Nike, Nestle Antara Produk Terlaris Di LazMall, Bukti Kuasa Membeli Online Tetap Kuat!

Lazada Malaysia meraikan jenama dan rakan perniagaan LazMall, serta menyatakan pelaburan yang lebih kukuh sewaktu majlis LazMall Gala Dinner 2022 yang dianjurkan di EQ Hotel Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Para pelanggan kini amat mementingkan ketulenan dan nilai jenama, di samping pengalaman yang unik dan berbeza, maka di atas sebab itu kepercayaan dan kaitan relevan tampil menjadi matawang dalam ekosistem digital.

Laporan Lazada Sponsored Solutions (LSS) menunjukkan bahawa 53% daripada para pelanggan di Malaysia kini mencari produk secara terus di app atau platform eDagang, berbanding pendekatan terdahulu di mana pelanggan mencari produk menerusi enjin pencarian,” Alan Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia

 

 

Semasa majlis makan malam gala tersebut, Lazada turut menghargai rakan jenama LazMall yang cemerlang dalam pelbagai kategori menerusi anugerah seperti:

  • Rakan Jenama Cemerlang Tahun Ini (Brand Partner of the Year) – L’Oreal Malaysia
  • Anugerah Pencapaian Mengagumkan (Outstanding Achievement Award) – The Estée Lauder Companies Malaysia
  • Rakan Jenama Barangan Runcit Paling Popular (Most Popular Grocery Brand Partner) – Nestlé
  • Rakan Jenama Fesyen Paling Popular (Most Popular Fashion Brand Partner)
    – Nike
  • Rakan Jenama Bayi & Produk Mainan Paling Popular (Most Popular Baby & Toys Brand Partner) – The LEGO Group
  • Rakan Jenama Elektronik Paling Popular (Most Popular Electronic Brand Partner) – Xiaomi
  • Rakan Jenama Gaya Hidup Paling Popular (Most Popular Lifestyle Brand Partner) – AKEMI
  • Rakan Jenama Kesihatan & Kecantikan Paling Popular (Most Popular Health & Beauty Brand Partner) – Beiersdorf
  • Anugerah Kecemerlangan Pemasaran (Marketing Excellency Award) – Pediasure
  • Anugerah Bintang Yang Semakin Meningkat (Rising Star Award) – Prism+
  • Anugerah Jenama Tempatan Paling Popular (Most Popular Homegrown Brand Partner) – Signature Market.

 

 

Nah, tengoklah senarai penerima anugerah tu, bukti segmen jualan online

masih tetap di hati pelanggan meskipun kebanyakan barangan tu tersedia di kedai fizikal. Dalam bahasa mudahnya, orang masih suka membeli-belah atas talian tau!

Pengiktirafan tersebut meraikan kerjasama dan pertumbuhan LazMall bersama dengan rakan jenama yang telah mencapai kecemerlangan dalam lanskap perdagangan runcit dalam talian, di samping menonjolkan sumbangan mereka ke arah memantapkan daya kepercayaan dalam pengalaman membeli-belah eDagang, serta memacu pertumbuhan industri.

Share
Published by
Norzalina