
Natural beauty! Gebu dan mulusnya kulit. Manis sungguh anak dara kepada aktres dan penyanyi terkenal dari seberang, Mulan Jameela yang dikenali sebagai Tiarani Savitri.

Berusia 22 tahun, Tiarani merupakan anak hasil perkahwinan Mulan Jameela yang terdahulu (sebelum bersama Ahmad Dhani).
Patutlah Tiarani jarang terlihat di media sosial kerana dia lebih bersifat privasi.
Namun apabila sesekali berkongsi wajahnya yang cantik manis itu di Instagram peribadi, dia sering menerima pujian daripada para pengikutnya.
CANTIK NATURAL
Sering tampil dengan wajah yang polos tanpa solekan di akaun peribadinya, Tiarani dilihat sebagai seorang gadis yang pandai menjaga kecantikan kulit.
Malah, raut wajah juga mewarisi kecantikan ibunya yang kini kekal jelita di usia 40an.

Meilhat kepada personalitinya pula, Tiarani seorang yang sederhana dalam soal penampilan, mungkin faktor usianya yang baru menginjak ke fasa remaja.
Kesimpulannya, Tiarani punya daya tarikannya yang tersendiri.
Kredit Foto: Instagram @tiaransvtr
4 Cara Mudah Hilangkan DAGU BERLAPIS & PIPI TEMBAM Dengan Natural

Badan dah kurus tapi pipi pula nampak tembam ditambah pula dengan dagu yang berlapis! Jadi apa nak buat? Sebenarnya, tanpa perlu menjalani pembedahan serta mengeluarkan kos yang banyak pun masih ada cara yang lebih mudah, selamat dan semula jadi untuk melenyapkan masalah dagu berlapis. Tinggal rajin atau tidak sahaja.
Walaupun prosesnya tidak sepantas rawatan moden namun cara ini lebih mudah dilakukan pada bila-bila masa dan di mana jua. Apa yang penting konsisten dan sabar, itulah kunci kejayaan utama untuk mendapatkan bentuk wajah tirus serta dagu yang runcing.
Perlu ke bantuan alat-alat pelik menguruskan wajah seperti yang banyak dijual di Internet? TIDAK. Anda ikut saja 4 cara di bawah ni!
(1) Jangan Mengambil Ubat Secara Berlebihan
Apa saja jenis ubat ubatan pasti akan terkandung bahan-bahan kimia sekaligus berisiko untuk mendapat kesan sampingannya dalam jangka masa panjang. Salah satunya ialah pembengkakan kesan pengambilan ubat berlebihan tanpa nasihat doktor. Pembengkakan ini bukan hanya terjadi pada badan bahkan juga wajah. Ia juga tidak bagus untuk organ dalaman.
(2) Minum Banyak Air Putih
Lemak dipercayai mudah larut dengan air putih. Maka disarankan untuk mengamalkan meminum air putih sebanyak 8 gelas sehari. Bukan hanya di badan malah lemak di sekitar wajah juga akan berjaya dikurangkan apabila anda mengamalkan meminum air putih setiap hari. Minimum adalah 2 liter.
(3) Urutan Rahang
Juga salah satu cara bagi menghilangkan lemak di pipi dan dagu yang boleh dipraktikkan di rumah. Namun pastikan caranya betul kerana boleh menyebabkan kulit kendur. Lakukan dengan betul. Bukan saja lemak dapat dikurangkan bahkan aliran darah pun menjadi lancar.
Caranya, urut wajah dari atas ke bawah. Kemudian teruskan urutan dari dagu ke atas menuju pipi. Seterusnya, tepuk-tepuk lembut di bahagian dagu menggunakan ais batu dan tuala hangat selama setengah jam.
(4) Buat Senaman Wajah
Lakukan senaman wajah pada waktu senggang secara rutin. Proses metabolisme menjadi lebih sempurna dengan sel kulit wajah yang lebih segar melalui senaman wajah. Lemak akan mudah terbakar dan hilang. Caranya, pegang leher dengan kedua-dua tangan kemudian angkat kepala ke atas agar dapat merenggangkan otot rahang. Buat 10 kali sehari untuk hasil yang terbaik. Amy Mohd
Dikatakan Mirip Fazura, LINDA NANUWIL Tampil Cantik & Anggun Dalam Kelas Tersendiri!

