Tahniah Noryn Aziz. Semalam berlangsungnya majlis pernikahan Noryn Aziz bersama pasangannya Rizal. Pesona yang dimiliki Noryn begitu terserlah apalagi saat menyarungkan busana cukup indah rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini. Malah solekan sempurna sentuhan jurusolek tersohor, Sheila Mohamad melengkapkan penampilan indah Noryn pada hari pernikahannya.

Ads

Pengantin baharu ini memang cantik orangnya malah sangat mesra untuk didekati. Pernah juga Nona menemubual Noryn dan dia turut berkongsi rahsia kecantikan yang diamalkan. Patutlah ibu kepada Umar ni cantik sangat. Sihat dan cantik berjalan seiring katanya!

“Anak saya Umar adalah fokus saya kini. Setiap aktiviti dilakukan bersama seperti bersenam, membeli-belah dan sebagainya. Selain itu, kini saya lebih mengutamakan kesihatan. Saya mempunyai seorang doktor untuk monitor kesihatan melalui ujian hormon.

It feels good kerana kita tak mampu untuk menduga dan melihat kesihatan dalaman. Supplemen yang diambil pula adalah untuk kesihatan hasil dari ujian darah hormon yang dilakukan.

Suka untuk saya berkongsi dan berpesan kepada para wanita terutamanya untuk membuat pemeriksaan hormon. Kita perlu tahu apa keperluan tubuh dan tidak perlu mengikut regimen yang kadangkala tidak sesuai untuk tubuh kita. Hampir tiga tahun saya tumpukan kepada pemeriksaan hormon, and its worth it. Alhamdulillah saya lebih sihat mental dan fizikal.”katanya.

Ads

Setiap kali naik ke pentas, juara Gegar Vaganza 5 ini diiringi aura yang boleh memukau penonton apalagi saat dia melontarkan suara emasnya. Selain nyanyian, dia juga aktif dengan perniagaan tudung by_norynaziz.

“Alhamdulillah sambutan sangat bagus. Kalau saya tahu penerimaannya baik, mungkin saya akan mulakan lebih awal dulu tetapi kerana bimbang terlalu banyak pilihan tudung di pasaran , saya jadi tak berani. Rezeki Allah luas, itu sahaja yang kuatkan saya untuk meneruskan niat berniaga.

Ads

Perniagaan ini pun saya bina untuk diri saya dan masa depan Umar. Pada masa sama, saya ingin membantu orang-orang sekeliling saya dari segi kewangan kerana cabaran hidup sekarang ini sangat sukar. Koleksi By_Noryn mengetengahkan instant shawl dan hoodie yang mudah dibentuk dan susah berkedut. Paling penting, penampilan nampak stylish dan affordable.”katanya.

Malah Noryn sendiri berharap agar setiap wanita berusaha untuk menjana pendapatan sendiri untuk membantu ekonomi keluarga dan masyarakat. “For me, every woman is a superwoman, kerana wanita itu berdaya dan bijak dalam menguruskan keluarga.”tegasnya lagi.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI