Niat Nak Berbakti Tapi Taska Tak Beroperasi, Jangan Lupa Frontliners Juga Seorang Ibu!

Sebahagian besar petugas barisan depan yang berkhidmat waktu PKP ini, antaranya doktor, jururawat dan anggota polis adalah golongan ibu berkerjaya. Walaupun ikhlas berbakti untuk negara, namun mereka juga berdepan kesulitan berkaitan soal penjagaan anak di rumah.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan membincangkan isu berkenaan dalam mesyuarat esok termasuk kemungkinan memberi kebenaran kepada operasi taska dan tadika.

“Kita faham ada ibu bapa yang bekerja dan tak ada sesiapa menjaga anak-anak mereka. Perkara ini akan kita bincangkan esok untuk kita keluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih terperinci.

Semua kementerian akan terlibat dalam (mesyuarat ini) dan mereka akan mencadangkan SOP di bawah kementerian masing-masing. Jadi esok kita bincang sepenuhnya termasuk isu tadika,” katanya lagi.

Baru-baru ini media melaporkan pusat asuhan kanak-kanak yang masih mengenakan bayaran yuran penuh meskipun ibu bapa tidak dapat menghantar anak mereka ekoran pelaksanaan PKP.

Selain itu, ibu bapa yang bertugas dalam sektor dibenarkan turut menghadapi kesulitan mencari orang yang boleh menjaga anak mereka, terutamanya yang masih kecil.

Share
Published by
Norzalina