Malah anda boleh mengetip kutikel kerana ia lebih lembut.
INFO
Terdapat banyak stor kecantikan yang boleh anda kunjungi untuk mendapatkan produk pelembap dan kecantikan kulit antaranya adalah butik kecantikan Sephora. Anda tentu rambang mata memilih produk penjagaan terbaik untuk kulit. Di Sephora Fahrenheit88 misalnya, anda berpeluang dilayan bak puteri dengan kemudahan di The Lounge. Indahnya bila kita boleh mendapatkan perkhidmatan VVIP. Sambil shopping, sambil merehatkan diri!
Atasi Masalah Kulit Kusam Dengan Solekan Ringkas & Tipis
Kulit yang berminyak kadang kala menjadi masalah ketika bersolek. Ia boleh menjejaskan solekan serta mudah luntur. Namun begitu, usah jadikannya sebagai halangan untuk anda tampil berseri.
Ikuti 5 cara berikut.
CUCI MUKA SEHINGGA BERSIH
Perkara pertama sekali perlu anda buat jika kulit berminyak. Cuci muka sebersih-bersihnya sebelum memulakan solekan. Jika kurang bersih kulit akan mudah berjerawat kerana kulit berminyak mudah bertindak balas dengan kotoran yang melekat di wajah. Gunakan pemersih muka yang sesuai agar kulit tidak terlalu kering.
GUNAKAN PRIMER
Menggunakan primer sebagai asas membantu solekan tahan lebih lama. Kawasan berminyak seperti zon T (dahi, hidung dan dagu) tidak kelihatan berkilat. Gunakan produk berasaskan bebas minyak khususnya primer, bedak asas, bedak dan pemerah pipi.
PRIMER KHUSUS UNTUK MATA
Ada yang menggunakan concealer bagi menutup lingkaran hitam bawah mata. Namun disarankan agar menghindari concealer di sekitar kelopak mata. Sebaiknya gunakan primer yang dirancang khas untuk mata agar pembayang mata dapat melekat dengan sempurna dan mampu menyerap minyak di kelopak mata.
KURANGKAN PENGGUNAAN BEDAK TABUR
Jika bedak tabur digunakan secara berlebihan dengan harapan minyak di wajah berkurang itu adalah cara yang salah. Ini kerana ia akan membuatkan pori-pori kulit menghasilkan minyak lebih banyak. Maka, gunakan bedak tabur hanya di sekitar yang berkilat atau berminyak. Gunakan jenis berformula matte translucent yang dapat menghilangkan minyak pada semua warna kulit.
KERTAS MINYAK
Sentiasa sediakan kertas minyak yang dapat menyerap minyak berlebihan di wajah. Tekan perlahan kertas minyak di kawasan berminyak saja, bukan dengan cara menggosok-gosok pada kulit wajah. Lakukan dengan cara yang betul.
Potret Bahagia Puan Sri Tiara Rai Syawal, Wajah Cantik Hani Karmila Iras Hani Mohsin Raih Pujian!
Meriah Hari Raya Puan Sri Tiara Jacquelina tahun ini. Sekali lagi berpeluang meraikan Syawal di samping suami tercinta dan anak-anak, momen bahagia usahawan ini yang dikongsikan di media sosial menarik perhatian warga maya. Lebih-lebih lagi wajah cantik puteri kesayangan iaitu Hani Karmila yang iras Allahyarham Hani Mohsin.
Menerusi foto tersebut, rata-rata followers Puan Sri Tiara memuji keayuan Hani Karmila. Apatah lagi senyumannya yang tidak ubah seperti arwah bapa yang juga pelakon, Hani Mohsin.
Hani Karmila yang berusia lewat 20an kelihatan anggun dalam persalinan rona coklat cair. Cantik dan manis orangnya!
Selain Hani Karmila, turut kelihatan suami kesayangan Puan Sri Tiara iaitu Tan Sri Mohd Effendi Norwawi dan anak lelaki, Mohd Eridani Effendi.
Kongsi bintang filem Puteri Gunung Ledang ini, “Everything that matters in my world today is in this photo right here. This Raya was so very beautiful for my family and me, and I hope it was the same for all of you who are celebrating too.
Selamat Hari Raya from my family to you and yours, maaf zahir dan batin.”
Hani Karmila atau mesra disapa Mila memiliki bakat dalam dunia lakonan. Terdahulu, dia pernah membintangi teater Melur the Musical.
Tidak cukup itu, wajah jelitanya juga pernah menghiasi iklan komersial Malaysia Airlines. Lebih membanggakan, Mila bergelar juara sukan Jiu Jitsu di Singapura pada 2022.
Khabarnya Mila mula aktif menceburi seni bela diri Jepun berkenaan kira-kira tujuh tahun lalu.
Setiap kali melihat wajah Mila, peminat seni tanah air pasti terkenang raut wajah Hani Karmila iras Allahyarham Hani Mohsin. Bahkan ramai mengatakan dia mewarisi senyuman pelakon Jimi Asmara tersebut.
Hani Mohsin meninggal dunia pada 25 Julai 2006. Hasil perkongsian hidup, Hani dan Puan Sri Tiara dikurniakan Hani Karmila.