“NEELOFA kuat dan tabah sebagai anak seni & ahli perniagaan, Salute!” – Anuar

Anuar Zain tidak pernah gagal melontarkan suara penuh emosi dan penghayatan. Karisma penyanyi yang terkenal dengan lagu balada ini terserlah dengan kematangan suara walau sudah lebih tiga dekad berkecimpung dalam industri hiburan. Sumbangan Anuar terhadap bidang nyanyian tidak perlu disangkal lagi. Kini Anuar melebarkan sayapnya dalam bidang perniagaan pula.

“Kehadiran tahun baru ini saya mengharapkan akan membawa lebih banyak rezeki di dalam bidang nyanyian dan rezeki yang melimpah-ruah dalam bidang perniagaan. Ada juga perancangan untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur tetapi semuanya masih di peringkat perancangan. Selain itu saya mahu melebarkan empayar perniagaan tudung saya iaitu  Shawl Awanbyaz.

Tahun ini juga saya akan mengeluarkan rangkaian produk kecantikan, bermula Alleviér Anti-Aging and Whitening Serum By ‘Anuar Zain’. Serum ini sangat istimewa buat saya kerana sangat membantu untuk melembapkan kulit secara semula jadi. Formulasinya pula saya garapkan dengan bahan-bahan istimewa yang terbaik untuk kulit. Doakan semoga serum saya ini dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

Ramai juga yang bertanya kenapa saya memilih perniagaan tudung dan mengeluarkan produk penjagaan kulit. Bagi saya perniagaan begini jarang diceburi oleh kaum Adam. Saya suka melihat wanita memakai selendang (walau apa cara stail yang digayakan), bertudung dan turban. Indah dan menarik bila dipandang. Penjagaan kulit itu juga penting buat saya, terutama sekarang, untuk itu saya ceburi bidang perniagaan penjagaan kulit dengan mengeluarkan serum pertama saya,” tutur Anuar penuh semangat.

Anuar yang pernah berlakon dalam filem Bintang hati ini menjadikan kaum keluarga dan sahabat-sahabat juga mendorong saya untuk meneruskan cita-cita untuk berniaga. “Saya selalu terfikir untuk memulakan perniagaan sendiri selain daripada bidang nyanyian.

Idola saya dalam memperluaskan empayar perniagaan sudah tentu Neelofa. Beliau sangat kuat dan tabah di dalam melakukan kerja sebagai anak seni serta sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya dan disegani. Salute! Malah ramai juga anak seni yang berjaya di negara kita dan tahniah buat mereka semua.

Anuar juga sempat berkongsi kenangan terindah yang dikecapnya tahun lalu. “Banyak kenangan indah pada tahun 2018, antaranya adalah kejayaan konsert ‘Cinta Takkan Berakhir Live In Singapore 2018’ dan saya membuka akaun Instagram peribadi saya. Dan sudah tentu mengadakan sesi penggambaran sampul hadapan untuk majalah Nona bersama kakak saya, Ziana Zain. Apa yang tidak dapat dicapai pada tahun 2018? Bercuti ke luar negara tidak dapat saya lakukan kerana kesibukan kerja. But busy with work is good,”

bicara Anuar.

 

 

 

 

Share
Published by
Hamizatul Maizan