Nikmat CHEESE TARIK CRUST Baharu Domino’s, Tarikan Keju Luar Biasa!

Diinspirasikan oleh mereka yang menggemari keju, Cheese Tarik Crust baharu ini membuktikan bahawa keju yang lebih banyak sememangnya adalah lebih menarik. Produk baharu ini bukan sahaja dicipta dengan penuh teliti tetapi juga menggunakan pemilihan mozzarella berkualiti tinggi seiring dengan usaha Domino’s untuk terus memperkenalkan sensasi keju yang lebih enak dan konsisten dalam setiap sajian.

Bersumberkan seni keju artisan, pembuat piza Domino’s menggunakan teknik khas untuk membuat kerak piza ini dan berjaya menghasilkan kerak piza yang paling berkeju. Dalam mencari rasa keju yang mengasyikkan, Cheese Tarik Crust mengetengahkan rasa keju cheddar yang terletak di dalam kerak yang ditabur dengan parmesan, kemudian dibakar sempurna.

Dihasilkan secara segar bagi setiap pesanan dengan hidangan keju cheddar, cairan keju ini meleleh keluar dari kerak rangup dan memberikan tekstur yang lembut dan boleh ditarik, membuatkan anda ingin menariknya dengan lebih lagi. Dalam meluaskan lagi pilihan, Cheese Tarik juga boleh didapati dengan Mozzarella Cheese Tarik yang asli, yang sebelum ini dikenali sebagai Extreme Edge Crust.

Menurut Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura Shamsul Amree, “Kami gembira dapat memperkenalkan Cheese Tarik Crust baharu ini. Elemen-elemen kesenian dan kasih sayang telah dicurahkan ke dalam penciptaan kerak piza terkini kami seiring dengan inspirasi daripada teknik pembuatan keju.

Kerak ini dihasilkan khusus bagi para peminat keju. Kami sangat gembira dengan penciptaan faktor ‘tarik’ ini dan kami percaya ia akan memberi pengalaman piza yang unik untuk pelanggan-pelanggan kami.”

Cheese Tarik Crust boleh didapati dalam saiz Sederhana dan Besar dan boleh dinikmati dengan semua perisa piza. Ia juga merupakan tambahan pilihan kerak terkini kepada menu Domino’s Pizza yang mengandungi bermacam-macam jenis hidangan. Cuba Cheese Tarik Crust yang baru dengan topping piza kegemaran anda hanya dengan bayaran tambahan sebanyak RM5 untuk piza bersaiz sederhana dan RM7 untuk pizza bersaiz besar.

Pesan 2 Pizza Deal dengan keju tambahan dalam talian dan naik taraf kepada Cheese Tarik Crust untuk menikmati Stuff Cheddar Bites secara percuma setiap hari Selasa sebagai tambahan kepada tawaran Super Tuesday!

Bersempena dengan pelancaran produk terbarunya, Domino’s akan menganjurkan cabaran Cheese Tarik Malaysia yang pertama. Cabaran yang menyeronokkan dan mudah ini bertujuan untuk melihat sejauh mana anda boleh ‘menarik’ keju Cheese Tarik Crust. Untuk menyertai peraduan tersebut, dari 27 November, 2017 hingga 24 Disember, 2017, ambil sekeping gambar keju yang ditarik dalam gaya anda yang paling kreatif, muatkan tag

@DominosMY; #CheeseTarikChallenge bersama-sama gambar tersebut dan muat naik di Facebook, Instagram atau Twitter.

Pemenang mingguan akan dimaklumkan menerusi laman web dan akan membawa pulang bekalan piza untuk sepanjang tahun.  Untuk setiap cabaran yang berjaya, Domino’s akan menyumbang kepada inisiatif komuniti hujung tahunnya. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

 

Share
Published by
Suzi