NOIR Mahu Jadi Jenama Inspirasi Buat Wanita. Produk Premium Jadi Taruhan

NOIR, jenama produk kecantikan yang mempunyai maksud yang unik dan tersendiri. Mana tidaknya, menurut empunya jenama NOIR, Eriyca Baiduri Abd Rashid, dia memperoleh inspirasi nama NOIR sebagai jenama produk kecantikan miliknya ketika berkunjung ke New Castle, London pada tahun 2014 dan terlihat sekuntum bunga berwarna hitam yang dinamakan NOIR.

“Saya dapat rasakan bunga NOIR itu mempunyai keunikannya yang tersendiri. Dari situ, tercetus idea untuk meletakkan nama NOIR untuk produk kecantikan dan seterusnya mengembangkan lagi perniagaan tersebut,” ujar Eriyca memulakan bicara.

Wanita yang memiliki pakej lengkap sebagai pengusaha kecantikan ini bukan sahaja bijak bergaya malah mempunyai kredibiliti dalam bidang perniagaan. Itu antara persona yang dimiliki oleh ibu muda ini apatah lagi apabila jenama produk yang diasaskannya semakin menempa kejayaan dan diterima baik di kalangan penggemar kosmetik.

NOIR kini mempunyai sembilan  produk di pasaran dan antara produk yang paling mendapat sambutan ialah pembersih muka dan essence kerana ianya  merupakan regim penjagaan wajah berasaskan  dari yis beras yang amat sesuai untuk merawat kulit wanita Asia.

Obsesi Eryica terhadap kecantikan mendorongnya memulakan perniagaan dalam bidang kecantikan dan mengasaskan jenama NOIR meskipun dia sedar bukan calang-calang persaingan yang perlu ditempuhinya. Pernah merasai jatuh bangun dalam dunia perniagaan serta melakukan sendiri kerja-kerja penghantaran demi memastikan produk kecantikannya sampai ke tangan pelanggan, Eryica berkata tidak mudah untuk NOIR sampai ke tahap kini tanpa usaha yang berterusan serta kerjasama dari kakitangannya.

Atas inisiatif ini, NOIR memperkenalkan kempen NOIR melahirkan usahawan wanita bagi membantu lebih ramai wanita menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bagi Eryica, penglibatan wanita dalam bidang perniagaan menjadi tunjang perubahan status kewangan untuk wanita dan seterusnya menjadikan wanita lebih berkeyakinan diri untuk maju dalam apa jua perniagaan yang diceburinya.

“Sesuai dengan motto NOIR iaitu mengeluarkan produk premium dengan harga mampu milik serta membuka peluang untuk wanita menjadi usahawan, NOIR bakal menjadikan kempen ‘melahirkan usahawan wanita’ sebagai usaha untuk memperkasakan wanita dalam dunia perniagaan. Saya ingin melihat lebih ramai wanita menceburkan diri dalam dunia perniagaan dan meningkatkan ekonomi mereka,” ujar Eryica yang mempunyai niat murni membantu golongan wanita agar mereka menjadi lebih maju dan berdaya saing.

Selain itu, sempena kempen tersebut, NOIR bakal mengadakan majlis khas untuk  menghargai agen dan stokis NOIR yang selama ini menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan jenama tersebut.  Bakal mengetengahkan konsep  Melayu Deli untuk majlis tersebut, ia bagai mengimbas kembali zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka yang menjadi kebanggaan sejak dahulu.

Menurutnya lagi, jenama itu kini bakal meluaskan rangkaian produk dengan mengeluarkan beberapa produk kecantikan antaranya produk penjagaan wajah berasaskan yis beras selain suplemen untuk kulit dan produk kosmetik.

Atas inisiatif dan  kerja keras membina jenama NOIR setanding jenama produk lain, NOIR diiktiraf sebagai salah seorang penerima NONA Top Beauty Enterprenuer sempena majlis Hi Tea NONA Top Beauty Enterprenuer baru-baru ini.

 

Menyentuh mengenai suka duka dalam melalui perjalanan dalam dunia perniagaan,katanya, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha gigih dan tidak kenal jemu. Baginya, keyakinan diri, tidak malu dan berdisiplin tinggi adalah kunci utama dalam menjayakan sesuatu.

“Pada pandangan saya, kenangan pahit adalah sebahagian dari rencah dalam dunia perniagaan. Tanpa ujian, pastinya kemanisan tidak dapat dikecapi. Saya yakin untuk maju dalam dunia perniagaan, pengalaman pahit dan manis adalah kombinasi terbaik untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Selain itu, cabaran dalam perniagaan membabitkan percaturan besar apatah lagi bidang kosmetik yang diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kami perlu memastikan penghasilan produk terbaik dan tidak sesekali berkompromi dengan kualiti produk dikeluarkan. Oleh itu, kajian dan pembangunan produk sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa,” ujar Eryica lagi.

Ketika ditanya mengenai kebanjiran produk kosmetik di pasaran yang banyak didominasi golongan selebriti, Eryica bijak mengatur strategi agar jenamanya kekal relevan dan digemari oleh para pengguna setianya.

“Saya anggap persaingan ini suatu yang sihat dan setiap pengeluar produk mahu menjadi yang terbaik. Keadaan ini sebenarnya menguntungkan pengguna kerana mendapat manfaat terbaik dalam setiap produk. Saya percaya setiap produk yang berada di pasaran mempunyai keunikan masing-masing dan saya yakin produk NOIR merupakan produk yang sangat berkualiti.

“Sebab itu, saya berusaha keras memastikan produk Noir kekal relevan dan memuaskan hati pelanggan dengan menampilkan inovasi dan teknologi terbaru dalam pembuatan produk,” katanya.

Merancang mewujudkan legasi dalam dunia perniagaan, wanita ini turut merancang  untuk menghasilkan produk kecantikan premium pada harga mampu milik serta mencetus sejarah tersendiri untuk berada di papan Bursa Saham Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Saya mempunyai banyak perancangan dan impian untuk melebarkan lagi jenama NOIR dalam bidang kosmetik. Banyak lagi yang perlu diterokai untuk memastikan cita-cita serta azam NOIR untuk tempuh 10 tahun akan datang terlaksana,” ujar Eryica yang yakin kuasa wanita mampu memiliki segalanya seraya mengakhiri perbualan.

 

Share
Published by
Rosmah Idayu