Berikan ruang dan masa rehat mencukupi buat para ibu untuk mengembalikan semula tenaga mereka usai proses bersalin. Dalam keadaan si ibu yang masih sakit, letih dan tidak selesa dengan perubahan tubuh, ada baiknya suami atau ahli keluarga membantu menguruskan keperluan bayi dan ibu untuk seketika. Tindakan sedemikian bukan sekadar mencipta suasana menyenangkan kepada ibu malah mengelak mereka mengalami ketidakstabilan mental dan emosi.

Ads

Sepanjang proses penyembuhan ini ada di antara ibu yang berdepan situasi cemas dalam masa beberapa hari atau minggu selepas bersalin. Tidak kira apa jua situasi yang bakal dialami, usah cemas dan segera mendapatkan rawatan di hospital terutamanya jika anda mengalami gejala berikut.

Nikmati Momen BERPANTANG Dengan Tenang, Ini Perkara Penting Yang Perlu Anda Ambil Tahu Lepas Bersalin!

AMBIL TAHU!

  • Pendarahan postpartum

Ia sering dikaitkan dengan kehilangan darah yang banyak secara tiba-tiba atau berterusan. Jika mendapati darah tidak henti mengalir dan tidak seperti biasa disertai darah beku, minta bantuan dari hospital dengan segera. Sesetengah gejala akibat pendarahan ini akan diikuti dengan simptom seperti denyutan jantung pantas, pening kepala, berpeluh dan pitam. Terdapat juga rembesan faraj yang berbau busuk kerana rahim telah dijangkiti bakteria.

  • Demam panas

Lazimnya, ibu yang baru bersalin terdedah mengalami demam panas sekitar 38 darjah Celsius. Keadaan tubuh yang masih lesu dan kekurangan nutrien menjadikan mereka kurang daya tahan dan mudah dijangkiti penyakit. Antara bahagian yang sering terkena jangkitan ialah pada ruang antara vagina dan rektum, luka akibat pembedahan Caesarean, saluran kencing termasuk di kawasan uterus.

  • Perubahan sikap abnormal

Simptom yang paling ditakuti apabila si ibu bertindak kurang siuman kesan kesihatan emosi dan mental tidak menentu. Kecelaruan minda, terlalu cepat gelisah dan delusi atau dikenali sebagai psikosis postpartum. Meskipun kemurungan adalah perkara yang tidak asing berlaku kepada ibu namun jika ia berlanjutan selama lima hari atau lebih menjadi petanda kepada sakit mental yang serius. Lebih memburukkan apabila anda kerap memikir tentang kematian atau membunuh diri.

Ads
  • Sakit di anggota badan

Selain sakit kepala yang teruk atau berpanjangan yang mungkin kesan sampingan suntikan epidural, para ibu turut akan mengalami sakit di bahagian atas abdomen, sakit dada kerana ketegangan otot selepas meneran bersalin dan sakit pada saluran kencing akibat jahitan. Sindrom HELLP misalnya berlaku selepas 48 jam melahirkan anak dan dipercayai menjejaskan fungsi hati dan darah beku. Antara tanda kepada sindrom ini seperti rasa terlalu penat, loya dan muntah.

  • Kesukaran membuang air besar & kecil

Jika didapati enam jam pertama selepas bersalin anda tidak membuang air kecil, ia mungkin menunjukkan anda mengalami masalah air kencing bertakung. Mandi air panas merupakan salah satu cara yang boleh membantu. Sementara dalam masa tiga hari tidak menunjukkan tanda untuk membuang air besar atau mengalami rasa sembelit, segera rujuk keadaan anda kepada doktor sebelum ia tidak menjadi lebih buruk.

Ads

Nikmati Momen BERPANTANG Dengan Tenang, Ini Perkara Penting Yang Perlu Anda Ambil Tahu Lepas Bersalin!

PERSEDIAAN PENYUSUAN BADAN

Setiap orang mempunyai teknik penyusuan yang berbeza bergantung pada keselesaan bayi dan ibu. Memandangkan sesi penyusuan mengambil masa yang agak lama, sebaiknya pilih persekitaran yang selesa terutamanya bagi ibu-ibu yang baru pertama kali menyusukan bayi dan masih belum membiasakan diri. Jika anda tidak gemar berada dalam suasana bising, cari tempat yang senyap dan begitu juga sebaliknya sehingga menjumpai tempat yang sesuai untuk anda.

  • Picit puting payu dara terlebih dahulu untuk merangsang pengeluaran susu. Jika masih tidak berjaya, minta bantuan bidan untuk urutan mengeluarkan susu.
  • Dekatkan bayi ke dada anda. Sekiranya bayi sedang tidur, gosok perlahan pipi bayi dan biarkan mereka menyusu dengan lekapan yang betul.
  • Pegang bayi dalam posisi selesa dan tidak membuatkan lengan serta belakang badan terasa sakit. Letakkan beberapa biji bantal di sekeliling untuk sokongan.
  • Pastikan anda dan bayi berada dalam keadaan selesa sebelum menyusu.
  • Perhatikan posisi badan dan payu dara anda mudah bagi bayi melekap padanya. Jika menyakitkan, lepaskan lekapan dengan memasukkan jari kelengkeng di antara gusi bayi dan puting payudara.
  • Pastikan bayi menghisap penuh payu dara anda untuk mengelakkan puting melecet atau terluka.
  • Cuba sekali lagi sehingga bayi dapat menyusu dengan baik.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI