Dah lama tak dengar cerita tentang kakak kepada usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa ini. Noor Nabila Mohd Noor atau dikenali sebagai Nabila, dilihat mula memperlahankan kemunculannya terutama di media sosial setelah kembali mendirikan rumahtangga dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Mac 2021 dalam satu majlis tertutup.
Nabila yang juga Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd ketika ditemui dalam sebuah majlis baru-baru ini tampil sederhana dengan dress polos rona hijau. Setia menemani ialah suami tercinta, Engku Emran.
KEGUGURAN 3 KALI
Bagi pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan untuk memiliki zuriat sebagai pewaris keluarga. Begitu juga Nabila dan Emran memandangkan Engku Aleesya dan Jebat Jayden pun masing-masing dah makin besar. Semestinya Nabila ingin memberikan adik buat Jayden dan Aleesya. Namun semuanya ketentuan Allah SWT.
“Sebenarnya saya dah pernah hamil 3 kali tapi belum ada rezeki disebabkan keguguran. Tapi insha-Allah kalau nak mencuba lagi saya kena jagalah. Bila dah tahu mengandung tu saya kena cepat-cepat pergi jumpa doktor, makan ubat dan sebagainya lah. Doakan saya dan suami diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.”
IKUT PETUA CANTIK MAMA
Seperti yang kita tahu, adik beradik perempuan Nabila semuanya mewarisi kecantikan ibu mereka. Kelebihan buat mereka kerana dilahirkan dalam keluarga berketurunan Pakistan-Arab. Maka tak lengkap perbualan kami kalau penulis tidak kongsikan tentang rahsia atau petua sihat cantik Nabila buat pembaca.
Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada tahun 2017 namun bercerai pada Julai 2020. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.
Kredit Foto: Instagram Noor Nabila
This website uses cookies.