Pasti ramai peminat Anuar Zain teruja apabila penyanyi kesayangan ramai ini mengumumkan dia bakal menganjurkan sebuah konsert istimewa sempena meraikan 40 tahun pembabitan dalam industri muzik tanah air.
Anuar Zain, 53, bakal tampil dalam Anuar Zain 40th Anniversary Concert yang dijadual berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 Oktober depan.
Bakal menghibur peminat dengan untaian lebih 20 lagu, Shahrul Anuar Zain memaklumkan tujuan penganjuran konsert kali ini adalah sebagai tanda terima kasih kepada peminat atas sokongan yang tidak pernah luntur sepanjang empat dekad dirinya berkecimpung dalam bidang seni.
“Sudah tentu saya menyasarkan kehadiran peminat full house pada konsert kali ini. Tujuan utamanya untuk menghibur peminat dengan semua lagu yang akan saya persembahkan.
“Bagaimanapun, buat masa ini, saya masih belum memikirkan mengenai penyanyi jemputan kerana masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan dari segi persiapan konsert.
“Boleh dikatakan, konsert kali ini hanya ‘straight forward’ sahaja kerana saya tidak ada sebarang gimik atau elemen kejutan yang ingin ditampilkan,” katanya pada sidang media Anuar Zain 40th Anniversary Concert di JioSpace, di sini, hari ini.
Ads
Lebih istimewa, sidang media penyanyi yang mendapat jolokan ‘Malaysia’s Most Eligible Bachelor’ diserikan dengan persembahan khas serta kuntuman bunga mawar untuk rakan media yang hadir di majlis tersebut!
Sudah tentu juga sepanjang 40 tahun Anuar Zain mempunyai himpunan lagu hits yang pelbagai. Tentu sahaja lagu seperti Lelaki Ini, Perpisahan, Bila Resah, Sedetik Lebih dan Keabadian Cinta akan menjadi halwa telinga yang bakal disampaikan secara langsung dari lantunan merdu penyanyi hebat ini.
Mengulas pemilihan lokasi konsert, Anuar berkata, Stadium Malawati yang terletak di Shah Alam menyimpan pelbagai nostalgia manis buat dirinya, malah mempunyai kelengkapan sesuai untuk penganjuran konsert.
Ads
“Saya sudah mengadakan konsert di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, tetapi Stadium Malawati memberi saya nostalgia yang sangat manis.
“Bagi saya, lokasi itu sangat praktikal kerana ia berbentuk empat segi dan sangat senang bekerja. Malah, pencahayaan dan sistem bunyian yang dimiliki sangat baik.
“Antara sebab lain saya memilih lokasi ini kerana Shah Alam adalah tempat saya tinggal dan membesar,” katanya.
Pada masa sama, penyanyi kelahiran Merlimau, Melaka ini turut menjelaskan, beberapa visual yang memaparkan perjalanannya karier sepanjang 40 tahun bergelar anak seni.
“Serba sedikit visual mengenai perjalanan sepanjang 40 tahun ada, tetapi konsert kali ini lebih kepada menghibur peminat yang hadir, cuma penceritaan tetap ada.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tekanan darah tinggi atau hipertensi boleh menyerang sesiapa sahaja, tak kira umur mahupun status. Puncanya juga berbeza-beza antaranya keturunan, perubahan bentuk fizikal, persekitaran, tabiat pemakanan dan gaya hidup.
Jika anda disahkan menghidap tekanan darah tinggi maka jangan ambil mudah. Ini kerana tekanan darah tinggi yang serius ada hubung kait dengan penyakit jantung, gangguan otak, mata dan ginjal. Maka, tekanan darah tinggi perlu ditangani lebih awal dengan mengubah gaya hidup. Salah satunya mengamalkan buah-buahan setiap hari. Semoga ikhtiar ini menjadi penawar demi memiliki kesihatan yang baik.
Berikut 6 buah-buahan dipercayai mampu menormalkan tekanan darah tinggi:
PISANG
Buah yang lazat lagi berkhasiat ini kaya dengan sumber kalium yang bermanfaat dalam kawalan tekanan darah. Golongan dewasa disarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi sekurang-kurangnya 4.700 miligram kalium sehari. Selain membantu menstabilkan tekanan darah, kalium juga baik untuk kesihatan ginjal. Manakala kandungan potassium juga membantu mengurangkan ketegangan pada dinding pembuluh darah.
KIWI
Kajian menunjukkan bahawa kiwi dapat membantu mengurangkan tekanan darah pada penderita tekanan darah tinggi. Amalkan makan tiga biji buah kiwi setiap hari selama 8 minggu secara konsisten, ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
DELIMA
Merujuk kepada jurnal Plant Foods for Human Nutrition (2012), meminum secawan jus buah delima selama 28 hari secara konsisten dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Ini adalah kerana kesan kandungan antioksidan di dalamnya yang membantu menurunkan tekanan darah dalam jangka masa yang singkat.
TEMBIKAI
Kajian Journal of Hypertension (2012) menunjukan bahawa memakan ekstrak buah tembikai dapat membantu menurunkan tekanan darah pada golongan dewasa, dengan pra-hipertensi atau hipertensi ringan. Penurunan tekanan darah yang terjadi pada pergelangan kaki dan arteri utama lengan atas.
APRIKOT
Merupakan sumber kalium dan vitamin A yang sangat bagus untuk badan. Kandungan kaliumnya dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi agar kembali normal. Selain itu, aprikot turut membantu dalam mengawal kadar kolesterol dan lemak.
UBI BIT MERAH
Meminum jus ubi bit merah (beet fruit) turut dipercayai dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dalam jangka masa pendek. Kajian oleh Dietary Nitrate Provides Sustained Blood Pressure Lowering in Hypertensive (2015) menunjukkan dengan meminum 250ml jus ubi bit merah selama sebulan secara berturut-turut membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Selain dibuat jus, ubi bit merah juga boleh dicampur bersama salad atau dijadikan kudapan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntungnya orang Terengganu! Hari Raya nanti bukan saja dapat bersolat raya di Masjid Kristal bahkan tahun ini juga rakyat negeri tersebut bakal menerima satu lagi mercu tanda ikonik terbaharu iaitu Jambatan Angkat yang dikhabarkan siap sepenuhnya akhir bulan ini.
Jambatan Angkat atau dikenali sebagai ‘draw-bridge’ menjadi laluan yang menghubungkan Muara Selatan di pusat bandaraya Kuala Terengganu dan Muara Utara di Seberang Takir bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas yang kerap dialami penduduk sekitar setiap kali tibanya musim perayaan. Difahamkan, jambatan ini juga mula beroperasi sebelum Aidilfitri iaitu pada awal Jun depan.
Menurut Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar… jambatan berkenaan diserahkan kepada kerajaan negeri setelah ia siap sepenuhnya kelak. “Jambatan angkat ini dijangka siap sepenuhnya akhir bulan ini dan tempoh sebulan diambil untuk melalui beberapa siri ujian keselamatan bangunan sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri dan dibuka kepada umum.
Sekiranya segala proses termasuk urusan jalan raya seperti lampu isyarat dan baik pulih jalan dapat disiapkan, kita optimis ia boleh mula digunakan sebelum Aidilfitri iaitu pada awal Jun.”
Tambahnya lagi, “Jika sebelum ini pengguna hanya boleh menggunakan Jambatan Sultan Mahmud atau jalan alternatif di Durian Burung, Manir, jambatan ini satu lagi pilihan yang akan mengurangkan kesesakan terutama pada musim perayaan dan cuti panjang.”
Jambatan Angkat mula dibina pada Ogos 2014 sepanjang 638 meter dengan ketinggian 12.5 meter dari aras laut. Ia juga menjadi jambatan angkat terpanjang di dunia dengan disokong dua menara setinggi 15 tingkat di bahagian kiri dan kanan serta boleh diangkat di bahagian tengah untuk laluan kapal.
Bukan sekadar menyediakan kemudahan kepada penduduk setempat, mercu tanda ini juga menjadi tarikan pelancong di dalam dan luar negara. Kos pembinaan jambatan ini dianggarkan bernilai RM248 juta.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pendedahan Datin Alyah mengenai si comel yang berada dalam dukungannya dalam perkongsian gambar di media sosial pada awal Jun lalu nyata mengejutkan ramai pihak. Dalam diam rupa-rupanya isteri Dato’ Ramli MS ini kian bahagia memegang status ibu.
Belum puas membelai dan menjaga anak kecil yang diberi nama Nur Izzara itu, pelantun lagu Kisah Hati berkenaan reda meninggalkan si manja buat seketika waktu demi melaksanakan ibadah haji.
Selamat tiba di tanah air baru-baru ini, Datin Alyah bagaimana pun diuji dengan kesihatan dan terpaksa ditahan di wad akibat batuk berpanjangan.
Sepanjang berada di Tanah Suci, Datin Alyah meluahkan rasa rindu terhadap Nur Izzara dan memuat naik beberapa momen dirinya di samping anak kecil tersebut.
Mengimbas kembali detik awal menerima kehadiran Nur Izzara, kongsi penyanyi bersuara lunak ini.
“Nur Izzara hadir dalam hidup kami tidak pernah kami terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui dan sesungguhnya Engkaulah perancang terbaik bagi setiap hambaMu.”
Difahamkan anak kecil ini sudah pun berusia tiga bulan. Dalam pada itu, Datin Alyah menzahirkan rasa syukur kerana akhirnya dapat merasai perasaan menjadi seorang ibu.
“Bersama kamu ku jadi tahu ertinya cinta tanpa mengucapkan cinta. Alhamdulillah.”
Mengulas lanjut perkembangan terkini selepas pulang dari Tanah Suci, dia berkata teringin donut air tangan ibu tersayang dan bersyukur ratu hati kesayangan sanggup menyediakan kuih tersebut meskipun tidak begitu sihat.
“Masa kat Mekah saya beli donut sebab teringin nak makan. Manis betul donut kat sana sambil dalam fikiran saya berkata nak makan donut mak saya. Saya balik tak sempat nak makan apa-apa terus masuk hospital.
Kebetulan mak saya ada dan dia usahakan juga buat donut kegemaran saya sebab dia pun bukan sihat sangat. Sambil makan macam nak menitik air mata saya.”
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...