Berderau jantung bila tengok anak jatuh. Tak keruan dibuatnya! Sama seperti ibu-ibu lain, Datin Dr Halina Mohd Yunos pun meluahkan rasa cemas bila salah seorang anak kembarnya iaitu Sheikh Noah jatuh dari kitchen counter. Sampai Dr Halina terkejut dan Tok Yah mereka menangis dibuatnya.

Ads

Insiden yang berlaku kira-kira seminggu yang lalu tersebut nyata turut mengundang rasa risau di kalangan pengikut setia isteri angkasawan negara ini di laman Instagram. Sebagai individu yang berpengalaman luas dalam dunia perubatan, Dr Halina terpanggil untuk berkongsi tip yang patut ibu bapa lakukan sekiranya berdepan situasi sama kepada anak-anak.

Noah Jatuh Dari Kitchen Counter, DR HALINA Ajar Teknik Sepatutnya Check Kecederaan Anak!

Noah Jatuh Dari Kitchen Counter, DR HALINA Ajar Teknik Sepatutnya Check Kecederaan Anak!

Terangnya, “To parents out there… kalau anak kita jatuh especially bila kena kepala dulu, check conscious level nangis ke tidak. Nangis is good, that means your baby is conscious.

Kedua, pernafasan ok ke tidak. Look for any bump atau benjol. You can put ice to stop benjol from getting bigger.”

Ringkasnya, jika anak-anak ada menunjukkan reaksi selepas terjatuh… ia adalah petanda bahawa mereka berada dalam keadaan sedar. Pun begitu, segera periksa sebarang lebam atau benjolan jika ada.

Ads
Noah Jatuh Dari Kitchen Counter, DR HALINA Ajar Teknik Sepatutnya Check Kecederaan Anak!
Dr Halina di samping Bella & Tasha

Over time, check anak kita. Kot-kot dia ada rasa nak muntah atau muntah-muntah kat rumah. Feeling nauseous atau muntah is NOT good. Make sure kaki dan tangan all boleh gerak macam biasa. If there’s abnormality, bring to hospital immediately!” tegas ibu kepada empat anak ini.

Jadi lepas ni kalau anak jatuh, pastikan kaum ibu buat seperti yang diajar Dr Halina. Bukan apa, sekurang-kurangnya dapat mengelak daripada masalah yang lebih besar berlaku hanya dari rumah sebelum terus mendapatkan rawatan di hospital.

Ads

Datin Dr Halina yang mendirikan rumah tangga bersama angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor pada 10 Oktober 2010 dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan sepasang anak kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang bakal berusia dua tahun, Julai nanti.

 

Kredit: Instagram Dr Halina

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI