Kehebatan Neelofa sebagai ikon wanita tak perlu disangkalkan lagi kerana punya kekuatan tersendiri yang cukup luar biasa sehingga menjadi inspirasi oleh seluruh wanita. Tak hairanlah ia turut menjadi sumber inspirasi buat gadis cantik kelahiran Perlis yang juga pelakon dan hos, Hani Nazrina Hanizar atau Hani. Selain Neelofa, dia turut mengkagumi YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk bergelar wanita sukses.

Ads
“Neelofa Pernah Kongsi Satu Catatan Tentang Masa Depannya 10 Tahun Akan Datang” HANI NAZRINA
Hani Nazrina.

Hani kini berusia 27 tahun serta berketurunan Melayu, India dan Parsi. Antara lakonan popularnya dalam drama bersiri Red Velvet dan pernah menyertai program realiti TV, Clever Girl musim ke-2.

FAKTOR PENCETUS USAHA

“Sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita pertama Malaysia, YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail seorang wanita yang sangat tabah, bersemangat tinggi dan positif kerana mampu berjuang selama hampir 20 tahun. Dengan menginspirasikan beliau, saya sentiasa membaiki diri agar dapat menjadi inspirasi buat wanita lain khususnya generasi muda.

“Neelofa Pernah Kongsi Satu Catatan Tentang Masa Depannya 10 Tahun Akan Datang” HANI NAZRINA
YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Neelofa pula sangat berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan berani. Saya masih ingat lagi ketika kami sama-sama berada di set penggambaran drama, Neelofa pernah berkongsi dengan saya catatan tentang perancangan masa depannya untuk 10 tahun akan datang. Ia ditulis pada satu helaian kertas.

“Neelofa Pernah Kongsi Satu Catatan Tentang Masa Depannya 10 Tahun Akan Datang” HANI NAZRINA
Neelofa.

Catatannya itu telah menyedarkan saya agar sentiasa merancang masa depan dan meletakkan target pada diri sendiri. Secara tak langsung ia menjadi pencetus buat saya untuk berusaha lebih jauh dan sentiasa mencari peluang.”

CONTOH KEPADA GENERASI MUDA

Ads

“Apabila bergelar public figure ia mematangkan diri saya untuk bijak dalam membuat keputusan. Selain itu, ia banyak membaiki personaliti diri saya agar menjadi contoh yang baik dan dihormati.

“Neelofa Pernah Kongsi Satu Catatan Tentang Masa Depannya 10 Tahun Akan Datang” HANI NAZRINAJangan pernah persoalkan kegagalan, sebaliknya belajar untuk bangkit semula dan terus berusaha. Sentiasa bersikap rendah diri. Saya juga sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri serta ikhlas dalam apa jua yang dilakukan. Hargai setiap peluang dan rezeki yang diperoleh.

Ads

Saya juga bangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh wanita-wanita muda hari ini. Mereka lebih berdikari dan matang dalam mengatur masa depan. Saya terinspirasi dengan semangat mereka untuk belajar dan berusaha lebih daripada kemampuan diri.”

“Neelofa Pernah Kongsi Satu Catatan Tentang Masa Depannya 10 Tahun Akan Datang” HANI NAZRINAWalaupun kini kerjaya utamanya dalam industri perbankan namun pada masa sama Hani menjadikan bidang lakonan dan komersil sebagai kerjaya sambilan.

Kredit Foto: Instagram Hani Nazrina, Dr Wan Azizah & Neelofa

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI