Siapa yang tak kenal dengan jenama terkenal antarabangsa Versace. Bila sebut sahaja jenama ini pasti sudah terbayangkan koleksi penuh kemewahan dengan rekaan yang menggoda.
Jenama mewah terungguh ini telah menambah koleksi dengan memperkenalkan koleksi terbaharu rangkaian beg tangan yang digelar Versace Virtus Fall/Winter 2019.
Koleksi ini mengetengahkan sifat wanita yang kuat dan berani untuk mencapai cita-cita yang diimpikan. Lambang kekuatan seorang wanita yang disampaikan melalui rangkaian beg tangan Virtus ini selayaknya buat Nona Superwoman.
Bagi merealisasikannya, Versace telah mengadakan sebuah majlis tertutup memperkenalkan koleksi Versace Virtus Fall/Winter 2019 buat Nona Superwoman. Para VVIP, Selebriti dan Fashionista terkenal telah diundang khas ke majlis yang bertempat di Butik Versace, Pavillion Kuala Lumpur ini.
Kemeriahan majlis ini dirasakan dengan kehadiran tetamu istimewa pada petang itu. Antara tetamu yang hadir ialah YM Tengku Datin Seri Zawyah Tengku Idham, Datin Yohko Lim, To’ Puan Hidayah, Dato’ Rozzana Rahmat, Datin Azila Caramella, Mawar Karim, Natasha Hudson, Fazulkafli dan ramai lagi.
Para tetamu begitu terpesona dengan koleksi terbaharu yang dipamerkan di atas rak yang dihias khas itu. Letusan warna-warna yang dipertaruhkan, memang bold
dan berani. Rekaan koleksi ini begitu sempurna bak kata Pengarah Kreatifnya, Donatella Versace, “For women to have credibility, they have to work three times more than a man.” This is for you…,”.
This website uses cookies.