Nama Abdullah Abbas menjadi pilihan Neelofa dan Haris untuk zuriat kedua mereka. Pasangan selebriti ini sepakat memilih pangkal nama Abdullah kerana ia adalah nama yang disukai Allah sementara Abbas menjadi kata-kata dalam doa Rasulullah S.A.W.
Sepertimana lahirnya Muhammad Bilal , perasaan hiba dan sayang buat
Abdullah Abbas juga terjalin.Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa BILAL dan ABBAS yang dipilih..
Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal disiksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yg dijanjikan Nabi S.A.W.
JUGA BACA: https://www.nona.my/neelofa-selamat-lahir-putera-kedua-umum-nama-bayi-lepas-7-hari-kelahiran/
Neelofa berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di laman Instagram miliknya hari ini. Malah Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor berharap agar anak keduanya itu menjadi harapan untuk menyampaikan dakwah.
“Jadi harapan Umi (panggilan Neelofa) dan abah (panggilan Haris) adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam,” ujarnya.
Untuk rekod, Neelofa selamat melahirkan zuriat keduanya pada jam 10.45 malam 11 Julai lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Seorang zuriat lelaki menjadi peneman Muhammad Bilal yang kini mencecah usia setahun.
Dia dan Haris atau lebih dikenali sebagai Ustaz Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.
This website uses cookies.