Lumrah bagi wanita cantik, ke mana saja pergi pasti akan jadi perhatian. Sebenarnya, ia bukanlah kali pertama Jo-Anna Sue Henley Rampas menceburi dunia glamor dan berdepan orang ramai sebab sebelum ini pun dia sudah melibatkan diri dalam bidang seni. Namun kilauan populariti Jo-Anna lebih menyerlah hari ini sejak namanya diumumkan calon kerusi Dun Kiulu di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.
Sudahlah berwajah cantik Pan Asian, bijak dan berbakat pula tu! Patutlah ramai yang menggelarkan wanita berkulit putih merah ini ‘Beauty with Brains’. Tak bersandar kepada rupa paras semata-mata, Jo-Anna nyata bukan calang-calang wanita.
Dilahirkan pada 24 Mac 1989 di Tuaran, Sabah… Jo-Anna merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Dia mula menceburi arena politik sejak Disember 2016 dan kini bergelar isteri kepada Dr Devindran Arumugam.
Menyertai pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau ketika berusia 18 tahun, status tersebut masih ‘melekat’ dengan diri Jo-Anna terutamanya apabila dia turun padang bertemu masyarakat. Seperti dijangka, rata-rata masyarakat di Sabah mengagumi persona Jo-Anna dan menggelarnya sebagai ratu.
Selain berbahasa Melayu dan Inggeris, wanita berusia 30 tahun ini juga fasih berbahasa ibunda iaitu Dusun.
Ads
Berikut 6 fakta tentang Jo-Anna patut anda tahu
1. Jo-Anna merupakan seorang graduan Sarjana Undang-Undang Antarabangsa dan Tanggungjawab Sosial Korporat dari University of West England di samping turut memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan undang-undang dari University of London.
Semasa di London, Jo-Anna dikatakan bekerja dengan sebuah syarikat pengiklanan yang menguruskan Samsung’s Milk Music untuk Malaysia dan Indonesia. Beliau ambil keputusan pulang ke kampung tiga tahun lalu.
Ads
2. Ikon Belia Parti Warisan Sabah itu aktif dalam bidang seni dan hiburan sebelum terlibat dalam politik. Beliau pernah bergelar penyanyi dan pernah menyertai pertandingan Bintang RTM 2009 sekali gus merangkul tempat kedua.
3. Jo-Anna juga merupakan bekas Ratu Cantik Unduk Ngadau pada tahun 2007. Unduk Ngadau adalah pertandingan ratu cantik berprestij di Sabah.
Kenangan ketika memenangi pertandingan tersebut 12 tahun lepas
4. Keluarganya turut mempunyai latar belakang politik. Ibu Jo-Anna, Sullah Rampas adalah calon Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) pada tahun 1994 dan bapa saudaranya pula Datuk Louis Rampas pernah menjadi ADUN Kiulu dari tahun 1999 hingga 2013.
Ads
5. Bukan itu saja, dia juga ialah seorang jurulatih kecergasan bertauliah dan ambil keputusan untuk menjalani kehidupan sihat apabila doktor mengesahkan tahap kesihatan kolestrol badan agak tinggi untuk umurnya.
6. Selepas kemenangan parti yang disertai, Jo-Anna dilantik sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal dan menyandang jawatan Timbalan Ketua Wirawati WARISAN.
Sumber foto: Facebook Jo-Anna Sue Henley Rampas
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dengan jumlah pengikut seramai 4.9 juta mengatasi selebriti Nora Danish, Neelofa kini mengungguli carta teratas artis Malaysia paling ramai followers di Instagram. Biarpun dihimpit pelbagai kontroversi sepanjang tahun ini, namun anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan tersebut terus bersinar dan mendapat tempat di hati peminat.
Tambahan pula, awal April lalu nama Noor Neelofa Mohd Noor tersenarai dalam Forbes 30 sebagai di antara 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang berjaya membawa impak besar kepada dunia hari ini.
Tatkala bertemu usahawan berusia 28 tahun ini semasa pelancaran koleksi Naelofar Hijab terbaharunya, Neelofa sempat meluahkan rasa gembira dengan kejayaan tersebut namun enggan menjadikan Instagram sebagai ‘medan persaingan’ sesama artis.
“Saya tak ada upload apa-apa ucapan terima kasih di Instagram sebab saya tak mahu followers atau orang luar merasakan ia sebagai pertandingan untuk bersaing dengan artis. Biarlah ia berlaku secara natural dan orang tak sedar meskipun sebenarnya ia adalah satu platform yang baik.
Melalui cara ini, saya dapat mendekati peminat, memberi inspirasi kepada orang ramai dan mempromosikan produk-produk saya. Jadi, tak ada istilah nak lawan siapa lagi bagus atau siapa lagi hebat.”
Tambah Lofa lagi, segala apa yang dikongsikan dalam laman media sosial tersebut adalah dirinya yang sebenar dan enggan menjadi orang yang berbeza semata-mata untuk memuaskan hati orang lain.
