Gaya Hidup

Nora Danish Damba Redha Ilahi Di Usia 42 Tahun, Enggan Lagi Kejar Populariti Duniawi

Umum sedia maklum bahawa pelakon jelita Nora Danish yang namanya melonjak naik menerusi sitcom berjudul ‘Puteri’ sekitar tahun 2005 kini memutuskan untuk memperbaiki diri dengan lebih mendekati dan mendalami agami Islam.

Malah, pemilik nama penuh Nora Mohd Danish Hanif itu menjelaskan bahawa hatinya amat tenang dan tidak pernah sekalipun gusar mahupun risau berhubung soal rezekinya sebagai pelakon di dalam industri seni tanah air meskipun kini sudah kembbali bergelar ibu tunggal.

Nora Yakin Dan Percaya Dengan Rezeki Pemberian Allah SWT

Menurut Nora, industri seni ketika ini sudah semakin terbuka dan dia amat percaya dengan rezeki yang diaturkan Allah SWT untuk dia dan anak-anak.

 

“Saya tak pernah terfikir pun soal itu. Pada saya, industri kita ketika ini sangat terbuka dengan mereka yang berhijab. Peluang juga sudah semakin meluas.

“Ketika fasa-fasa terdetik nak berhijab, saya juga tidak lagi melakonkan adegan-adegan bersentuhan ketika penggambaran.

“Saya tak percaya bila ada yang kata peluang dan rezeki kita akan berkurang selepas berhijab. Rezeki ada di mana-mana,” katanya.

Pada masa sama, Nora turut memaklumkan dirinya kini tidak lagi mengejar kemewahan dunia sebaliknya mahu mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT.

Tak Lagi Kejar Populariti, Mahu Kejar Ketenangan Hati Dan Redha Ilahi

 

“Memang benar. Saya tidak lagi mengejar populariti. Pada usia sekarang, Allah sudah kurniakan rezeki yang tidak putus-putus buat saya.

“Apa yang saya nak, Allah sudah tunaikan. Walaupun saya bercerai, Allah buatkan saya mudah lupa pada kesedihan. MungKin itu kurniaan Allah buat saya. Saya jadi cepat move on.

“Apa sahaja dugaan menimpa, saya tetap boleh menempuhinya. Jadi, apa lagi yang saya nak? Allah sudah bagi macam-macam.

“Saya sudah tidak mengharapkan apa-apa lagi di dunia ini. Fokus saya kini hanya pada Allah,” katanya lagi.

Cabaran Untuk Istiqamah Itu Amat Mencabar, Nora Mohon Doa Buatnya

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini mengakui cabaran untuk istiqomah iti bukan mudah namun dia berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa yang baik buat dirinya.

 

“Saya kini memang banyakkan berdoa. Itu sahaja yang penting ketika ini. Ramai juga rakan-rakan artis yang berkongsi doa untuk terus istiqomah.

“Sejak sebelum berhijab lagi, bila melihat rakan-rakan yang tewas (buka hijab), saya juga faham situasi mereka.

“Bila kita nak buat kebaikkan, memang banyak dugaan. Rakan-rakan saya juga kata begitu. Saya harap anda semua boleh mendoakan saya supaya terus beristiqomah,” akhirinya.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.

Sumber Foto: Instagram Nora Danish

 

Share
Published by
Haifa Nasir