Kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap hidup memang ditunggu-tunggu oleh sepasang suami dan isteri. Siapa yang tidak gembira apabila dikurniakan bayi yang comel lambang kasih sayang pasangan suami isteri.
Gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody bersama penjaga gol futsal kebangsaan, Nur Izwani Azman juga mengucapkan syukur dan gembira apabila telah dianugerahkan anak pada 14 Januari lalu.
Sebagai ahli sukan Nur Izwani atau lebih mesra disapa Niena beruntung kerana mampu bersalin normal dan yang paling penting hanya mengambil masa 2 minggu sahaja untuk pulih daripada sakit bersalin sebagaimana yang dikongsinya melalui laman Instagramnya.
“Mereka ni supporter niena.. tq En. Mi sebab bagi main walaupun ramai yang pelik. Don’t worry, insyallah Niena ok. Niena bersalin normal tanpa amek apa-apa epidural dan jahitan pun dah recover dalam masa 2 minggu je.
Pelik kan tapi itu benar dan kuasa Allah. Niena bersyukur sebab melalui proses recovery yang agak cepat, sebab tu Niena boleh main balik dalam masa yang singkat.
Niena breast feed jugak Adith tapi, alhamdullilah semua ok.. ramai betul tertanya-tanya, apa pun start dari kita pregnant dah kene jaga.
Betul orang cakap, banyakkan jalan dan exercise sebab itu yang membantu semasa dan selepas melahirkan.. apa-apa pun check pada kudrat dan condition badan masing-masing,” kongsi Niena.
Rody dan Niena telah mengikat ikatan perkahwinan pada 27 April tahun lalu di kediaman Niena di Kulai, Johor.
Dalam pada itu Rody turut menyatakan rasa risaunya di laman Instagram. Tetapi dia percaya Kapten Futsal Kuala Lumpur ini tahun apa yang dilakukannya seperti mana yang dikongsinya di laman Instagram.
“Good luck mommy!! Road to final! 10 pagi ni kat Indahpura Sport City Kulai. Perlawanan antara Kuala Lumpur vs Selangor, MAKSAK2019. Alhamdulillah, anda sudah kembali. Inilah dia orang bersukan. Cara dia orang recovery memang sangat displin. Sebagai suami tetap ade rasa risau tapi, bila tengok semangat dia sampai ke final. Go sayangg! I dan seluruh famili akan support you. Good luck Kapten Kuala Lumpur!,” kongsi Rody.