Kalau dah namanya Dato’ Seri Siti Nurhaliza, pakai apa pun tetap nampak cantik dan mencuri perhatian. Terbaru, sempena kedatangan Aidiladha… suri hati Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini sekali lagi menjadi bualan ramai hanya kerana pemakaian tudung bawal yang digayakan penyanyi tersohor negara tersebut.
Jarang mengenakan fesyen tudung bawal selama ini… pemilihan hijab polos dan minimalis berkenaan nyata mengundang ‘perhatian’ netizen. Belum pun habis kisah jam tangan mewah Richard Mille miliknya yang mencecah lebih RM600 ribu dan harga aksesori basikal RM30 ribu, timbul pula kisah terbaru tentang selebriti kesayangan ramai ini.
Menyambut Aidiladha di samping keluarga tersayang, Dato’ Seri Siti yang anggun dalam persalinan hitam Rizman Ruzaini kelihatan berbeza daripada biasa. Hanya mengenakan solekan nipis dan gaya sederhana sambil bertudung bawal pun sudah cukup membuatkan peminat tertarik dengan penampilan ringkas beliau.
Malah rata-rata mereka beranggapan Dato’ Seri Siti nampak lebih muda apabila memakai jenis tudung tersebut dan kata-kata pujian membanjiri ruangan komen di Instagramnya.
Menyedari reaksi positif peminat, Dato’ Seri Siti sekali lagi tampil dengan gaya sama pada hari raya berikutnya. Kongsi beliau, “Raya Haji hari ke-2 saya pulang ke kampung untuk ibadah korban. Ramai yang suka saya pakai tudung bawal yek? Baikla, harini saya gayakan tudung bawal dari Galeri Ariani. Banyak pilihan warna.”
Kredit: Instagram Dato’ Seri Siti Nurhaliza
This website uses cookies.