Nikmati Keenakan Juadah KAMBING SEMUR, Cuba Sekali Mesti Nak Lagi!

Memilih hidangan enak dan menyelerakan untuk berbuka puasa sememangnya menjadi kemestian untuk setiap individu. Lari dari citarasa kampung untuk sajian berbuka, hidangan dari Nusantara menjadi pilihan. Sajian unik dari Kepulauan Bali dan kawasan sekitarnya menjentik rasa dan selera di bulan yang mulia ini. Yang penting, ia tidak sukar disediakan dan enak dinikmati bersama tersayang! Cef Amar Abd Rahim dari Hotel One World Petaling Jaya berkongsi resipi Kambing Semur khusus untuk pembaca NONA.

KAMBING SEMUR

BAHAN-BAHAN A:

  • 100gm bawang merah
  • 20gm bawang putih
  • 10gm halia
  • 50 gm cili padi hijau
  • 10gm serai

BAHAN-BAHAN B:

  • 10gm kulit kayu manis
  • 10gm buah pelaga
  • 10gm bunga lawang
  • 10gm bunga cengkih
  • 10gm minyak

BAHAN-BAHAN C:

  • 1kg daging kambing|dihiris
  • 100gm ubi kentang
  • 200gm kicap manis
  • 10gm kicap pekat
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:

Kisar bahan-bahan A dan tumis bersama bahan B sehingga pecah minyak. Tambahkan bahan C dan kecilkan api. Masak sehingga daging kambing menjadi empuk. Tambahkan garam secukup rasa. Masak sehingga pekat dan kering secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.

 

Share
Published by
Rosmah Idayu