Fesyen

The New Batik! Lihat Bagaimana 3 PEREKA FESYEN MUDA Ini Mengangkat Fabrik Tradisi Agar Nampak Lebih Moden

Batik sememangnya satu fabrik kebanggaan negara kita. Jika di Indonesia, kesedaran memakai batik memang sudah lama sebati di dalam diri rakyatnya. Kala penulis dijemput menghadiri Indonesia Fashion Week, hati cukup tersentuh melihat rata-rata penggiat fesyen dan juga tetamu yang hadir bangga menyarungkan baju yang berasaskan fabrik batik.

Baik potongan tradisi atau moden ia jelas menunjukkan kecintaan mereka terhadap batik Indonesia. Negara kita juga punya fabrik batik yang menawan. Dengan motif dan corak meriah berwarna-warni sepatutnya kita mengangkat fabrik ini selayakknya sebaris dengan fabrik-fabrik moden yang lain.

Piala Seri Endon yang merupakan pertandingan tahunan rekaan batik melangkah lebih jauh dengan mempersembahkan finalis-finalis mereka untuk mengadakan persembahan fesyen interpretasi corak batik yang lebih moden. Tahun ini tiga pereka muda ini adalah yang menarik perhatian.

Faizul Noorizan yang merupakan johan Pertandingan Piala Seri Endon 2016 menyerlahkan gaya cetakan moden yang diinspirasikan dari koleksi utamanya tahun lalu yang dinamakan ‘Alunan mengkuang’. Mungkin corak cetakan bergrid ini mewakili garisan susunan mengkuang dengan cara yang lebih moden.  Pensyarah di dalam bidang tekstil di UiTM Machang Kelantan ini menunjukkan kebolehannya menghasilkan koleksi fesyen siap pakai yang praktikal.

Ridzuan Alias merupakan pemenang kedua Piala Seri Endon 2017. Corak batik yang digunakannya lebih memiliki corak cetakan batik sebenar. Penataaan gaya untuk koleksinya juga cukup menarik sesuai dengan profesyennya sebagai seorang pereka fesyen bebas dan juga pereka fesyen untuk jenama popular, KREE.

Ini pula koleksi Hafiz Drahman. Dia merupakan antara peserta top 5 Piala Seri Endon 2016. Memilih untuk menampilkan batik dengan rona hitam, merah dan putih dia mencipta corak cetakan yang kelihatan seakan-akan chandelier.

 

 

Share
Published by
Fiezreen