Nampaknya kehadiran 2021 ini membuatkan Datuk Seri Rossa semakin aktif meneruskan aktiviti seninya. Permulaan tahun baru Datuk Seri Rossa muncul sebagai pengacara di program Bisik With Rossa.
Menghadiahkan peminat dengan foto terkini sambil mengucapkan Selamat Tahun Baru di media sosialnya membuatkan seluruh peminat memujinya macam wanita Korea. Patutlah gedung pakaian terkenal, Uniqlo memilihnya untuk memperagakan pakaian seperti Mira Filzah di Malaysia.
Terkenal di Malaysia apatah lagi di negara kelahirannya, Indonesia melalui lagu dan suara yang merdu, penyanyi lagu Pudar ini nampak muda daripada usianya sebenar.
Apabila ditanya tentang rahsia kecantikan Datuk Seri Rossa sewaktu kunjungan NONA ke kediamannya di Jakarta, “Sejujurnya, saya tidak mempunyai rutin kecantikan yang rumit. Saya mengamalkan penjagaan wajah yang ringkas sahaja. Namun, apa yang pasti, saya akan mencuci muka pada waktu pagi dan juga malam. Saya tidak akan tidur dalam keadaan muka yang bermekap.
Saya tidak mempunyai sebarang petua lama yang diamalkan untuk menjaga kecantikan. Namun, jika saya tak sihat, saya akan amalkan minum air rebusan daun saga untuk mengembalikan kesihatan serta stamina. Saya juga ada mengambil suplemen untuk menambah tenaga untuk kekal aktif.
Saya juga bukan seorang yang kerap ke gym untuk bersenam. Saya hanya melakukan senaman treadmill di rumah, selama setengah jam. Semudah itu sahaja. Dari segi pemakanan, saya makan semua jenis makanan. Saya akan cuba kawal pemakanan contohnya kurangkan manis dan lebihkan buah-buahan,” tutur Datuk Seri Rossa sambil tersenyum.
Kesudian Datuk Seri Rossa menerima kunjungan team Nona di kediaman mewahnya yang terletak di Kemang, Jakarta Selatan merupakan momen yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Kelihatan dari jauh banglo milik Datuk Seri Rossa yang terkenal dengan lagu Pudar ini begitu mewah umpama sebuah resort.
Ada yang tengah cari produk cantik boleh tengok kat sini.