Nampak Muda Dari Usia Sebenar, Terpegun Wajah Cantik Semula Jadi Lure Hsu Usia 48!

Untungnya Lure Hsu kerana dikurniakan wajah awet muda! Kalau tengok rupa paras personaliti Taiwan ini pasti ramai yang menyangka dia baru berusia 20an. Hakikatnya, pereka hiasan dalaman dan blogger fesyen ini bakal mencecah umur 48 tahun!

Pernah menjadi bualan di laman maya kerana memiliki raut wajah muda 20 tahun daripada usia sebenar, Lure Hsu dilahirkan pada 15 Ogos 1975 di Taipei. Dia juga mempunyai dua adik-beradik perempuan iaitu Fayfay, sosialit Taiwan berusia 49 tahun dan Sharon yang juga model berumur 41 tahun.

Kalau bergambar bersama, memang ketiga-tiganya kelihatan seperti gadis remaja.

Kredit Instagram @lurehsu
Kredit Instagram @lurehsu
Kredit Instagram @lurehsu

Menerusi temu ramah bersama sebuah majalah Taiwan, Lure mendedahkan salah satu petua yang diamalkan untuk kelihatan sihat dan cantik ialah dengan minum air secukupnya.

Dia percaya amalan minum air kosong yang cukup dan diperlukan oleh badan setiap hari mampu memberi kesegaran kepada tubuh. Sekaligus membantutkan proses penuaan.

Baca https://www.nona.my/umur-56-tahun-persis-gadis-remaja-wanita-ini-jadi-perhatian-sebab-dah-jadi-nenek-ada-2-cucu/

Amalan ini dipraktikkan Lure dan adik-beradik perempuannya sejak sekian lama dan ia ternyata berkesan.

Kredit Instagram @lurehsu
Kredit Instagram @lurehsu
Kredit Instagram @lurehsu
Kredit Instagram @lurehsu

Selain minum air kosong, Lure sangat menitikberatkan pemakaian krim pelembap dan pelindung matahari setiap kali sebelum keluar rumah dan tidak membiarkan kulitnya terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang lama.

Bagi Lure, di samping menjaga kulit dari luaran dia juga mengamalkan pengambilan supplement seperti Vitamin C dan kolagen. Lure turut memberitahu dia memulakan harinya dengan minum black coffee

tanpa gula setiap hari.
Kredit Instagram @lurehsu
Kredit Instagram @lurehsu
Kredit Instagram @lurehsu

Bersandarkan kecantikan asli dan awet muda yang dimilikinya, kebanyakan media menggelarkan wanita ini sebagai ‘goddess with a frozen age’. Difahamkan sebelum Lure menjadi pereka hiasan dalaman, dia turut pernah menceburi bidang peragaan.

Share
Published by
Suzi