Makan

Nikmat Berbuka Puasa Di Hotel Mewah, Shangri-La Kuala Lumpur Saji Aneka Makanan Tradisi

Tercari-cari lokasi berbuka puasa di tengah jantung Kuala Lumpur, lazat dan menepati selera anda? Sempena Ramadan ini, kunjungan ke Lemon Garden di Shangri-La Kuala Lumpur pasti melakar kenangan indah.

Sebut saja waktu berbuka, tentu terbayangkan macam-macam juadah enak di depan mata. Selagi azan Maghrib belum berkumandang, terbayang-bayang masakan kampung, lauk-pauk air tangan ibu, kuih-muih kegemaran dan air manis berais, ahh… nikmatnya!

Ayuh manjakan lidah dan tekak anda dengan cita rasa mewah di Shangri-La Kuala Lumpur. Istimewa Ramadan ini, Nona diperkenalkan dengan tawaran Sajian Istimewa yang menyajikan bufet berbuka eksklusif di Lemon Garden bersama dengan hadiah dari Lemon Garden 2Go.

Bermula 12 Mac hingga 9 April 2024, bayangkan suasana klasik berbuka puasa dengan iringan persembahan memukau kuartet ghazal tradisional. Tentu menggamit nostalgia, kan? Persembahan ini bakal diadakan setiap hari di lobi utama dari pukul 6.45 petang hingga 9.00 malam.

Nikmati juga pelbagai hidangan tradisional Melayu yang mewah dengan koleksi hadiah yang dipilih dengan penuh kasih sayang sempena bulan suci ini untuk orang tersayang.

Dengan semangat perpaduan dan keakraban yang mesra, alami momen berbuka puasa di sisi ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja sambil mengeratkan hubungan bersama-sama.

 

Bufet Sajian Istimewa Lemon Garden

Di Lemon Garden, Chef Mohammad Safee dan pasukannya yang mahir menyajikan lebih daripada 300 hidangan mewah bercirikan Malaysia, hidangan Asia, masakan antarabangsa dan Timur Tengah.

Pengalaman menikmati hidangan berbuka ditingkatkan dengan atmosfera yang menenangkan, kaunter bufet yang tersusun rapi, stesen memasak langsung yang mengelilingi kolam ikan koi serta pavilion pencuci mulut yang dipenuhi dengan hidangan lazat.

Antara yang mesti dicuba tentunya Daging Rendang Tok, Singgang Ikan, Udang Masak Sambal Petai, Asam Pedas, Ayam Masak Daging Salai dan hidangan signature yang terkenal iaitu Kambing Panggang yang lazat.

 

 

Tak sah berbuka tanpa hidangan panas dari gerai masakan yang berkonsepkan ‘stesen warung’. Antara yang paling menambat selera adalah Lemang Pulut, Ketupat Palas dengan serunding, Cempedak goreng, Apam Balik, Kek Durian, Bubur Kacang, Ais Batu Campur (ABC) dan Pulut Mangga Pandan.

Terdapat juga pilihan lain di stesen makanan sejuk, masakan Cina, Itali serta Barat juga akan beroperasi. Akhiri dengan sajian pencuci mulut yang menggamit selera seperti Cream Puff Gula Melaka, Kuih Lapis, Kuih Karas dan banyak lagi.

Bufet Sajian Istimewa akan bermula dari 12 Mac hingga 9 April, setiap hari dari pukul 7.00 malam hingga 10.00 malam.

HARGA:
Isnin – Khamis: RM250/pax
Jumaat – Ahad: RM290/pax

Kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun dikenakan separuh harga, manakala Shangri-La Circle Members layak menikmati makanan percuma untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun untuk maksimum 2 orang kanak-kanak.

 

Untuk tempahan dan pertanyaan mengenai makanan, sila hubungi kami di 03-27862378 atau e-mel pertanyaan di dining.kl@shangri-la.com.

 

Koleksi Hadiah Sajian Istimewa
Lemon Garden 2GO

Hangatkan sambutan Ramadan dengan koleksi hadiah Sajian Istimewa eksklusif kami. Berikan hamper elegan dengan gubahan tradisional yang sempurna untuk diberikan kepada orang yang tersayang. Pra-pesanan bermula dari 4 Mac untuk penghantaran mulai 12 Mac hingga 30 April 2024.

Antara pilihan yang ditawarkan adalah Hamper Platinum Aidilfitri yang menampilkan manisan seperti Praline, Kurma Mejool dan pelbagai Baklava atau pilih Hamper Riang Raya yang dipenuhi dengan Praline, Kurma Mejool serta sebagainya.

Penuh dengan kegembiraan, set hadiah ini menjentik semangat klasik tradisional termasuk biskut Makmur Pandan, Kek Lapis, dan Kurma Mejool Premium.

 

 

 

Rasailah kekayaan hidangan tradisional Malaysia dengan pilihan hidangan panggang dan tradisional kami. Nikmati Kambing Panggang Berempah yang dimasak dengan campuran herba dan rempah istimewa atau nikmati Lemang Pulut dengan Rendang Tok yang wajib dicuba bagi setiap penggemar kulinari, pilihan bermula dari harga RM108 bersih.

Semua ini boleh didapati di butik Shangri-La atau layari https://boutique.shangri-la.com/index.php?region=mykl. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, e-mel kepada festive.KL@shangri-la.com atau hubungi 03-27862378.

 

Tawaran khas untuk Shangri-La Circle Members: Nikmati diskaun 10% untuk hadiah Sajian Istimewa dengan menggunakan kod promosi ‘SLCRAYA10’ sehingga 30 April 2024. Tertakluk terma & syarat.

Share
Published by
Norzalina