Setiap kali menghadiri majlis di hotel bertaraf lima bintang, hidangan Cheese Platter sering menjadi antara salah satu menu yang dihidangkan. Aneka keju dihidangkan dengan gaya tersendiri di samping makanan iringan lain seperti buah-buahan serta biskut untuk dinikmati bersama barisan keju ini. Antara keju yang penulis gemari termasuklah Edam, Vintage dan Gouda yang mempunyai tekstur dan rasa yang tersendiri.
Inilah sebabnya mereka masih mengekalkan kaedah menghasilkan keju selama lebih 65 tahun yang diwarisi daripada generasi kepada generasi. Proses membuat keju yang bermula sejak zaman dahulu lagi melibatkan pengkulturan susu dengan jenis bakteria tertentu. Mainland adalah antara syarikat keju besar terakhir yang membuat dan membekalkan kulturnya sendiri. Ini penting dalam memberikan rasa yang kompleks kepada keju yang dihasilkan oleh syarikat. Ini bermakna, Mainland mengeluarkan rasa keju yang lebih kaya dan konsisten yang tepat dengan membuatkan keju mengikut proses semula jadi yang sama seperti 100 tahun dahulu.
Debbie menjelaskan bahawa lembu-lembu yang diberi makan rumput menjadi kunci kepada keju berkualiti tinggi yang dikeluarkan oleh Mainland. “Anda mungkin menyedari bahawa keju Mainland dan keju New Zealand yang lain memiliki warna keemasan yang menarik. Warna ini disebabkan oleh kandungan beta-ceratone. Untuk pengetahuan anda, makanan daripada tumbuhan seperti rumput kaya dengan sumber beta-ceratone. Bahan ini juga merupakan sumber kepada Vitamin A. Oleh itu, produk susu yang dihasilkan oleh lembu-lembu yang meragut rumput ini memiliki konsentrasi nutrien ini yang lebih tinggi.”
Debbie menjelaskan. “Kami sedar bahawa butiran yang kecil memberikan segala perbezaan dan perkara yang baik memerlukan masa. Itulah sebabnya kami tidak tergesa-gesa dan kami percaya bahawa perhatian dan keprihatinan akan memberikan hasil yang terbaik,” kata Debbie.
Debbie turut menggalakkan lebih ramai warga Malaysia untuk menikmati keju begitu sahaja dan dimakan bersama buah-buahan, snek atau minuman sebagai pembuka selera yang mewah dan mudah. Bagi tujuan ini, keju perlu berada pada suhu bilik untuk memberi rasa yang terbaik. “Untuk pengalaman untuk menikmati keju yang lebih baik, bersihkan lelangit dan rasa anda dengan adanya minuman – dan rasa keju dari rasa yang kurang hingga yang paling kuat!”
Kini rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai pilihan keju Mainland termasuk Vintage, Tasty, Colby, Gouda dan Edam. Semuanya enak dinikmati begitu sahaja, digabungkan dengan makanan lain atau digunakan dalam masakan. Jom lihat jenis keju yang sesuai untuk makanan kegemaran anda!
1.Vintage.
Merupakan cheddar premium yang dibiarkan matang selama 24 bulan untuk memberikan rasa yang kaya dan penuh berperisa. Rasanya yang manis dan bersalai amat sesuai untuk burger, cecahan keju, pasta, daging atau ayam salai atau dinikmati begitu sahaja untuk kebaikan tenusu yang paling berperisa.
2.Tasty
Ia merupakan keju cheddar yang dibiarkan matang selama 18 bulan untuk memberikan rasa yang penuh dengan sedikit rasa buah. Keju ini sesuai dipadankan dengan makanan yang berperisa enak seperti serunding ayam dan rumpai laut kering.
3.Colby
Ia mempunyai tekstur yang lembut dan manis amat sesuai dipadankan dengan makanan Asia. Keju ini enak dimakan bersama kimchi, jeruk sayuran pedas dan kekacang berempah.
4. Gouda
Ia merupakan sejenis keju separa lembut ala Belanda dengan rasa kekacang sangat sesuai dipadankan dengan rempah Sichuan yang dibakar, cili tradisional dan salad cendawan.
5.Edam
Ia memiliki kandungan protein yang tinggi serta rendah lemak dan sesuai untuk vegetarian. Keju ini memiliki rasa manis, lemak dan berkacang dan memberikan rasa enak yang kompleks untuk hidangan atau sos masam manis Asia.
This website uses cookies.