Nama penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti tidak perlulah diperkenalkan lagi. Sejak dari zaman pembabitannya dalam bidang seni seterusnya dalam bidang keusahawanan, rezeki Tokti tak pernah surut, malah sentiasa melimpah ruah.
Dan berkat kerja kerasnya, baru-baru ini Tokti menjadi bualan hangat netizen apabila dia dipercayai membeli sebuah rumah mewah yang terletak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Menerusi IG story yang dimuat naik oleh Tokti sendiri, kelihatan penyanyi yang berusia 43 tahun tersebut bersama dua orang anaknya sedang meninjau sebuah kondominium mewah dengan pemandangan yang menakjubkan. Tokti juga meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diperolehnya itu dan dalam video terbabit.
Difahamkan, Tokti telah membeli rumah pertama di Dubai itu dan perkara tersebut disahkan sendiri oleh anaknya, Asyraf Khalid yang menzahirkan ucapan tahniah atas pencapaian yang dikecapinya menerusi IG storynya.
“Tahniah Mak Iti atas pencapaian memiliki rumah pertama di Dubai. Sangat gembira dan bangga melihat pencapaian Tokti dan jadi inspirasi buat saya dan Tya. Doakan satu hari nanti, saya boleh ikut jejak langkah Mak iti. Saya doakan Allah murahkan lagi rezeki ayah dan Mak Iti. Tokti benar-benar layak hasil semua kerja keras Tokti selama ini. Harapnya selepas ini bila ke Dubai, tak payah la sewa hotel dah,” ujar Asyraf.
Kelihatan Tokti juga sempat membuat ‘house tour’ di IG storynya, membawa peminat-peminatnya mengintai dekorasi dan hiasan dalaman rumah tersebut. Memang cantik!! Turut kelihatan suami, Datuk k serta Aafiyah dan Afwa menemani Tokti melihat persekitaran rumah tersebut. Menurut sumber, dipercayai kediaman jenis kondominium mewah itu terletak di Jumeirah Beach Residences, berlokasi di The Address, Dubai Mall di Dubai Marina.
Menurut sumber dari kajian yang kami lakukan, bangunan tersebut berketinggian 74 tingkat dengan rekaan moden futuristik. Struktur menara berkembar itu menghadap permandangan roda ferris Ain Dubai serta Pulau Bluewaters menyusuri ke Jalan Sheikh Zayed. Antara fasiliti yang disediakan termasuk infinity pool, sky lounge, bar, gimnasium, spa dan ballroom. Hotel dan kediaman (resident) masing-masing akan mengisi sebuah menara setiap satu.
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kejayaan Tokti dapat membeli sebuah rumah mewah dengan berkat usahanya selama ini sebagai seorang penggiat seni.
Malah ramai yang menuturkan rasa bangga dengan pencapaian Siti apatah lagi dengan sikap Siti yang sentiasa merendah diri malah tidak pernah melupakan jasa orang tuanya. Semoga rezeki Tokti sekeluarga murah sentiasa.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.