Nervous Nak Pergi TEMU DUGA, Persiapkan Dulu 8 Item Penting Ini!

Sebelum melayari alam pekerjaan, pastinya anda melalui sesi temuduga terlebih dahulu. Persiapan diri perlu dititikberatkan agar proses temuduga berjalan dengan lancar. Namun ada hal lain juga mustahak. Perkara yang di maksudkan ialah item yang perlu dibawa semasa sesi temu duga. Persediaan ini harus diutamakan supaya anda tampak lebih bersedia. Nak tahu apa item-item yang dimaksudkan? Jom semak artikel di bawah!

SALINAN CV

Meskipun mudah untuk membuat kesimpulan penemuduga telah memiliki CV Anda saat temu duga, namun bukan bererti anda tidak perlu membawanya. Anda perlu proaktif dan membuat salinan jika penemuduga anda lupa untuk membawanya. Persiapan dalam level ini juga dapat menunjukkan pada penemu duga bahawa anda telah membuat persiapan untuk mengatasi masalah yang mungkin timbul.

TAS ATAU FOLDER UNTUK MENYIMPAN DOKUMEN

Membawa salinan CV tidak mungkin dibawa begitu saja. Untuk kelihatan kemas dan teratur, anda boleh menyimpannya dalam tas atau folder untuk menampakkan ia terlihat ringkas, rapi, dan tersusun. Sikap seperti ini juga dapat menjadikan anda tampak cukup profesional.

PEN DAN BUKU CATATAN

Adalah penting dan sangat bermanfaat untuk membawa pen dan buku catatan kerana selama sesi temu duga, mungkin anda dan penemuduga akan melakukan perbincangan menarik dan anda perlu membuat catatan untuk mengingatinya. Selain itu, proses penemu duga juga menjadi salah satu gerbang untuk mengetahui informasi dari ‘orang dalam’ perusahaan, iaitu penemu duga sehingga saat anda mengirimkan email ucapan terima kasih atas undangan temu duga kerja, anda dapat menekankan butiran-butiran penting yang telah anda bincangkan.

SIAPKAN BEBERAPA SOALAN

Sebahagian besar penemu duga mengharapkan anda untuk memiliki pertanyaan tentang peranan kerja dan perusahaan. Untuk itu, persiapkanlah beberapa pertanyaan relevan yang dapat anda ajukan saat sesi temu duga kerja. Mempersiapkan beberapa pertanyaan sebelum meneruskan sesi temu duga dapat membantu anda untuk selalu ingat apa yang harus dilakukan.

JOB DESCRIPTION

Untuk meyakinkan diri bahawa anda telah memenuhi syarat kelayakan kerja dan syarat-syarat yang diminta, buatlah beberapa catatan pada job description dan bawalah saat melakukan sesi temu duga kerja. Dan pada hari kejadian, datanglah lebih awal 5 – 10 minit sebelum jadual temu duga sehingga anda memiliki waktu untuk ‘bernafas’ dan mengurangi ketegangan.

CATAT DETAIL TEMU DUGA

Terdapat ramai kandidat karyawan yang menggunakan akses internet untuk mengetahui detail temu duga kerja. Namun, tidak selalunya akses internet berjalan dengan sempurna. Oleh itu, catatlah semua detail tentang temu duga kerja, mulai dari alamat untuk temu duga, nama penemu duga, dan tarikh serta waktu temu duga untuk menghindari sebarang perkara yang tidak diingini.

BAWA SIJIL YANG RELEVAN

Bila syarat-syarat yang dituliskan dalam job description mewajibkan anda untuk memenuhi satu kualiti atau lebih, anda perlu membawa sijil yang diperlukan saat melakui temu duga kerja, atau salinan dari sijil asli. Barangkali anda tidak akan diminta untuk menunjukannya, namun akan jauh lebih baik jika anda tetap membawa item tersebut untuk persediaan jika berlaku sebarang kesulitan.

CONTOH HASIL KERJA

Untuk jawatan kreatif profesional, seperti pereka, anda boleh membawa portfolio hasil kerja serta pencapaian yang telah anda raih. Namun jika Anda tidak memohon kerja dalam bidang kreatif, anda boleh membawa testimoni klien atau foto-foto yang berkaitan dengan profesion anda terdahulu sebagai contoh hasil kerja yang ada buat.

Dengan membawa item-item tersebut di atas saat melakukan sesi temuduga kerja, Anda akan lebih berkeyakinan dan percaya diri menghadapi temu duga. Semoga berhasil.

Share
Published by
Fadhli Ismail