Dari sehari ke sehari dunia semakin tua dan bakal menemui hari pembalasan. Baru-baru ini Neelofa kongsi 4 golongan yang dirindukan oleh syurga.

Ads

Dalam video Tiktok berdurasi 56 saat melalui hantaran Tiktok @uharyantie Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berbicara tentang 4 golongan ini sambil ditemani oleh suami tersayang pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz.

Neelofa Kongsi 4 Golongan Yang Dirindukan Oleh Syurga, Semoga Bermanfaat!
Foto: Instagram @neelofa
Neelofa Kongsi 4 Golongan Yang Dirindukan Oleh Syurga, Semoga Bermanfaat!
Foto: Instagram @neelofa

“Ada 4 perkara yang boleh dilakukan agar syurga mendoakan kita,” Neelofa kongsi 4 golongan yang beruntung kerana mendapat doa daripada syurga itu sendiri.

1. Orang yang membaca Al-Quran.
Golongan yang membaca Al-Quran ini termasuk golongan mereka yang mengamalkan Al-Quran seperti membaca, belajar, mendengar dan orang yang suka dengan kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ini.

2. Orang yang memberi/belanja orang lain makan.
Buat mereka yang suka memberi atau belanja orang lain makan turut mendapat manfaat daripada perbuatan baik mereka.

3. Orang yang teruja menyambut bulan Ramadan.
Ramadan hadir sekali dalam setahun. Bulan istimewa ini telah dijanjikan pahala berganda jika melakukan amal ibadat. Buat mereka yang tidak sabar dan melakukan persiapan untuk berjumpa bulan ini turut mendapat manfaat daripada perbuatan baik mereka.

Ads

4. Orang yang menjaga lisan
Kita mungkin selalu mendengar bahawa orang yang beriman bercakap hanya apabila perlu dan jika tak mampu lebih baik diam sahaja. Menjaga percakapan atau lisan ini. Barangkali jika kata-kata yang kita keluarkan mungkin akan menyakitkan hati orang yang mendengar. Jadi, orang yang menjaga lisan turut mendapat doa daripada syurga Allah SWT.

Ads
Neelofa Kongsi 4 Golongan Yang Dirindukan Oleh Syurga, Semoga Bermanfaat!
Foto: Instagram @neelofa
Neelofa Kongsi 4 Golongan Yang Dirindukan Oleh Syurga, Semoga Bermanfaat!
Foto: Koleksi Peribadi Neelofa

Neelofa baharu sahaja bergelar ibu apabila melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Bilal. Di usia 33 tahun bergelar seorang ibu jelas terpancar kebahagiaan wanita telah dianugerahkan sebagai Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith bagi kategori Tokoh Berpengaruh Mega atau influencer oleh Kerajaan Kelantan sempena Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021.

Neelofa Kongsi 4 Golongan Yang Dirindukan Oleh Syurga, Semoga Bermanfaat!
Foto: Instagram @neelofa

Seronok melihat kebahagiaan pasangan suami isteri yang saling melengkapi. Paling istimewa baik Neelofa dan suaminya sentiasa menyeru ke arah kebaikan. Semoga apa yang dilakukan ini mendapat ganjaran yang setimpalnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Baca juga: DATUK DIRA ABU ZAHAR Selebriti Pertama Bergelar YB

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI