
Memilih hidangan enak dan menyelerakan untuk berbuka puasa sememangnya menjadi kemestian untuk setiap individu. Lari dari citarasa kampung untuk sajian berbuka, hidangan dari Nusantara menjadi pilihan. Sajian unik dari Kepulauan Bali dan kawasan sekitarnya menjentik rasa dan selera di bulan yang mulia ini. Yang penting, ia tidak sukar disediakan dan enak dinikmati bersama tersayang! Cef Amar Abd Rahim dari Hotel One World Petaling Jaya berkongsi resipi Kambing Semur khusus untuk pembaca NONA.
KAMBING SEMUR
BAHAN-BAHAN A:
- 100gm bawang merah
- 20gm bawang putih
- 10gm halia
- 50 gm cili padi hijau
- 10gm serai
BAHAN-BAHAN B:
- 10gm kulit kayu manis
- 10gm buah pelaga
- 10gm bunga lawang
- 10gm bunga cengkih
- 10gm minyak
BAHAN-BAHAN C:
- 1kg daging kambing|dihiris
- 100gm ubi kentang
- 200gm kicap manis
- 10gm kicap pekat
- Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Kisar bahan-bahan A dan tumis bersama bahan B sehingga pecah minyak. Tambahkan bahan C dan kecilkan api. Masak sehingga daging kambing menjadi empuk. Tambahkan garam secukup rasa. Masak sehingga pekat dan kering secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.
Jom Ke EATROPICA CAFE Sempena Cuti Hari Kemerdekaan, Sesuai Buat Family Gathering!

Kafe Eatropica adalah dari singkatan dua ayat EAT at TROPICA mengetengahkan konsep tropikal. Memulakan operasi sekitar Mac lalu, kafe yang membuka pintu di Menara 1 Sentrum, bersebelahan KL Sentral (rooftop NU Sentral Mall) ini cukup sesuai untuk anda yang mahukan kedamaian tatkala menjamu selera tanpa sebarang gangguan.
Pemiliknya, Azlin Zulkarnian, berkata pilihan konsep sedemikian mampu memberikan ketenangan dan kedamaian kepada penghuninya sebaik melangkah masuk. Terutamanya apabila ingin “melarikan diri” daripada kesibukan suasana ofis hutan konkrit Kuala Lumpur.
Memahami bagaimana tekanan di tempat kerja mampu mempengaruhi kehidupan dan emosi seseorang, Azlin mengilhamkan dekorasi kafe yang mendamaikan dan dipenuhi kehijauan bagi memberikan elemen ketenangan sambil para pelanggan menjamu selera dengan hidangan yang enak dalam suasama yang santai dan harmoni.
“Eatropica merupakan outlet pertama dan tidak terdapat di mana- mana lokasi sebelum ini. Terdapat banyak hidangan istimewa di Eatropica di antaranya adalah Pulled Lamb Burger. Ia merupakan daging kambing dicarik halus, menjadi patty burger (bukan daging kisar), digandingkan dengan keju feta dan sos tzatziki ala greek.
Hidangan ini sering menjadi pilihan untuk dinikamti oleh golongan korporat untuk hidangan makan tengahari kerana ianya mudah dan mengenyangkan terutamanya di kala sibuk dengan mesyuarat dan tugasan lain di pejabat. Selain itu, kami juga ada Melting Moroccan Lamb Shank, kambing yang dimasak hingga empuk, dinikmati dengan kemanisan apricot chutney dan kentang putar.
Hidangan lain yang turut mendapat sambutan termasuk Crispy Chicken Tenders, Melted Leek Risotto dan Crispy Skin Salmon Fillet dan Naked Burger (burger tanpa roti untuk pengamal sihat Keto diet). Manakala untuk pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai pengunjung adalah Sticky Date Pudding, iaitu puding kurma borsama sos butterscotch dan aiskrim vanila”, jelasnya.
Kafe yang memulakan operasi dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari isnin sehingga Jumaat ini turut beroperasi pada hari sabtu pula pada jam 8.00 pagi hingga 6 petang dan turut menerima tempahan untuk sebarang majlis yang hanya dibuat pada hari Ahad sahaja.
Selain hidangan yang menarik, lokasi yang strategik dan hiasan dalaman Eatropica ini amat sesuai sebagai lokasi alternatif bagi business meetings, workshop, majlis pelancaran produk, family gathering dan lain-lain lagi kerana mempunyai keluasan kapasiti 160 tempat duduk dan 300 tetamu untuk jamuan secara berdiri atau koktel.
Impian Eatropica di masa akan datang adalah untuk mempunyai rantaian cawangan restoran pelbagai konsep unik. Keunikan rasa setiap hidangan dengan konsep dekorasi yang menawan pastinya menjadikan Eatropica sebagai salah sebuah kafe pilihan masyarakat kini yang mementingkan kualiti makanan setanding dengan konsep dekorasi yang diterapkan!
Teringin Nak Rasa Pie Rendang Opah? The Coffee Bean & Tea Leaf® Sajikan Untuk Kembalikan Nostalgia!

The Coffee Bean & Tea Leaf (CB&TL) turut menyemarakkan kedatangan Ramadan dan Syawal tahun ini dengan menyediakan pelbagai juadah manis dan pedas, daripada Turkish Mocha yang harum kepada Per-chick Sandwich dan Opah Rendang Pie yang menggamit selera!
“Inilah masa yang amat bermakna setiap tahun dan di dalam semua perubahan yang dihadapi sepanjang beberapa bulan lalu, The Coffee Bean & Tea Leaf berharap dapat memberi pelanggan kami citarasa yang menyenangkan dan menggamit memori tentang kampung halaman dan keluarga tersayang.
Tidak kira di mana pun anda berada atau setelah sekian lama tidak bersua, inilah masanya untuk berhubung kembali dengan insan yang kita sayangi, dengan berbual panjang bersama secawan teh atau kopi, serta meraikan kurniaan-kurniaan kecil yang kita nikmati,” kata Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran & Pembangunan, The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia.
“Sementara kita menantikan hari-hari yang lebih baik, marilah menghargai apa yang kita miliki hari ini, sambil menikmati rasa makanan tradisional Malaysia, disatukan dengan aroma rempah, yang memberi keseimbangan sempurna terhadap rasa coklat mewah dan keharuman pandan serta kemanisan Gula Melaka.”
Penulis sendiri telah berpeluang mencuba beberapa menu istimewa Ramadan dan Syawal antaranya termasuklah Opah Rendang Pie. Pie yang menggabungkan rendang ayam tradisional sebagai bahan utama dibakar di dalam kerak pai enak, Selain itu, turut disediakan Per-chick Sandwich yang dipanggang di mana hidangan ini disajikan bersama sos percik berkrim dan dilapisi telur rebus untuk hidangan yang sungguh menyelerakan.
Untuk menghilangkan dahaga sebaik berbuka puasa ataupun selepas menunaikan solat sunat Terawih, nikmati Turkish Mocha yang eksotik dalam bentuk minuman Ice Blended, latte panas atau sejuk atau ‘cold brew latte’ untuk rangsangan kafein yang hebat. Untuk penyudahan yang menyenangkan, cubalah teh Wakoucha Mariko dengan nota kekayuannya yang halus.
Akhir sekali, tidak lengkap hidangan tanpa pemanis mulut, bukan? Peminat kek The Straits pasti gembira dengan kehadiran semula sajian kegemaran ramai ini – jangan ketinggalan untuk menikmati kek pandan gebu dilapisi Gula Melaka, keju krim dan mascarpone. . Bagi pencinta coklat pula, The 72% disediakan khas untuk anda, kek coklat gelap 72% yang enak dengan lapisan kacang badam dan pralin ini pasti menjadi pilihan untuk penutup hari anda sebelum sahur!

Untuk sajian yang lebih kecil, cubalah The Sea Salt Mac, biskut dempak lembut yang sarat dengan coklat gelap dan kacang macadamia, Sour Cherry Muffin dengan secawan kecil Kopi Today’s Brew/Teh Panas), dipenuhi ceri masam yang enak, atau The Raya Cookie yang menggiurkan selera.

Akhir sekali, tinjau-tinjaulah bekas air Tétouan baharu yang elegan berwarna hitam atau putih aksesori paling tepat untuk dibawa ke mana sahaja! Jadi, bulan Ramadan ini, The Coffee Bean menyajikan pelbagai hidangan yang bukan sahaja sesuai untuk berbuka puasa, juga boleh dinikmati ketika bersahur. Senang kan!
Air Tangan Isteri Pengikat Kasih Sayang Suami! Menu ‘Simple’ Rahsia Kebahagiaan Rumah Tangga Hanis Zalikha

Isi Kandungan
TogglePernah menjadi blogger terkemuka, nama Hanis Zalikha bukan lagi asing dalam kalangan peminat.
Hanis Zalikha memang punya aura tersendiri. Popularitinya sebagai usahawan dan isteri kepada pelakon Hairul Azreen membuatkan ramai yang mengikuti perkembangannya setiap hari.
Video Masakan Hanis ‘Trending’ Hampir Cecah Jutaan Tontonan!
Bahkan dia juga ada berkongsi beberapa video masakan sebelum ini. Pendek kata, apa saja yang dikongsikan Hanis pasti akan trending dan menjadi sorotan serta rujukan warganet!
Selain gemar berkongsi rutin harian dan produk perniagan miliknya, Hanis yang juga pengasas jenama Cakenis dan Love Masak ini, sering memuat naik video masakan di Instagram.
Malah, terdahulu video pendek berkaitan resipi mudah tempe goreng berkenaan meraih hampir sejuta tontonan!
Bahan-Bahan Tempe Nougat Ala Keknis!
1. Tempe (Dihiris Tebal Seperti Nougat)
2. Serbuk Paprika
3. Serbuk Lada Sulah
4. Serbuk Rempah Kari Ikan
5. Tepung Jagung
6. Air Sejuk
“Buat peminat masak simple-simple seperti Chef Keknis, terimalah tempe nougat. Bolehlah masak untuk dinner kejap lagi.”
Dalam video itu, Hanis terpaksa akur apabila pembantunya memotong tempe seperti nougat. “Kita letak smoked paprika, white pepper, garam dan paling penting rempah kari ikan.
Untuk rangup mesti letak tepung jagung sedikit lepas tu kita gaul sebati dan letak secret weapon iaitu air sejuk.
Dengan itu ia akan jadi macam menyaluti tempe. Goreng sampai warna keemasan, tengok rangup macam mana, rasa sedikit, siap!,” ujarnya.
Air Tangan Isteri, Pengikat Kasih Sayang Keluarga
Benarlah air tangan isteri itu pengikat kasih sayang seisi keluarga! Patutlah tengok rumahtangga Hanis Zalikha ni bahagia sentiasa. Nonarians terutamanya yang bergelar isteri boleh cuba resipi kebahagiaan Hanis Zalikha ni, rajin ke dapur pasti suami sayang!
Untuk rekod, pada 5 Jun 2014 yang lalu Hanis dan Hairul menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-8. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak comel iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Pasangan selebriti ini sentiasa menjadi perhatian peminat seni tanah air terutamanya ketika melancong ke luar negara kerana sering mengunjungi destinasi percutian yang eksklusif dan mewah. Antaranya di Maldives yang dilaporkan mencecah puluhan ribu ringgit.
Figura cantik ini juga secara rasmi diumumkan sebagai duta jenama Innersejuk pada tahun 2022 dan bersetuju dengan potensi kontrak bernilai USD 1 juta!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Sumber: Instagram Hanis Zalikha