Nampak lebih muda, eksklusif dan cantik! Itu antara pujian warga maya apabila melihat penampilan usahawan popular, Dato’ Seri Vida baru-baru ini. Terkenal dengan gaya fesyen extravaganza dan berani sebelum ini, kelibat pengasas Vida Beauty Sdn Bhd ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan nyata mendapat pujian rakan-rakan artis dan followers.
Ini selepas Dato’ Seri Vida atau nama penuhnya Hasmiza Othman memuat naik gambar di majlis tersebut di media sosial miliknya. Menerusi perkongsian itu, Dato’ Seri Vida mengenakan persalinan rona lembut dengan rekaan serba minimalis. Ia sekaligus membuatkan dia kelihatan berbeza dan memikat!
Memetik kapsyen Dato’ Seri Vida, “Kenduri kendara, betul ke nampak muda pakai macam ni?”
Ruangan komen Dato’ Seri Vida dibanjiri dengan kata-kata pujian yang kebanyakan daripada mereka menyukai penampilan ahli perniagaan itu.
Malah, rekaan busana tersebut juga sangat padan dengan bentuk tubuh Dato’ Seri Vida kelihatan lebih kurus.
Bukan hanya busana ilham Khuntumn yang digayakan menjadi tumpuan bahkan solekan pada majlis itu juga tidak keterlaluan. Sekaligus menyerlah kelembutan wajah ibu dua anak ini.
Peminat juga merasakan ahli perniagaan popular berkenaan sesuai dengan imej sedemikian berbanding fesyen ‘meriah’ dengan busana yang agak pelik dan variasi warna-warna garang.
Dato’ Sri Vida kini berusia 51 tahun memiliki Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu dan Sejarah) dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan dikurniakan dua anak iaitu Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Muhammad Eric Zacquan atau mesra disapa Kacak.
This website uses cookies.