Wajah jelita selebriti kesayangan ramai ini sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Selaras dengan peningkatan usia, Aktres Nelydia Senrose makin cantik dan lebih manis.
Lebih-lebih lagi apabila sejak akhir-akhir ini kerap berkongsi foto tampil menggayakan hijab di media sosial milik peribadinya.
Walaupun tiada pengesahan rasmi daripada tuan empunya diri sama ada benar-benar berhijab atau tidak, namun ramai yang mendoakan agar adik kepada pelakon terkenal Uqasha Senrose ini istiqamah berhijab.
Pada penghujung bulan December lalu wanita yang memiliki nama sebenar Nik Zaris Nelydia Nik Sen ini telah berkongsi tentang ibadah umrah yang dilakukannya.
“Alhamdulillah dengan izinNya, Nely sudah 4 hari di Madinah Al Munawarrah. InsyaAllah esok kami akan berangkat ke Mekah Al Mukarramah. Doakan perjalanan dan urusan kami dipermudahkan.
Petang ini kami akan cuba untuk memasuki Rawdah bersama jemaah yang lain dan ada yang di antara kami masih belum rezeki lagi untuk ke taman syurga Allah.
Dengan itu saya dengan rendah diri mohon doa dari kalian untuk rezeki kami dijemput ke sana dan insyallah kami juga akan selitkan doa kalian dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.
(Kirimkan doa kalian, insyallah saya akan cuba untuk bacakan doa semua). Ampunkan salah silap kami andai ada kata dan perbuatan kami yang mengguris hati harap diampun,” tulis Nelydia sambil berkongsi gambarnya di Masjid Nabawi.
View this post on Instagram
Selepas perkongsian tentang ibadah umrahnya di laman Instagramnya, Nelydia Senrose kerap berkongsi fotonya yang berhijab. Kita doakan yang baik-baik sahaja. Makin cantik kan, Nelydia Senrose berhijab?
Nelydia yang kini berusia 27 tahun telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April 2019. Nampaknya tak lama lagi pasangan sama cantik sama padan ini bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga.
Selain aktif dalam dunia seni, pelakon drama rantaian Lelakimu Yang Dulu dan Encik Suami Mat Salih Celup ini telah berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan membuka sebuah kedai emas yang diberi nama Nelydia Jewels.
Cantik-cantik rekaan barangan kemas milik pelakon yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini yang terdapat di kedai yang berlokasi di Plaza Damas 3, Taman Sri Hartamas ini.
Baca juga; Izara Aishah Makin Cantik Berhijab