Bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara, NIVEA dengan kerjasama Watsons menjalankan inisiatif ‘Moments of CARE’, dengan sasaran untuk mengumpul dan menyumbang RM50,000 kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA). Kempen ini mencerminkan komitmen NIVEA dalam menyokong kesedaran dan penjagaan kanser payudara. Memandangkan kanser payudara adalah kanser utama di kalangan wanita Malaysia, yang melibatkan 1 dalam 19 orang, usaha ini memainkan peranan penting dalam menggalakkan pengesanan awal dan penjagaan diri.
Dr. Christopher Vierhaus, Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia & Singapura, berkata, “Di NIVEA, keprihatinan (CARE) adalah teras kepada segala yang kami lakukan. Sebagai jenama penjagaan kulit No.1 dunia dengan pengalaman lebih dari satu abad, komitmen kami melangkaui penjagaan kulit, merangkumi kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh. Kempen ‘Moments of CARE’ mencerminkan dedikasi ini, menyokong usaha penting BCWA dalam meningkatkan kesedaran kanser payudara dan menggalakkan langkah kesihatan proaktif di kalangan rakyat Malaysia.”
Dr. Vierhaus turut menyatakan penghargaan kepada Watsons, “Kami berterima kasih kepada Watsons atas kerjasama yang sangat bernilai ini. Dedikasi mereka dalam menetapkan piawaian tinggi dalam kesihatan, kesejahteraan, dan kecantikan di seluruh rangkaian lebih 700 cawangan di seluruh negara memperluas capaian serta memperkukuhkan impak kempen ini. Bersama-sama, kami berhasrat untuk menggalakkan langkah kesihatan yang proaktif dan menyediakan sokongan sepanjang perjalanan ini.”
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, NIVEA telah menganjurkan bengkel eksklusif yang dikendalikan oleh doktor dan jururawat bertauliah untuk orang awam. Bengkel ini merangkumi topik berkaitan kanser payudara, termasuk pengesanan awal, tanda-tanda awal yang biasa, dan pemeriksaan sendiri. Saringan kanser payudara percuma juga disediakan untuk para peserta.
Acara ini turut menampilkan kisah-kisah inspirasi daripada pejuang kanser payudara sebenar, Dr. Kartini Kamalul Ariffin dan Hiba Abdul Rahman, serta penjaga (caregiver) Atilia Haron. Selain itu, terdapat pembentangan mendalam daripada Dr Nur Fadlina Abdul Satar, Perunding Onkologi Klinikal di Hospital Pantai Kuala Lumpur.
Bagi setiap RM20 yang dibelanjakan untuk produk NIVEA di Watsons, RM1 akan didermakan kepada BCWA, sehingga RM50,000. Sokongan anda bukan sekadar satu sumbangan—ia adalah langkah yang dapat mengubah kehidupan seseorang.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Moments of CARE’, sila layari https://www.nivea.com.my/ atau ikuti kami di www.facebook.com/mynivea. Bersama-sama kita sebarkan mesej KEPRIHATINAN ini dan bawa perubahan dalam kehidupan semua. i
This website uses cookies.