
Sayu melihat keadaan terkini anak lelaki Amyza Aznan yang disahkan menghidap kanser paru-paru. Selepas ‘berkampung’ di hospital untuk beberapa hari sejak Februari lalu demi mendapatkan rawatan, akhirnya Andre Mikhail dibenarkan pulang ke rumah.
Menerusi salah satu perkongsian pelakon berusia 50 tahun ini di media sosial miliknya, kelihatan Andre cuba berhibur dan menyanyi namun tidak lagi secergas dahulu. Bahkan fizikalnya juga nampak ‘susut’ daripada kebiasaan.
Andre Mikail Anak Amyza Aznan Jalani Kimoterapi

Sebagai ibu, Amyza tidak pernah lelah memberikan semangat buat anak terunanya yang berusia 19 tahun tersebut. Begitu juga ahli keluarga lain yang sentiasa berada di sisi Andre Mikhail pada saat-saat mencabar ini.
Kongsi Amyza, “Assalamualaikum semua. Ni anak saya, status terkini selepas di kimo. Doakan ye untuk Andre Mikhail. Saya hanya banyak berkata-kata dalam hati je. Tak terluah.”
Lebih meruntun jiwa apabila aktres berkenaan turut memuat naik video mereka bersalaman di pagi Syawal. Dalam video itu, Andre berpakaian kurta kuning kelihatan lesu dan sudah dibotakkan kepala hanya mampu duduk di kerusi.
Tidak berdaya untuk berdiri, Andre bagaimana pun menghulurkan salam kepada ibu dan disambut penuh kasih sayang serta pelukan daripada Amyza Aznan. Jelas terpancar reaksi sebak si ibu manakala anak pula mengesat air mata.
Momen Sayu Amyza & Keluarga Di Hari Raya
Dedah Amyza, “Ayah gagal! Janji tak nak sedih tapi gugur akhirnya air mata seorang lelaki. Datuk kepada cucunya. Ayah pandai pakai spec hitam nak cover. Tapi ayah gagal tipu kami dan kami semua pun gagal tipu diri sendiri.”
View this post on Instagram
Pertengahan Februari lalu, anak lelaki pelakon ini didiagnosis menghidap kanser paru-paru tahap tiga selepas tiga minggu menerima rawatan di Hospital Ampang.
Andre dimasukkan ke Hospital Ampang apabila doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan di bahagian paru-parunya. Ketika itu dia perlu menunggu keputusan ujian sampel bagi menentukan penyakit sebenar.
Amyza dalam pada itu turut mengharapkan doa daripada peminat dan orang ramai agar anaknya dapat kembali sembuh.
Semoga ada keajaiban buat Andre Mikail dan kedua-dua ibu anak ini tabah menempuh apa jua dugaan mendatang.