Nikmati Puding Karamel Air Tangan Sendiri Kala PKP, Simple & Sedap Guna Blender Saja

Memasak boleh membantu mengurangkan stres, siapa setuju? Masak untuk keluarga tercinta di samping boleh mengisi masa yang terluang ketika PKP ni dan sedikit sebanyak boleh mengasah skil memasak. Suami pun makin sayang bila tengok isteri menyediakan hidangan luar dari kebiasaan.

Nikmati Puding Karamel Air Tangan Sendiri Kala PKP, Simple & Sedap Guna Blender SajaNikmati Puding Karamel Air Tangan Sendiri Kala PKP, Simple & Sedap Guna Blender Saja

Manisan sememangnya boleh menceriakan seseorang, puding karamel salah satunya. Puding karamel ini memang menjadi kegemaran semua orang. Menikmati puding karamel yang sejuk baru keluar dari peti sejuk memang boleh membahagiakan. Bukan susah buat puding karamel ini hanya guna 4 bahan saja dan kisar atau pukul guna blender

saja.

Bahan-bahan;

2 senduk gula (untuk karamel/gula hangus)
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
3 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat;

Masuk gula dalam loyang untuk buat karamel.

Karamel yang sudah siap, biarkan sejuk dan ketepikan.
Telur
Susu cair
Susu pekat

Masuk telur, susu cair dan susu pekat dalam blender, kisar.

Kemudian masukkan esen vanila. Kisar seketika.

Tuang dalam acuan tadi.

Kukus selama 20-30 minit. Biarkan sejuk dan masuk dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam.

Sedia untuk dihidang.

*Tip: Kalau mahu puding yang tebal boleh ganda dua bahan susu cair, susu pekat dan telur.

Share
Published by
Hamizatul Maizan