Melihat peda kejayaan demi kejayaan yang dikecapi Neelofa, seorang usahawan selebriti yang cukup disegani ramai, pastinya sudah banyak impiannya dah tercapai hasil usaha kerasnya dalam industri.

Ads

Dan baru-baru ini, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor mendedahkan yang dirinya berhajat untuk bergelar seorang guru mengajar Al-Quran.

Menerusi hantaran di Tiktok nunha.co, Neelofa yang juga isteri kepada Haris Ismail ini berkata, dia bersyukur kerana semua impiannya sebelum ini sudah pun tercapai kecuali mengajar seseorang belajar Al-Quran selepas membaca perkongsian hadis.

@nunha.co MasyaAllah semua cita cita dah tercapai! Tapi ada satu lagi, nak jadi guru ajar mengaji. InsyaAllah one day tercapai cita cita @neelofa ♬ original sound – Innai Nunha HQ

“Alhamdulillah, banyaklah yang tercapai mimpi-mimpi impian tu. Tapi, yang tak tercapai lagi kalau pekerjaan yang saya nak buatlah.. sebab ada hadis yang cakap ‘sebaik-baik pekerjaan adalah belajar Al-Quran dan mengajar. Dan, saya naklah reti belajar mengajar, ajar mengaji pulak. Itu impian saya,”ujarnya.

Tambah Neelofa lagi, bilangan anak murid bukanlah tidaklah penting asalkan impiannya itu terlaksana.

“Walaupun tak mengajar mengaji ramai, ajar mengaji beberapa orang cukuplah, sekadar memenuhi impian itu. Sekadar boleh, ada kemampuan untuk mengajar mengaji. Jadi, doa-doakanlah,” ulas Neelofa.

Ads

Sementara itu, suami Neelofa turut mengatakan semua impian isteri tercintanya sudah pun tercapai kecuali menambah ilmu pengetahuan tentang agama dan konsisten untuk belajar bab-bab keagamaan.

Untuk makluman, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 20221 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. Kini, Neelofa sedang hamil anak kedua.

Ads

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI