Memilih tarikh 27 Mac 2021 sebagai hari bahagia buat pasangan Neelofa dan Haris. Genap setahun meraikan detik bersejarah ini selebriti Neelofa telah berkongsi momen indah di majlis pernikahannya itu.

Ads

Ramai yang sebak menyaksikan pasangan bahagia Neelofa dan Haris saat bergelar pasangan suami dan isteri. Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor telah menitipkan ucapan ringkas sempena ulang tahun perkahwinannya yang pertama itu.

Neelofa Dan Haris Sambut Anniversary Pertama, Makin Bahagia Dengan Kehadiran BILALĀ 
Foto: Instagram @hrisbismail

“Doakan agar Allah sentiasa memberi keberkatan ke atas perkahwinan kami dan meletakkan hubungan ini dalam kebaikan selamanya.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan suamiku (ucapan selebihnya, saya bisik di telinga suami sebab dia sorang je yang boleh tahu apa saya luahkan),” tulis isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Ulang tahun perkahwinan pasangan ini lebih bermakna dengan kehadiran anak tersayang. Neelofa telah melahirkan bayi lelaki pada 29 Januari lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara. Memilih nama Muhammad Bilal buat permata hati pasangan selebriti kesayangan ramai ini.

Imbas kembali majlis pernikahan pasangan romantis ini berlangsung dengan sekali lafaz sekitar jam 11.30 pagi. Pasangan sama cantik sama padan ini dinikahkah oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor.

Neelofa Dan Haris Sambut Anniversary Pertama, Makin Bahagia Dengan Kehadiran BILALĀ 
Foto: Instagram @neelofa

Pemenang anugerah Nona Business Icon Award di majlis Nona Superwoman Award 2020 ini, kelihatan anggun dan berseri-seri dalam persalinan dres labuh rona putih.

Ads

Haris segak mengenakan baju Melayu berwarna putih lengkap bersamping dan songkok telah menyerahkan mas kahwin berbentuk sebentuk cincin.

Neelofa Dan Haris Sambut Anniversary Pertama, Makin Bahagia Dengan Kehadiran BILALĀ 
Foto: Instagram @neelofa

Anak kesayangan Datin Noor Kartini Noor Mohamed ini memilih majlis pernikahannya ini bertemakan Jabbal Rahmah iaitu satu daripada lokasi popular yang diziarahi jemaah umrah dan haji di Mekah bagi melatari majlis pernikahannya. Dekorasi indah ini telah disempurnakan hasil sentuhan Reka Teemor.

Ads
Neelofa Dan Haris Sambut Anniversary Pertama, Makin Bahagia Dengan Kehadiran BILALĀ 
Foto: Instagram @neelofa
Neelofa Dan Haris Sambut Anniversary Pertama, Makin Bahagia Dengan Kehadiran BILALĀ 
Foto: Koleksi Neelofa

Bibit-bibit cinta di antara pasangan mempelai tercetus apabila mula bekerjasama membangunkan sebuah pertubuhan kebajikan iaitu Pertubuhan Kasih Neelofa pada Jun tahun lalu.

Neelofa Dan Haris Sambut Anniversary Pertama, Makin Bahagia Dengan Kehadiran BILALĀ 
Foto: Instagram @neelofa

Jodoh tak pernah salah alamat, walaupun terpaksa menempuh pelbagai dugaan namun jika sudah ditakdirkan pastikan bersatu jua. Tahniah! Haris dan Neelofa atas ulang tahun perkahwinan yang pertama ini. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah.

Baca juga; Neelofa Kongsi 4 Golongan Yang Dirindukan Oleh Syurga

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI