Amboi, seronoknya tengok foto percutian penyanyi bersuara lunak, Liza Hanim dan suami di Turki baru-baru ini. Kalau tak nampak baby bump tu, mesti ramai yang ingat mereka pasangan baru berkahwin. Romantis habis!
Diam tak diam usia kandungan Liza Hanim bakal mencecah tujuh bulan. Mesti dah start mengah, gementar dan dalam masa sama timbul rasa teruja hendak sambut kelahiran cahaya mata kelima mereka.
Tiba di negara indah tersebut dua hari lalu, percutian Liza dan suami tersayang iaitu Shahrin Samsudin kali ini lebih bermakna memandangkan Liza kini sedang berbadan dua. Paling mengujakan, percutian tersebut juga merupakan tajaan sebuah agensi pelancongan Selamat Bercuti.
Kongsi Naib Juara Gegarvaganza Musim Keempat ini, “Sekitar lawatan semalam di Adana, orang di sini ada sedikit kasar tapi memang nature diaorang kot, kasar tapi still senyum je kat kita. Trip ke Turki ni sebenarnya adalah hadiah GV4, baru ni berkesempatan nak redeem. Terima kasih @selamatbercuti melayan semua permintaan ibu mengandung ni.”
Mengakui mudah terjaga dari tidur sepanjang berada di sana kerana perubahan waktu, Liza sempat melawati beberapa tempat pelancongan menarik di Turki. Antaranya Cappadocia, Devrent Imagination Valley, Zelve Monastery dan Duden Waterfalls. Sayangnya, mereka tak berpeluang menikmati pengembaraan belon udara panas di Cappadocia disebabkan keadaan cuaca tidak menentu.
Sumber: Instagram Liza Hanim