
Rasa kasih dan cintanya terhadap negara bukan kerana ingin meraih populariti. Jauh sekali mahu mengaut keuntungan sebaliknya jiwa patriotik yang dipamerkan Puan Sri Tiara Jacquelina adalah tulus dan asli. Membicarakan soal kenegaraan dan kemerdekaan sahaja pun sudah membuatkannya mengalir air mata… cukup untuk menjelaskan betapa beliau menghargai tanah tumpah negaraku, Malaysia.
Bertemu di resort mewah miliknya Tiarasa Escape Resort di Janda Baik, Puan Sri Tiara berkata, “Jiwa saya begitu menyayangi Malaysia, bukan baru-baru ini, bukan hanya kerana untuk dikenali tetapi ia sudah sebati dalam diri sejak kecil lagi. Tiada istilah berbeza bangsa, tiada juga soal pangkat dan harta. Hanya satu sahaja yang ingin saya sampaikan, kecintaan yang tinggi kepada negara!”
Cukup sinonim dengan gelaran Gusti Puteri ketika membintangi watak Puteri Gunung Ledang… figura hebat ini sekali lagi menjadi bualan ramai khususnya setiap lapisan rakyat berbilang kaum rentetan karya OlaBola The Musical. Teater yang memaparkan semangat kesukanan dan sarat dengan elemen kenegaraan ini mencipta fenomena tersendiri apabila ia kembali menemui peminat sempena bulan kemerdekaan Ogos ini.



“Untuk seorang wanita seperti saya membawa kisah bola sepak untuk tontonan umum tentunya mendapat kritikan hebat pada awalnya tetapi sudah menjadi semangat saya untuk terus merealisasikannya dan membuktikan kepada mereka bahawa wanita juga mampu bercakap soal sukan!”
Pada Mei lalu, teater ini berjaya merangkul lapan daripada 10 anugerah yang dipertandingkan pada majlis Boh Cameronian (BCAA) ke-16. Satu kejayaan yang tidak pernah terlintas di fikiran suri hati Tan Sri Effendi Norwawi ini.
“Sewaktu merangka cerita OlaBola, saya tak pernah berangan untuk menang anugerah walaupun saya tahu pementasan ini adalah pementasan muzikal terbesar di Asia Tenggara. Kami memenangi hampir kesemua kategori termasuk Persembahan Terbaik Muzikal, Pelakon Utama Terbaik, Rekaan Set Terbaik, Rekaan Pencahayaan Terbaik, Skor Terbaik, Koreografer Terbaik dan juga The Best of 2018 iaitu persembahan terbaik tahun 2018! Dan syukur alhamdulillah, saya juga menerima anugerah Pengarah Terbaik.


Terbayang juga bagaimana penonton bersorak sakan ‘Malaysia! Malaysia!’ dan melaungkan ‘Gol!’ Itulah laungan yang menggoncang jiwa saya dan meningkatkan keyakinan saya bahawa dengan teater muzikal sebegini, saya dapat menyelitkan unsur patriotisme dalam diri masyarakat Malaysia.
OlaBola The Musical berjaya membangkitkan semangat patriotik dan perpaduan di antara kaum. Oleh itu Enfiniti terpanggil untuk membawakan OlaBola The Musical menjelajah negara bersempena sambutan bulan kemerdekaan bermula Ogos ini ke beberapa bandar raya penting merangkumi Sabah dan Sarawak untuk sambutan Hari Malaysia pada bulan September nanti.”

Ditanya erti kemerdekaan mengikut fahaman beliau, tiga ciri utama ini adalah gambaran jelas Puan Sri Tiara berhubung istilah tersebut iaitu freedom (kebebasan), equality (kebersamaan) dan perpaduan.
Kecintaan Puan Sri Tiara terhadap Malaysia bukan dibuat-buat. Tatkala diminta memberi ucapan kemerdekaan buat seluruh rakyat khususnya pembaca Nona… jelitawan ini dalam nada sebak berkata, “Saya harap kita boleh kembalikan semangat kemerdekaan sebab rasanya macam rindu melihat Hari Merdeka disambut dengan penuh gemilang dan bermakna. Kita semua perlu memainkan peranan dan semangat perpaduan.
Bersama-sama kita fikirkan apa yang kita boleh buat untuk negara. Jangan fikirkan impossible, kita kena fikirkan apa yang mampu kita buat untuk Malaysia tercinta. Sebab ia adalah negara kita dan kita kena jadikan ia suatu yang magikal atas apa yang kita nak untuk negara dan masa depan.

Kredit foto: Instagram Puan Sri Tiara Jacquelina
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!







Namun, setelah mengundurkan diri dari lapangan politik, bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini dilihat makin tenang dan bahagia menjalani rutin hariannya di samping anak-anak sertaa cucu tersayang.
Sedar tak sedar, pada 15 Ogos 2022 yang lalu genaplah usia Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang ke-69 tahun. Baru-baru ini, Tan Sri Shahrizat telah memuat naik satu posting di akaun Facebook miliknya yang menarik perhatian ramai.
Sempena hari lahirnya itu, Tan Sri Shahrizat telah menerima satu pemberian istimewa daripada KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Sungguh bertuah!
Berkongsi rasa terharunya atas pemberian itu bersama para pengikutnya, Tan Sri Shahrizat telah memuat naik satu posting di akaun Facebook miliknya baru-baru ini:

Ternama dan gemilangnya Tenun Pahang Di Raja ini adalah hasil usaha Tuanku @tunkuazizahiskandar dan Kerabat serta penggiat seni tenun. Cantiknya baju baju yang direka hias dari Tenun Pahang diraja bila diserikan di majlis-majlis istiadat di Istana.
This red/vermillion piece of art I received is simply exquisite magical and breathlessly beautiful. Just holding it in my palms infuses me with a sense of joy peace beauty serenity. I have always loved tenun. When I wear tenun it calms me down and makes me feel good. This piece I received is my piece de resistance indeed.”
Biarpun tidak lagi aktif dalam lapangan politik, isteri kepada Dato’ Sri Dr Mohamad Salleh Ismail ini sentiasa berkongsi kisah-kisah inspirasinya di media sosial.
NONA menitipkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat Tan Sri Shahrizat, semoga panjang umur dan kekal bahagia bersama keluarga sampai syurga.
















Kredit Foto: Instagram @eldasusanti_official