Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar, 32, telah selamat melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Tropicana, Petaling Jaya, Selangor pada pukul 6.32 petang beberapa hari yang lalu. Lufya selamat melahirkan cahaya mata sulungnya secara normal dan kini kedua-duanya berada dalam keadaan sihat. Bayi perempuan yang dilahirkan dengan berat 3.39 kilogram pastinya menjadi penyeri rumah tangga Lufya dan suami tersayang Dr Hafiz.Lufya
Pengalaman sebagai doktor telah digunakan sebaik mungkin oleh Che Muhammad Hafiz Che Baharum untuk menyambut kelahiran zuriat pertamanya. Memetik kata-kata Lufya di laman instagramnya, suaminya bagaikan cheerleader memberi sokongan dan dorongan untuknya di bilik bersalin. Lebih istimewa untuk bayi yang digelar Baby L,
Dr Hafiz melakukan penghormatan untuk memotong tali pusat puterinya itu.“Pengalaman melihat kelahiran anak sendiri tidak sama seperti apa yang kita dengar dari orang atau lihat di kaca televisyen. Sampailah kita sendiri yang melaluinya. Pada mula-mula saat nak keluar kepala bayi memang akan terasa berdebar kerana macam-macam kemungkinan boleh berlaku seperti kepala bayi stuck dan bayi lemas. Tapi selepas bayi keluar. Lega dan rasa bersyukur yang amat sangat. Perasaan tu tak boleh digambarkan melalui kata-kata. Hanya Tuhan saja yang tahu,” ujar Dr Hafiz ketika dihubungi.
Selain meraikan kegembiraan melihat kehadiran cahaya mata penyeri kehidupan berumah tangga bersama isteri tersayang, Dr Hafiz sempat menitipkan beberapa tip buat bakal bapa untuk menemani isteri tersayang di bilik bersalin. Mungkin ada suami yang nampak macho di luar, tetapi pada hakikat perasaan gementar pastinya terbit di dalam hati untuk melihat perjuangan si isteri bertarung nyawa melahirkan zuriat.
“Di sini saya nak kongsikan beberapa tips kepada bakal bapa atau suami yang susah nak hilang gementar ketika isteri dalam di dalam bilik bersalin.”
This website uses cookies.