Nikmati Daging Biri-Biri Muda Australia, Chef Lambassador Kongsi Cara Mudah Sediakan Pie Kambing Biri-Biri Yang Enak!

Jika anda penggemar hidangan berasaskan daging kambing, pasti anda tidak dapat melupakan keenakan daging biri-biri muda Australia. Ia merupakan pilihan bijak bagi daging ramping, empuk dan sihat sesuai untuk memenuhi keperluan protein berkualiti tinggi serta memberi kelazatan nutrien penting yang diperlukan untuk imuniti yang kuat.

Daging biri-biri muda Australia merupakan daging yang sangat serba boleh, dengan banyak potongan sesuai bersama pelbagai perisa yang berbeza. Dagingnya senang diterima samada dengan atau tanpa rempah dan perapan, dalam masakan Asia dan barat tanpa kehilangan intipati sebenar. Ia adalah daging berkualiti yang mudah dimasak dan mudah didapati di pasar raya dan pasar besar sepanjang tahun.


Mana tidaknya, biri-biri muda Australia ini mempunyai kelebihan semula jadi kerana diternak dan diberi makan rumput dalam persekitaran yang tulen dan dagingnya bebas daripada bahan tambahan tiruan dan hormon. Pertanian lestari diamalkan dengan teliti di Australia dan industri daging biri-birinya kini dianggap neutral iklim dan neutral karbon. Ini bermakna biri-biri muda Australia tidak memberi kesan buruk kepada alam sekitar.


Baru-baru ini, NONA diundang ke Bengkel Masakan Hands-on menggunakan biri-biri Muda Halal Australia bertempat di Hilton Kuala Lumpur. Turut hadir, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Dr Justin Lee yang mengetuai media dalam pembuatan lamb pie terbuka dalam bengkel amali yang dikendalikan oleh Chef Lambassador Eric Siew dan Chef Steven Wong dari Hilton KL.


Malaysia adalah pasaran eksport kedua terbesar Australia untuk daging biri-biri dewasa atau mutton dan destinasi terbesar untuk daging biri-biri di Asia Tenggara. Walaupun tahap penggunaan per kapita sederhana, kekerapan penggunaan daging biri-biri agak tinggi dalam diet rakyat Malaysia.

Kira-kira satu pertiga daripada pengguna mengatakan bahawa mereka telah membeli daging biri-biri muda pada bulan lepas, jauh melebihi purata Asia sebanyak 19% (Sumber: MLA Global Consumer Tracker).


Pada 2020-2021, eksport daging biri-biri Australia ke Malaysia mencapai paras tertinggi iaitu 26,010 tan metrik, dengan sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan 45% tahun ke tahun dalam permintaan untuk biri-biri muda. Ini mencerminkan keutamaan rakyat Malaysia untuk makanan sihat yang mengekalkan imuniti yang kuat.

Biri-biri muda Australia adalah sumber protein yang baik dan mengandungi 13 nutrien penting yang diperlukan untuk kesihatan yang baik. Antaranya ialah Zat Besi, Zink, asid lemak Omega-3 dan vitamin B.


Biri-biri muda Australia sesuai untuk semua jenis masakan termasuk stail Asia dan barat. Fikirkan mana-mana resipi seperti Sate Lamb Halia Barbeku dengan Sos Pencicah Thai, Cawan Selada Lamb Gaya Bulgogi, Zesty Lemon & Stik Kaki Lamb Bawang Putih Panggang, daging lamb panggang yang mudah dihiris dan Pai Parti Baharat Aussie Lamb, antara beberapa hidangan lazat lain.

Share
Published by
Rosmah Idayu