Mulai penghujung Julai ini juga, Lofa dijadualkan sibuk dengan penggambaran drama bersiri ‘Red Velvet’ bersama Alif Satar dan kemudian menyertai program Forbes 30 Under 30 Asia 2017.
Beliauseterusnya bakal menghadiri acara berprestij Swarovski di Milan, Itali di samping bertemu duta jenama tersebut, Karlie Kloss.
Selain Neelofa, antara selebriti yang turut mempunyai bilangan followers yang tinggi termasuklah Nora Danish, Zizan Razak, Dato’ Siti Nurhaliza, Scha Al-Yahya, Hanis Zalikha, Elfira Loy, Awal Ashaari dan Rozita Che Wan.
Syabas Lofa! Ikuti video temu bual eksklusif Nona bersama beliau di facebook.com/majalahnona.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula sekadar suka-suka, Datuk Seri Aliff Syukri tidak menyangka meniaga buah durian di tapak car boot sales mampu menjana pendapatan lumayan buat dirinya, Manakan tidak, hanya dalam tempoh 5 jam saja, Aliff Syukri dapat menjana keuntungan sebanyak 50k dalam tempoh 5 jam.
Kata Aliff sebelum ini dia sering memberikan durian secara percuma sahaja namun kerana lambakan buah tersebut membuatkan dia terfikir untuk menjual saja, dan memilik lokasi Kota Damansara, Selangor sebagai tapak meniaganya.
Berkata kepada Mstar, “Saya jual di tapak car boot, buka meja meniaga dan tidak sangka dalam 30 minit jualan saya cecah RM3,000. 5 jam dapat RM50,000.
“Saya terkejut… Ya Allah banyaknya, padahal saya dah sedekah, yang jual itu hanyalah durian yang saya tidak tahu nak bagi siapa lagi.
“Selepas itu saya terfikir nak jual secara serius pula,” jelasnya. Akui terkejut, Datuk Aliff Syukri tidak menyangka yang menjual buahan-buahan bermusim seperti durian mampu memberikan keuntungan lumayan.
“Syukur sambutan durian hasil tanaman sy dah berhasil.. 3hari berniaga hasil memang best…”, jelasnya di dalam salah satu hantaran di Instagramnya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keputusan Zhang Zetian untuk berkahwin dengan Pengasas dan CEO syarikat e-dagang kedua terbesar China iaitu JD.com, Liu Qiangdong nyata membawa tuah kepada jelitawan berusia 26 tahun ini. Liu yang merupakan senior Zhang berusia 19 tahun lebih tua daripadanya mengambil keputusan untuk menjadi suami isteri pada Ogos 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan pada Mac 2016.
Beberapa bulan selepas menimang cahaya mata sulung, pasangan billionaire ini sepakat mengembangkan kekayaan mereka dengan membuat pelaburan ke sebuah syarikat formula makanan bayi di Australia atau dikenali sebagai Bubs Australia. Ia sekaligus menambah pendapatan Zhang dan Liu dalam bidang pelaburan selain turut dikhabarkan memiliki syer dalam Uber China.
Zhang Zetian yang juga dikenali sebagai Nancy… mula mencipta nama menerusi platform media sosial apabila gambar wajah polosnya sambil memegang minuman teh menjadi viral di China pada tahun 2009. Ekoran fenomena itu, Zhang diberi nama jolokan ‘Milk Tea Sister’ dan kemudian menghiasi video kempen promosi Youth Olympics di Nanjing pada tahun 2014. Bagaimanapun, Zhang menolak tawaran pengarah terkenal China, Zhang Yimou untuk menjadi pelakon.
Meskipun meraih populariti sebagai selebriti media sosial namun Zhang tetap mengutamakan pelajaran dan sambung belajar di Tsinghua University seterusnya terpilih dalam pertukaran pelajar ke New York’s Barnand College selama setahun.
Sebelum menjadi isteri kepada lelaki ke-16 terkaya di China tersebut, Zhang sudah pun memiliki kemewahan sendiri apabila dia berjaya membeli penthouse mewah tiga tingkat di Stamford Residences bernilai USD16.2 juta pada April 2015 iaitu enam bulan sebelum berkahwin dengan Liu. Bagaimanapun hari ini namanya kembali jadi bualan apabila penjualan balik kediaman elit itu merugikan dengan hanya bernilai USD13.5 juta.
Zhang yang aktif mempromosikan perusahaan JD.com selain terlibat dengan aktiviti kebajikan bersama Bill Gates, dinobatkan sebagai bilionair wanita termuda di China dari majalah bisnes terulung, New Fortune ketika usianya baru mencecah 24 tahun. JD.com adalah syarikat e-dagang terkenal di China dan merupakan pesaing hebat Alibaba. Pada tahun 2016, JD.com mempunyai lebih daripada 236 juta akaun pelanggan aktif.
Sumber: Evening Standard
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemaruk beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.