Nekad Cari Keadilan Buat Bella, MONA DIN Kongsi Momen Jumpa TMJ & CHE’ PUAN BESAR KHALEEDA!

Keprihatinan ikon usahawan yang juga aktivis Mona Din terhadap situasi Bella sejak dari mula hingga ke hari ini nyata menarik perhatian Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Yang Amat Mulia (YAM) Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Mengimbas kembali momen istimewa menerima jemputan menghadap DYAM Tunku Ismail dan YAM Che’ Puan Khaleeda pada 19 April lepas, ibu kepada enam cahaya mata dan seorang anak angkat Down Syndrome ini menyifatkan pertemuan tersebut umpama sebuah mimpi.

Mengulas lanjut detik perjumpaan itu, perkongsian Mona Din dalam Nona On Air di platform Instagram pada 28 April lalu melegakan hati ramai pihak dan cukup bermakna. Teruja memberitahu butiran pertemuan itu Mona Din berkata, “Sebenarnya team TMJ menyambut kami dengan sangat kasual.

Kami bukan berada di meja meeting, kami berada di sofa dan saya secara peribadi sangat menghargai (jemputan) TMJ. Tunku buat kelakar dengan kami dan buat kami ketawa. Tunku bangun dan tak duduk di sofa, sebaliknya Tunku letak tangan dekat sofa.

Saya faham secara halus Tunku mahu kami rasa sangat selesa dan walau penuh hormat, kami sangat selesa untuk berbual dan saya berada di sebelah Che Puan dalam jarak dekat.

Bila pihak lelaki berbual-bual dengan TMJ, saya dapat berbual berdua dengan Che Puan. Masa berbual ini pun saya mengalirkan air mata dan saya percaya Che Puan sendiri pun hampir mengalirkan air mata.”

Foto Majalah Nona
Credit Facebook Mona Din
Credit Facebook Mona Din

Tambah Mona Din, meskipun ketika menerima jemputan tersebut dia mengalami masalah kesihatan namun demi menghormati dan menghargai TMJ dan Che’ Puan Besar Khaleeda… wanita berjiwa penyayang ini gagahkan diri juga.

“Saya melihat seraut wajah yang sangat ikhlas dan prihatin, Che Puan sangat baik. Wajah yang dipamer pun saya ingat sampai sekarang. Seraut wajah yang menyatakan semangat keibuan Che Puan terhadap kes Bella.

Saya cuma mencadangkan kepada Che Puan agar dapat dicarikan keluarga angkat untuk Bella. Saya percaya Bella melalui masa-masa sukar. Mungkin dia tak melihat yang indah setakat ini sebab masa dijumpai dulu pun dia dijumpai di jalanan dalam keadaan sangat tak terurus.

Walau secara zahirnya mereka yang dijaga Jabatan Kebajikan Masyarakat diberikan kelengkapan fizikal dan makan minum secukupnya tetapi tetap ada kelompongan kasih sayang.

Saya cakap dengan Che Puan alangkah bahagianya mungkin dari pihak Che Puan dapat carikan keluarga angkat buat Bella untuk memberitahu kepada Bella yang di luar sana ada lagi kehidupan yang indah. Itu antara yang saya kongsi dan mendapat anggukan daripada Che Puan.”

Ditanya sama ada Mona Din secara peribadi pernah bersua muka dengan Bella sebelum ini, sambil tertawa dia membuka cerita.

“Saya hanya berjumpa Bella di dalam mimpi. Saya tak pernah walaupun sekali dan saya tak pernah memohon untuk berjumpa Bella sebab saya memang berjuang ikhlas untuk membantu dia. Sebab saya faham keadaan dia dengan kes yang sedang berjalan saya pun whistleblower dan saya tak pernah memohon jumpa Bella.

Tapi dia sentiasa ada dalam hati saya. Saya percaya seluruh rakyat Malaysia, kita menyayangi Bella dan mencari keadilan untuknya. Semoga ada rezeki.”

Sementara itu ketika diaju pertanyaan bagaimana dia dan team #JusticeForBella berkesempatan bertemu TMJ dan isteri, lantas Mona Din membuka bicara.

“Apabila butir-butir perbicaraan mula ditulis oleh pihak media terutamanya sebab mereka ada hak menulis keterangan mengenai kes di mahkamah. Kita tak boleh menulis. Jadi saya rasa informasi yang ditulis media telah membuatkan Tunku Mahkota Johor dan Che’ Puan Besar terpanggil dan tersentuh hati mereka dengan laporan ini.

Bila posting itu keluar, saya ada kongsi di media sosial Facebook dan menyatakan mungkin Che Puan boleh memanggil team #JusticeForBella. Saya sebenarnya tidaklah merasakan Che Puan akan panggil.

Foto Majalah Nona
Credit Facebook Mona Din
Credit Facebook Mona Din / Mona Din bersama suami pagi Syawal
Credit Facebook Mona Din / Potret keluarga bahagia Mona Din

Rupa-rupanya posting

pada hari yang sama pihak saya telah pun dihubungi oleh orang Istana. Malangnya kami tidak membaca sebab banyak mesej masuk. Kita menerima mesej hari Ahad, mengetahui Isnin 11 malam yang disedari salah seorang team #JusticeForBella.

Dia bagi respon terus kepada team TMJ dan kami diminta hadir pada hari esoknya, Selasa jam 12 tengahari. Keadaan saya tak berapa sihat waktu tu. Tapi panggilan dari TMJ amat dihargai dan saya gagahkan juga. Alhamdulillah dipermudahkan.

Jadi, TMJ macam kita semua mahu mengetahui dan satu janji TMJ ialah mahu buat sesuatu di samping memastikan tidak akan berlaku lagi sebarang perkara seperti ini kepada mana-mana individu di Malaysia tidak kira OKU atau tidak.

Apa yang dapat disimpulkan ialah diskusi kami berkisar persetujuan bersama untuk kita bersama-sama membendung dan membela adik Bella agar perkara sebegini tidak lagi terjadi.”

Semoga usaha murni TMJ, Che’ Puan Besar Khaleeda, Mona Din dan team memberi sinar harapan buat masyarakat dalam membela nasib insan-insan yang kurang bernasib baik.

Share
Published by
Suzi