Tidak dinafikan, sejak kemunculan Linda Nanuwil dalam program hiburan Gegarvaganza lalu ramai yang tertarik dengan kecantikan yang dimiliki penyanyi kelahiran Sabah ini. Bukan hanya dikurniakan rupa paras menawan, Linda juga mempunyai pakej lengkap dengan ketinggian ideal dan bentuk tubuh ramping.
Kejelitaan yang ada pada pemilik nama Norlinda Nanuwil ini juga dikatakan mirip selebriti dan aktres cantik, Nur Fazura Sharifuddin. Bahkan setiap kali penampilan Linda muncul di kaca TV ternyata peminat menyamakan wajah mereka berdua.
Lebih istimewa, pada hujung Disember lalu Linda diangkat sebagai Artis Tercantik 2020 berdasarkan undian pembaca Gempak. Hasilnya, Linda menerima undian sebanyak 38.97 peratus sekaligus mengenepikan pesaing terdekatnya, Siti Saleha dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Berterima kasih dengan peminat yang bertungkus-lumus mengundi dirinya, Linda bagaimana pun mengakui kecantikan itu sesuatu yang subjektif. “Walaupun bagi Linda kecantikan seseorang bukan hanya pada rupa paras, tapi juga lahir dalam diri kita iaitu ketulusan, kebaikan, adab dan keikhlasan.
Dalamannya cantik, maka terpancarlah ‘nur’ pada wajahnya. Linda anggap ini hadiah dari anda semua sebagai penutup tirai tahun 2020. Maafkan andai kata Linda ada terkasar bahasa atau secara tidak sengaja mengguris hati kalian.”
Tanggal 21 Mac lalu merupakan ulang tahun kelahiran Linda yang ke-37. Nama Linda mula meniti di bibir peminat muzik apabila bakat nyanyiannya disedari menerusi program realiti Akademi Fantasia Musim Kedua. Buktinya, Linda merangkul gelaran Naib Juara dan lagu-lagu dendangannya menjadi kegemaran peminat ketika itu.
Namun beberapa tahun lepas, Linda seakan menyepi daripada dunia hiburan dan pulang ke kampung halamannya di Sabah kerana menjaga kedua-dua ibu bapanya. Dalam temu bual bersama Nona tidak lama dulu, Linda mengakui pemergian ayah tersayang pada tahun 2008 begitu terkesan baginya.
Belum sempat merawat duka kehilangan ayah, insan bergelar ibu pula ‘hilang’ dari pandangan buat selamanya. Atau lebih tepat, setahun selepas kematian ayah, ibu Linda pula meninggal dunia.
Sejak itu, fokus Linda untuk mengembangkan bakat dalam muzik terganggu. Dia sukar menerima hakikat kehilangan dua insan paling bermakna dalam hidup. Apatah lagi, pemergian ibu dan ayah berlaku dalam tempoh dua tahun berturut-turut.
Sampaikan penyanyi bersuara lunak ini mengambil keputusan menutup media sosial kerana tidak mampu berdepan dengan khalayak. Tindakan itu nyata memberi kesan besar dalam hidup Linda seterusnya membuatkan nama Linda Nanuwil ‘tenggelam’ dan hilang dari radar industri seni buat beberapa ketika.


“Punca utama menyepikan diri sebenarnya sebab kedua-dua ibu bapa Linda meninggal dunia dalam masa dua tahun berturut-turut. Perkara ini sangat memberi kesan yang pedih dan sakit buat saya sehingga karier dan media sosial saya pun terpaksa shut down.
Waktu itu saya hanya mahu menjaga mak ayah. Saya cuma sempat menjaga dan melawat ayah lebih kurang enam bulan ketika ayah terlantar di hospital. Memang Linda selalu keluar masuk hospital sebelum dia meninggal. Kadang-kadang selepas selesai shooting, saya terus ke hospital untuk tunjukkan dia gambar-gambar diambil masa shooting. Semasa ayah masih ada, kami sempat tulis lirik lagu bersama-sama dan terhasillah lagu Dusun, Upus Tolidang atau Cinta Sejati.
Selepas ayah meninggal dunia, saya kerap berada di Sabah untuk bersama mak. Waktu itu saya masih menetap di Semenanjung. Berbeza dengan pemergian ayah, pemergian mak saya sangat mengejutkan kerana mak langsung tidak menunjukkan simptom yang dia sakit tenat.
Dia cuma pengsan waktu Subuh dan dihantar ke hospital di emergency dan meninggal dunia,” telus Linda sambil memberitahu punca pemergian kedua-dua insan istimewa tersebut adalah disebabkan masalah jantung.
Cuba mendapatkan kembali momentum kejayaan yang pernah diraih sebelum ini, Linda turut merancang untuk menghasilkan lebih banyak lagu-lagu ciptaan sendiri selain berhasrat menerbitkan single dan album di samping mengadakan kolaborasi bersama penyanyi dan pencipta lagu berbakat besar.
Awal tahun, Linda hadir dengan single terbaharunya berjudul ‘Ikhlaskan Hatimu’ dan terlibat dalam penggambaran telemovie Misteri Jam Vintage. Yang pasti, kemunculan wanita cantik ini kembali dalam industri nyata mengubat kerinduan peminat.
Kredit foto: Linda Nanuwil
MAI DAVIKA Gadis Kacukan Belgium-Thailand Lulusan Sarjana, Raih Banyak Anugerah Sebagai Aktres Popular

Pelakon filem Thailand, Mai Davika Hoorne atau lebih popular dengan gelaran Mai Davika ini bukan sahaja terkenal dengan kecantikan serta bakatnya bahkan bijak dalam bidang akademik.
Mai Davika yang kini mencecah usia 31 tahun ini telah pun meraih pelbagai pengiktirafan serta anugerah antaranya anugerah pelakon wanita terbaik bagi Anugerah Persatuan Filem Kebangsaan Thailand.
Mai Davika merupakan anak kacukan Belgium di sebelah bapanya dan Thailand di sebelah ibu. Maka, secara tak langsung ia menjadi satu kelebihan buat Mai Davika.
Tak hairanlah dia sering menjadi model pilihan bagi jenama-jenama fesyen antarabangsa serta dijemput khas ke pertunjukan fesyen luar negara.
Mari kita kenali Mai Davika secara dekat.
- Merupakan seorang pelakon dan model dari Thailand berusia 31 tahun.
2. Memulakan karier seninya pada tahun 2010.
3. Berketurunan Belgium-Thailand.
4. Lulusan Sarjana dalam bidang seni komunikasi dari Universiti Rangsit.
5. Sering menjadi model jenama-jenama fesyen antarabangsa.
6. Merangkul banyak anugerah dan pengiktirafan.
7. Teman wanita kepada Chantavit Dhanasevi, seorang aktor terkenal Thailand.
Semoga Mai Davika terus sukses dalam bidang yang diceburinya serta menjadi inpsirasi wanita.
Kredit Foto: Instagram Davika Hoorne
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona